Sabtu, 25 April 2009

Keletihan...

Salam,

Bermula pagi Isnin travel ke Kuala Terengganu-perjalanan tidaklah lama sangat,just 4 jam gitu,ikut peraturan lalulintas woo,tapi panas terik dan badan mula rasa semacam je,dalam pada tu sempat jugak pekena sup tulan tengah hari celik tu kat cheneh..sampai berasap badan dibuatnya,dek kerana jadi ahli hotel Primula dan kopon yang terhimpun papalih banyoknya,ni la baru pertama guna,dapatlah bilik yang agak selesa.Esoknya ada sedikit meeting KPI di JKSNT...dalam kul 5 petang,bertolak balik ke Kuantan...dalam perjalanan sempat pekena air tuak(nira)ada la dalam 2 botol heheheh..kul 8.30 alhamdulillah sampai ke rumah tapi menjelang tgh malamnya badan mula dah panas...harap2 janganlah demam.

Esoknya dengan kehendak Allah jua,badan cam biasa je,rasa segar la pulak...kul 11 tgh hari,terus drive ke Kuala Lumpur..untuk Seminar Sebat di PICC pada hari Khamis.Dalam perjalanan,dengan cuaca jugak panas,bawak kete pun slow je,sambil dengar Klasik Nesenel(nasional)..kul 2 jugak sampai,ambil keputusan lepak je la kat tempat lama(Bentong)-ambil hotel,bumm terus syahid..sampailah menjelang petang,malamnya cam biasa kat Bentong,apalah yang ada,ambil kebab pita dua butir,anggur setengah Kg,mineral sebotol,pakat melantak..malam tu.hehehe

Khamis 6.30 bersiap nak ceck out then terus menuju ke PICC..perjalanan ok je,lancar dan sampai sekitar jam 9.20,lapor diri,daftar ambil nota,sarapan dulu hehehehe.Tinjau-tinjau rupanya majlis kul 10..pehhh,majlis dirasmikan oleh Senator Datok Jamil Khir,Senator Dtk Dr Mashitah pun ada sama,seminar ni dihadiri sama oleh wakil dari MS,JAKIM,Penjara,AG Chamber,PDRM,Academician dan juga Peguam-Peguam..Pak Menteri habaq,hukuman sebat nak tambah dari 6 sebatan ke berapa ntah..tapi tak sampai 100 la kut,seminar diceritakan bagaimana adanya perbezaan antara sebatan syariah dan sivil..dan penjara dahpun laksana sebatan syariah ni.

Jam 2.30 pm,lum habih seminar,bertolak ke Sunway hotel untuk prepare talk di Sunway Kolej mengenai Konflik U2 Syariah dan jugak sivil,kebetulan pulak keluar berita keputusan kabinet mengenai status agama anak yang mana umur belum 18 tahun,memang kenala pada waktunya,nak sembang hal tu.Aku di sambut dari Tol Awan Besar lagi,maklumlah kalau tak ada guide sure sesat barat punya,Cik Shima n the gang Hashim n fang(?),bawak terus dari tol ke hotel..seronok dengan sambutan dari sana,superb,pergi dan balik dari hotel ke Kolej disediakan Merc.WCQ 1-pehh Thanks Adam n Family serta Driver Azhar.Aku akan bagi ceramah dengan Tn hj Walid dari AG Chamber esoknya.

Ni bukanlah kali pertama datang sini,tahun lepas pernah jugak hadir,dengn sambutan yang serupa,malamnya sangat letih dan pas makan bersama Shima dan juga ajk..terus bummm...

Jumaat 8.30.Bersarapan di Atrium kat lobby tu,then pergi ke Sunway Kolej..wow,tgk2 separuh dari student non muslim...ceramah dimulakan dengan sesi soal jawab yang sukar dihentikan heheheh,tapi dek kerana masa terhad,dan nak Jumaat..maka tamatlah sesi tu jam 12.45.Terus ke dewan makan,kali Mr Terry(canadian) dan sorang lagi lekcerer Kanada tu,hadir sekali,maka sekali sekala tersasul la jugak speaking omputih loghat kanada..heheheh Thanks Mr Terry.(makanan nasi tomato tu..)

Balik Hotel,dan ambil rukhsah-tak gi Masjid...pas je sembahyang zohor,mulalah ronda2 sekiling,hmmm rupanya sunway ni cam bandar tersendiri..gitu,macam2 ada.Malamnya,terus duk kat bilik je,makan pun main order je,nasi goreng n satay hehehehe,pas je telan ubat selsema terus lena sampai pagi....

Sabtu..8.30 am-Sarapan dngn organiser,pastu cau cin cau..............12.30 selamat sampai di Kuantan.balik je,kena kleter sikit dek isteri..itu ini itu ini,selalu takde kat umah..aku diam je..buat dek je,akhirnya aku lak yang tertidur..Letih tapi seronok dengan sambutan pelajar dan juga penganjur...ilang abih rasa demam tu,heheh

Malam tadi,pekena jap kopitiam ngan roti bakar kat bandar..dan ambil tiket kapalterbang nak ke Serembang esok hingga rabu,khamis ke UIA-exam akhir semester.Pastu ke Tioman 3 hari,balik ke Kuala Terengganu 6 hari bagi kurus Mediasi antarabangsa,penceramah dari Australia,anjuran JKSNT.Bilakah agaknya berakhir keletihan ni?

Perhargaan dan ucapan Tq tidak terhingga organiser Forum Konflik Undang-UNdang Kolej sunway,terutama Cik Shima dan Ajk..dan juga pelajar serta pensyarah yang join..kesilapan jika ada harap dimaafi.Ila al-Liqa`

8 ulasan:

rodonglama berkata...

Terima kasih Cik Shima sambut dan layan tip top Tuan koi ni..

Sian pulok ke isteri Tuan.. bawok la dia dgn anok2 sekali-sekala..mesti dia suka dan tak pot pet pot pet lagi.. :)

IKRAB family berkata...

welkam kak zeem, itulah koi dah bagitau bwk la fmily tiap kali ke sini.kan dah kena leter.dah tu tak beli apa plak tu dp sunway as hadiah kat kakak tu...mana tak pot pet kan hehehe.

bro, takpa, mai lagi bwk family, kita bwk masuk ke lagoon theme park okeh ;)

kakyati berkata...

fuh, padatnya jadual tuan..., ini macamka jadual harian tuan2 hakim, tak dapat lah kakyati gambarkan :) semoga tuan terus diberikan kekuatan dan kesihatan berpanjangan untuk menegakkan hukum syara' di atas muka bumi Allah ini.

INTAN RH berkata...

Bos! dont drink n drive...hehehe.. Sonok ek gi Sunway, ngapa tak ajok koi, jd pengasuh anok2 aok...haha..

TJ berkata...

Kalau hari cuti,sure bawak nya diorang heheheheh,tapi maybe dek kerana padat sgt,koi yela,sedar yang diorang banyak kena tinggal,...hari cuti ni nak bawaklah gi makan angin..

awok me baikle datang ke Sunway tu,RL balik kg,pastu konvoi ngan ok di tmerluh,pastu yt datang dari morib..fuuhh ronda sunway 4 hari tak habih

IKRAB family berkata...

okeh mai sunway habaq kat chek. ni ko nak gi kuantan, intan blanje makan ikan spesel tu yer ;)

xuerytha berkata...

Baru tau sebegitu padat rutin harian..tp masih sentiasa bersedia membntu insan2 yg memrlukan..smg Allah senantiasa merahmati ustaz dan keluarga..insyaAllah

TJ berkata...

hehehe,camtu la Xu,tapi tu kan dah jadi sebahagian tanggungjawab..kena la lakukan sesuatu setakat yang mampu