Sabtu, 16 Mei 2009

Alasan Penghakiman (2)

Sekalipun dalam begitu banyak Kitab-Kitab Fiqh,melingkari perbahasan mengenai Sistem Kehakiman(al-Qadha)-bermula dari kepentingan al-Qadha sehingga kepada pendakwaan,cara pensabitan dan etika pegendalinya.Namun tiada disana perkara yang menyentuh tentang `tasbib al-hukm` ini atau mungkin ada tetapi amat kurang atau jugak disentuh secara sepintas lalu dan tidak begitu diberi perhatian.Menurut Prof Dr ahmad Hidayat hal ini terjadi mungkin kerana beberapa faktor antara lain:

(1).Ketiadaan sistem hireki mahkamah bagi tujuan rayuan (2)Penekanan kepada keterangan lisan semata sementara keterangan tulisan melalui tapisan yang begitu ketat.(3)Keputusan Qadhi tidak boleh dibatalkan melainkan ada kesilapan yang asas.(
(4) Tiada kaedah `duluan mengikat`(5)Rujukan terus kepada sumber asal.
(Dr Ahmad Hidayat Buang-API-Kertas Kerja Seminar Penulisan Teks Penghakiman-2000.

Manakala Dr Amin Haji Abd Rahman al-Jarumi pula menyatakan,sebab ketiadaan penulisan yang menceritakan mengenai hal tersebit disebabkan oleh taraf mereka (al-qadhi) semasa itu adalah mujtahid,kebolehan mereka merujuk terus kepada sumber utama syarak menyebabkan mereka tidak perlu memeberikan alasan kepada penghakiman mereka.Mungkin juga boleh dikatakan sistem kehamkiman pada waktu itu adalh simple,dimana yang menghukum dan yang melaksanakan hukuman adalah orang yang sama.
(Dr Amin Abd Rahman-Muzakarah Peningkatan Profesional Kehakiman-ILIM 2000).

Walauapapun keadaanya jika dinilai dari kacamata syarak,sebab dan alasan terhadap sesuatu hukum memang wujud dan dinyatakan secara jelas dalam banyak keadaan.

1-Al-Quran memberi alasan dan sebab kepada sesuatu hukum yang diturunkan.
2-Al-Sunnah-memberi alasan dan sebab.Rasulullah memberi alsan dan sebab serta penyifatan tertentu kepada hukum hakam bagi menunjukan keterikatan atau meluaskan sifat dan alasan.(lihat I`lam al-Muwaqiin-Ibnu Qayyim-dalam banyak kes dibincangkan bersangkutan dengan soal sebab da alsan ini.
3-Imam Al-Ramli-Qadhi Darurah perlu ada alasan penghakiman dan tidak boleh diterima hukumanya melainkan disertakan alasan dan sebab hukuman itu dibuat.Manakala Al-mawardi pula menyatakan:

Ada tiga keadaan jika ada keadaan yang dibangkitkan oleh pihak yang dikenakan hukuman dan Qadhi pula tidak membuat alasan penghakiman:-

1-Jika hukuman dari Iqrar-tidak perlu alsan hukuman.
2-Jika dihukum dari Al-Nukul anil Yamin atau Yamin Muddaie-perlu alasan dan sebab hukuman.
3-Jika dihukum atas sesuatu hak dalam tanggungan(zimmah)-tidak perlu alasan sebaliknya jika dibuat atas sesuatu barangan(ain) maka perlu sebab dan alasan.

(lihat Tuhfah al-Muhtaj dan Adabul Qadhi _Al-Mawardi juz 11-Petikan dari Kertas Dr Amin)

Kesimpulan:

Alasan penghakiman adalah perkara penting dan perlu,terutama pada masa kini dan lebih lebih lagi menyentuh soal `hukum`.Sistem hiraki mahkamah yang membenarkan proses rayuan memerlukan sebab dan alasan kepada hukum yang dijatuhkan,kedudukan `hakim darurat`,menambahkan lagi keperluan tersebut.Dengan adanya alasan penghakiman yang jelas dan teratur serta dinyatakan sumber-sumber ambilan yang otontik akan menambah keyakinan dan kepuashatian pihak-pihak.WA

fakta

Muhammad Bin Masruq-orang pertama menyimpan rekod-rekod mahkamah dalam tempat khas(qimatr)(hakim dari tahun 177-184H).

Mufaddal BIn Fadalah-orang pertama yang membuat statement of claim-(Iqamah Al-da`wa/aridah al-Da`wa)secara bertulis.

Tiada ulasan: