Isnin, 4 Januari 2010

Hak-Hak Wanita Dalam EUKI

Siri 2.

HAK-HAK WANITA (ISTERI) SEMASA
DALAM TEMPOH PERKAHWINAN

-Diantara hak-hak isteri selepas bernikah dan dalam tempoh perkahwinan yang sah mengikut Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 adalah seperti berikut:-


1. Hak mendapat/ menerima mas kahwin setelah menjalani akad nikah perkahiwnan (Seksyen 21)

2. Hak memberi pendapat, pandangan dan bantahan jika suami sedia ada membuat permohonan kebenaran berpoligami dalam perbicaraan tertutup di Mahkamah. (Seksyen 23)

3. Hak untuk menerima dan menyimpan surat perakuan nikah dan perakuan ta’liq. (Seksyen 26(1) & (2))

4. Hak untuk mengesah/mendaftarkan perkahwinannya. Jika perkahwinan yang dilalui diragui akibat pernikahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur sah seperti pernikahan sendiket nikah palsu ,wali tahkim atau pernikahan paksa di Thailand. (Seksyen 31)

5. Hak menerima dan menuntut nafkah dari suami (Nafkah Isteri) termasuk juga nafkah tertunggak jika ada (Seksyen 60(1))

6. Hak menjaga dan mendidik anak tak sahtaraf yang dilahirkan akibat persetubuhan tanpa nikah yang dilakukannya. (seksyen 81)

7. Hak untuk mendapat Hak Jagaan anak secara Automatik mengikut hukum syara’ apabila anak-anaknya bermur di bawah umur mumayyiz dan dia adalah berkelayakan untuk menjaga/ mendidik anak (seksyen 82)

8.Hak untuk memohon perintah tegahan dari membawa anak keluar negeri daripada mahkamah agar anaknya yang dalam peliharaan bekas suaminya tidak di bawa keluar dari negeri pemastautinan anak tersebut (bagi mengelakkan anak tersebut dilawati oleh ibunya). (seksyen 105)

9.Hak memohon kepada Mahkamah agar suaminya diperintahkan untuk hidup bersama kembali dengannya (Seksyan 121)

10.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang menganiaya isteri atau menipu harta isterinya. (Seksyen 128)

11.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri2nya mengikut hukum syarak (Seksyen 129)

12.Hak diberimaklum sekiranya dia telah diceraikan oleh suaminya. Dengan kata lain Isteri berhak untuk tahu bahawa dia telah diceraikan (Seksyen 131(2))

13.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah isteri atau anak2 (Seksyen 133).

Catatan:Tidak semua proviso dimasukan kedalam blog ini,sila buat rujukan sendiri kepada peruntukan undang-undang sebenar dalam enakmen berkenaan.
Tulisan asal ialah dalam format PP oleh Nubhan Hadie(?)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan, hak utk menegur somi byk sgt makan ada tak? hehe...

salam tahun baru :)

TJ berkata...

Senang je Intan,ambil papan dam haji,ajak lawan dam,pastu biar je dia makan buah dam kita banyak..bila dia menang,kabo kat dia,kuatnya makan,patutla dalam seminggu habih 10kg beras...

Tanpa Nama berkata...

hehehe.
speechless.
p.c.