salam,
Dalam kekalutan waktu sebenarnya tapi nak jugak coretkan sepatah dua perkara..supaya blog ni tak berabuk heheheeh.So banyak la ejaan terpesong...
Pernikahan di Siam memangla suatu yang tidak asing lagi.Pernikahan tersebut samada berpoligami(ni yang ramai) atau tidak,dengan berbagai alasan dan tujuan.Walaupun pasangan tersebut mengetahuai atau sedar risikonya sangat besar,tapi demi menurut kata hati mereka sanggup lakukan.Memilih nama negara Thai sebagai suatu tanda aras untuk dibincangkan dan selanjutnya boleh di kiaskan dengan negara-negara yang sewaktu dengan nya kerana negara berkenaan kerajaanya adalah bukan Islam.Soalnya adakah ianya menepati kaedah syarak? pernikahan disana berwali hakim atau wali tahkim?,kalau lah dikatakan wali sebenar turut serta atau berada bersama rombongan ke Siam tu,kenapa perlu sampai begitu? bukankah boleh dilaksanakan di malaysia sahaja,cumanya mungkin surat perakuan nikah tidak ada,sedangkan kalau disana,pasti surat nikah(Siam) lengkap akan diperolehi selepas akad.Apa perlu jika wali sebenar telah ada tapi masih mahu berikah disana?laksanakan sahaja di Malaysia,pernikahan tetap sah sekalipun melanggar undang-undang.(biasanya kes begini kerana hendak berpoligami tapi mendapat tentangan atau tak mahu bagitahu isteri sedia ada)
Dalam perbincangan ini kita tinggalkan soal keberadaan wali yang hadir sama disana,kemudian mewakilkan `seseorang disana untuk menikahkan anak tersebut,atau wali sendiri menikahkan anak perempuanya dengan disaksikan `pihak` berkuasa agama disana.Keadaan sebegini,tidak ada masalah dari segi syarak,cumanya ketiga pihak tersebut(wali,pengantin lelaki/perempuan) telah melakukan satu kesalahan di sisi perundangan di malaysia(mengadakan upacara pernikahan(aqad) tanpa kebenaran).
Apa yang hendak di bincangkan pernikahan dengan wali yang dilantik oleh pasangan atau wali yang ditemui melalui orang tengah semasa melakukan upacara pernikahan(aqad)di sana,siapakah mereka sebenarnya,apakah wali hakim yang diberi tauliah? jika ada tauliah siapa yang yang hak memberi tauliah.Bagaimana kedudukan mereka sebagai wali yang menikahkan mereka mengikut syarak?dan bagaimana pulak wali yang dilantik oleh pasangan ini untuk menikahkan diri mereka? sahkan jika berlaku demikian?
Seterusnya bagaimana prosedur yang seharusnya diikuti pasangan yang bernikah di sana ingin mendaftarkan pernikahan mereka di malaysia?apakah hukuman yang bakal dikenakan?...............tbc
2 ulasan:
tuan, saya nak mencelah pasai soalan tuan napa masih bnyk terjadi.
ramai juge psgn yg belum lg berkahwin terutama si wanita terpengaruh dgn lelaki utk berkahwin di sana kerana janji sehidup se mati (sorang je idup he he he).ada yg nak buat sorok2 dp family bila dihalang keluarga, klu pi mahkamah jadi isu besar.ini apa yg mereka fikirkan cara singkat.
Sis purple crayon, bagus juga berjanji sehidup semati, iaitu seorang hidup seorang mati sebab ada juga orang yang akan berdoa kepada orang yang telah mati itu.
Catat Ulasan