Al-Qadha dari segi bahasanya bererti: menyelesaikan/mengosongkan/menunai/membayar/memaksa// memastika/menetap@menentukan/memerintah/mengarah/janji/kewajiban.(lihat Muhamad Salam Madzkur:Al-Qadha Fi Al-Islam,h.11/Ibnu Abi Dam:Adabul Qadha` h.125/Abd karim Zaidan: NIzam al-Qada` h.11).Dari segi istilahnya:Terdapat takrif yang pelbagai:1-Penerangan terhadap hukum Islam secara ilzam yang diputuskan oleh Hakim@Qadhi(AlauDin Al-Tarabulsi:Yataradad Bainal Khasmain Minal Ahkam,h.7)l.Abd Karim Zaidan memilih takrifan:Penghakiman/keputusan yang diputuskan diantara pihak yang bertikai dengan Undang-Undang Islam(Qanun al-Islami) dengan cara yang tertentu.(h 13).Di maksudkan dengan cara tertentu ialah proses yang mesti dilalui mengikut prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan bersesuaian dengan hukum syara` .
Disini dapat kita gambarkan bahawa,sesuatu keputusan Hakim itu perlu dipatuhi oleh pihak yang bertelingkah,kerana hukuman itu bersumberkan dari kuasa yang sah atau wilayah yang diberi oleh pemerintah Ilsma melalui perlantikanya(sekarang dilantik oleh Sultan dan diwartakan).Sekaligus Qadha ini berbeza dengan fatwa dari segi kesanya,dimana fatwa terpulang kepada mustafti samada nak patuh atau tolak fatwa tersebut,dimana fatwa tidak bersifat ilzam(masa kini fatwa diwartakan dan diberi kuasa kepatuhan dibawah Kesalahan Jenayah Syariah).
Secara mudahnya,penghakiman wajib dipatuhi dalam ertikata mesti dilaksanakan keputusanya.Perlaksanaan ini samada meletakan hak seseorang dalam aspek mal(sivil)atau menjalankan hukuman dalam aspek jenayah.Biasanya amalan masa kini,setiap keputusan atau penghakiman akan diiringan dengan alasan penghakiman(Tasbib al-Hukm/Ground of Judgment).Dimana Alasan penghakiman ini,adalah huraian dalam bentuk nas(hukum syarak) dan otoriti(akta/enakmen/kes-kes duluan dan apa jua yang berkaitan) yang digunakan oleh mahkamah(hakim)bagi menyokong keputusanya berhubung sesuatu isu yang dipertikaikan dalam prosiding.
Persoalan yang hendak dibincangkan disini ialah apakah ada perbincangan tasbib al-hukm ini dalam kontek ilmu fiqh?Mengikut Prof Mohd Daud Bakar,penulisan penghakiman ini(tentunya termasuk alasanya sekali),fatwa adalah termasuk dalam kategori `pembendaharaan fiqh`@ turath al-fiqhiyyah`(lihat Artikel beliau di Bengkel Hukum Syarak-Kuantan)....
bersambung

Tiada ulasan:
Catat Ulasan