Isnin, 21 Julai 2008

Sulh/Mediasi

Salam,

Perlaksanaan penyelesaian kes secara sulh(rundingan)mulai di amalkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri-Negeri mula di perkenalkan secara serius sejak 2 tahun kebelakangan ini.Keberkesanan proses sulh amat memuaskan sehingga ada negeri yang mencatatkan kejayaan begitu besar dalam penyelesaian kes-kes syariah.Sulh dalam kontek ini bererti suatu kes yang diselesaikan secara rundingan diluar mahkamah(tanpa perbicaraan)dengan dikendalikan oleh seorang pegawai sulh(mediator).Jika persetujuan dicapai penghakiman persetujuan akan dirakamkan didepan Hakim Syarie.Jika sebaliknya kes akan dibicarakan mengikut prosedur biasa perundangan.

Asas Perlaksanaan.

Firman Allah:

Dan jika kedua pihak dari orang-orang beriman berperang,maka damaikanlah diantara keduanya.(al-Hujrat:9)

Firmanya lagi:

Dan jika seseorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz atau tidak melayaninya maka tidak salah bagi mereka(suami/isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua(secara sebaik-baiknya) kerena perdamaian itu lebih baik(bagi mereka dari bercerai-berai)(an-Nisa`:128)

Sabda Nabi s.aw.

Dari Amr Bin Auf al-Muzanni r.a,sabda Rasulullah s.a.w:

`Perdamaian(sulh) itu diharuskan(dalam urusan) di antara kaum muslim,kecuali sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram.

(Hadis Riwayat Tirmidzi dan dianggapnya sahih,tetapi para ulamak menginkarinya kerana seorang perawi bernama Katsir bin Abdillah Bin Amr adalah lemah.Mungkin Tirmidzi menanggapnya sahih lantaran banyak jalanya*(turuq)

Juga Riwayat dari Abu Hurairah dinilai sahih oleh Ibnu Hibban.(Syarah Bulughul Maram-Ibnu Hajar al-Asqolani bab perdamaian)


Peruntukan Undang-Undang.


Enakmen Keluarga Islam Pahang 2005.
Enakmen Tatacara Mal mahkmah Syariah 2002.
Kaedah-Kaedah Sulh 2005.

Tuntutan Permohonan melalui proses Sulh.

a-tuntutan kerana melanggar janji untuk perkahwinan(pertunangan).

b-tuntutan berbangkit dari suatu perceraian:
*mutaah(consolatory gift)
*Nafkah Eddah
*Nafkah Tertunggak
*Harta Sepencarian
*Harta Maskahwin
*Hal-hal lain yang difikirkan munasabah.

c-Tuntutan Hak Jagaan

d-Tuntutan Nafkah Anak.

e-Permohonan Perlaksanaan Perintah


Faktor-Faktor Kejayaan Proses Sulh.

+ Pihakpihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah.

+ pihak-pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara terbuka,ikhlas bukanya secara emosi dan balas dendam.

+ Pihak-pihak sedar penyelesaian adalah bagi kepentingan semua pihak di masa hadapan

+ Pihak-pihak sedar pro dan kon jika kes dibawa ke ruabg perbicaraan.


Sulh gagal jika;-

+ Pihak-pihak atau salah satu pihak tiada berupaya membuat keputusan sendiri.

+ Salah satu pihak atau keduanya tiada komitmen sebenarn utuk selesaikan masalah.

+ salah satu pihak atau keduanya tiada persediaan yang mencukui samda dari segi emosi juga fizikal.

..beza sulh/hakam/perundingan biasa/timbangtara...tbc

Tiada ulasan: