Selasa, 10 Jun 2008

Poligami Tersirat?

PUISI……

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


***Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah...!!!
__._,_.___

sumber emel

10 ulasan:

az berkata...

HIngga sekarang...
saya masih tercari2...
erti perkongsian hidup dengan lelaki yang bergelar suami...

Tanpa Nama berkata...

takpe,az,jgn putus asa,teruskan usaha `mencari`,cam petronas cari gali,seklai jumpa hah tu dia,untung lumayan

Tanpa Nama berkata...

TJ...bila dah puas menggali tetiba
untungnya org lain yg nikmati...

Apa yg perlu dibuat dalam situasi yang begini? nak terus menggali atau
angkat jer kaki???

Tanpa Nama berkata...

terpulang pada syarikat tu la,nak undur ke nak teruskan je,biarpun untung kecik

az berkata...

Boleh camtu ka?
bila2 masa pon bule cabut la kalu camtu...?

TMAAR_H66 berkata...

yela,kalau dah banyak sgt perjanjian dicabuli,masuk mahkamahla heheh

Tanpa Nama berkata...

Dah ler selama ni utg takde, nak masuk mahkamah kena pakai loyar...mana mau korek itu duit?

umpama...sudah jatuh ditimpa tangga...(kalau tangga kayu, boleh tahan juga...ini tangga batu...huhuhu)

IKRAB family berkata...

nenek....tangga batu yang ada batu marmar ke mozek?he he he

Tanpa Nama berkata...

salam alaikum..

elok la dikongsi nek, w/pun untung kecik.. nanti, InshaALLAH, dapatlah untung yg lagi besar..

tarik diri awal2 takut kena penalty pulak sbb langgar perjanjian/MOU..

tak gitu Tuan TJ?

Tanpa Nama berkata...

hehheh,kalu dah teruk sangat kena check balik la perjanjian tu