Rabu, 7 April 2010

Sejarah Perkembangan UndangUndang Pentadbiran Islam di Pahang

Salam,

Jika perjumpaan kesan-kesan sejarah seperti batu nisan,batu bersurat dan lain-lain bukti dijadikan asas pertapakan Agama Islam di Semenanjung Emas ini,maka Negeri Kedah la dikatakan yang terawal menerima Islam.Penemuan Batu Nisan kepunyaan Syeikh Abd Kadir(keturuan Farsi)telah ditemui di Tanjung Aris Langgar pada tahun 1962 adalah bukti nyata mengenai hal tersebut.Tarikh yang tertera ialah antara(tidak dapat dipastikan)29H atau 290 H,jika 29H bersamaan 651M dan jika 290H bersamaan 920M,di Nisan tersebut tertera Kalimah Sahadah dan beberapa tulisan Arab(Mahyuddin Yahya:Islam Di Alam Melayu 1998.DBP h 18).

Negeri Pahang pula jika berdasarkan bukti yang sama,pada  Jun 1953,satu penemuan batu nisan di kampung Permatang Pasir Nenasi Pekan Pahang.Batu nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab,juga tercatat tarikh kematian sipemunyai nya pada Hari Rabu,14 Rabiulawal 419H.Ini bermakna batu nisan ini jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu(702H) wang emas(dinar)lama Kelantan( 577H),juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan Melaka.(Mohd Jamil Mukmin:Melaka Pusat Penyebaran Islam,2004 h 108).

Pemerintahan Melayu Islam di Pahang

Secara formalnya,sebelum tahun 1457m,penduduk Pahang tidak dapat dipastikan status agama mereka,mengikut beberapa catatan sejarah,waktu itu Pahang dikuasai oleh Maharaja Dewasura iaitu wakil Kerajan Siam.Agama Islam secara jelasnya tersebar sebaik sahaja pahang menjadi sebahagian Jajahan takluk Kerajaan Melayu Melaka.Sultan Mansur Shah waktu itu telah menghantar angkatan perang sebanyak 200 buah kapal ke Pahang,dimana armada perang diketuai sendiri oleh Tun Perak pada tahun 1459.Pertempuran telah berlaku di Pura,dimana akhirnya Maharaja Dewa Sura telah dikalahkan dan puterinya Wanan telah ditawan dan dibawa ke Melaka.Sultan kemudianya mengahwini puteri tersebut dan ditukar nama kepada Puteri Lela Wangsa.(Ibid:105)Tun Hamzah Seri Bija diRaja,dititahkan berada di Pahang ,sehinggalah Tun Muhammad(anak Sultan MS/Puter Lela Wangsa diusir kerana satu kes bunuh )ditabalkan dengan Tun Hamzah menjadi Bendahara.Tun Muhamad naik tahta(Sultan Pertama beragama Islam) pada tahun 1470M.

Pemerintahan Negeri Pahang Berasaskan Undang-Undang Islam (1584)Hukum Qanun Pahang (1610-1614).
................sambungan.


Tiada ulasan: