Khamis, 5 Jun 2008

Petrol/Diesel Naik Harga

salam,

Petang semalam asyik duk tido je,bila sampai di rumah dari KL,yela letih memandu.tak tahu la pulak,time tu PM kita Pak Lah duk umum minyak naik harga.Ala kalau naik pun tak la terfikir sampai melebihi 50 sen,kan ke Kerajaan kita ni berasaskan aman selamat dan makmur.

Aku bukak pc sekitar jam 5 lebih,nah tu dia semua akhbar online menyiarkan berita minyak naik 78 sen,pohpalih weh,time tu juga rasa nak bakar je kereta kat garaj tu,biar pasni gi keje jalan kaki lak.Tak tahu la pulak kut kut ada rakyat malaysia melompat gembira dengan kenaikan rege minyak,kalau pun ada pun tak lain tak bukan tokeh stesyen minyak tu sendiri,.

Malam tadi aku pun cadang nak shopping moping sikit keperluan dapur dan dalam pada tu kununnya nak isilah minyak sikit,mak ai bila sampai kat stesyen minyak,punyalah banyak kereta bagaikan minyak tu dah takda esok hari,berderet kete menunggu giliran nak isi minyak.Aku pun mengira apa keuntungan kalau aku tunggu berejam kat sini,pastu isi sekitar 30 liter ,pehh cuma untung sekitar 20 sth gitu je,dalam masa yang sama kena beratur,barangkali sampai giliran aku minyak abih ,kalau nasib tak baik ada yang kene pelangkung ngan hos minyak tu kang.Aku konar balik dan dengan perasaan yang macam gajah naik minyak -aku terus ngelamun,siap la pasni-tak mustahil harga ikan kembung RM 20 skg,minyak masak dan semua keperluan lain naik melambung,pastu dengan senyum sumbang mamak roti canai jugak akan menaikan harga roti canainya cam le roti dia tu goreng ngan petrol. .Aku menung panjang,gelabah dan tak tentu hala cam gurkha hilang batu cincin atau apek aiskerim musim hujan............aku termenung bagaimana golongan yang yang kurang kemampuan menghadapi semua ni?,aku ni masih lagi bersyukur,setakat nak beli minyak setempurung dua tu larat la lagi,tapi aku tetap naik minyak kali ni,terasa jam tu juga nak hijrah ke Beijing hehehehehe-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam alaik Tuan..

apa nak buat, dah dasar kerajaan kita.."susah sama susah, senang sama senang (dgn konco2nya).."

apa nak di kata... :(

Tanpa Nama berkata...

ws,ye la Zeem,nok wat gone,pasni ikan patin kat bangau pun tak dapat dah RM 10 se kg.Gomen dah banyak bagi subsidi tu kan-gamoknya kalau minyak tu turun nanti camne gaye naya?

nenek berkata...

TJ...buat apa nak hijrah ke Beijing..sana banyak gempa bumi...

org2 kecik cam nenek ni...lagi le
terasa nafas semakin sesak...

TMAAR_H66 berkata...

Nenek,

Simbolik rasa nak pakai speda lah pulak.

Rodong lama,

kat tempat aok berapa seliter ?heheh

Tanpa Nama berkata...

sini dptlah dlm $1.29 1L..

nok kabo gak, sini harga minyak turun naik hari2.. tp tak pernah lg seingat koi sampai ke $2 ke atas..

agok2nya "deme" tu wakil rakyat ke wakil syarikat?

IKRAB family berkata...

nenek...ada tenpat menarik lain ke yang boleh hijrah?;)
sabaq la Tuan Tamar,samapai nak bakaq keta tu uish...mmgla thn ni bukan tsunami lepas eletcion je,impak mmg besaq pd rakyat.emm...

Tanpa Nama berkata...

PC,

u bila nak beli kete?tunggu minyak naik RM 3.50 kaa

IKRAB family berkata...

uikss T.T(Tuan Tamar), nak beli keta apa....nak beli beskal pun koi dah tak mampu dah ni...nak tunggu minyak naik RM20.20 sama mcm wawasan 2020 he he he.buat masa ni, exercise la T.T, sya jalan kaki ja...nak pakai drebar mcm dulu pun kena pilih2 gak sebab tambang pun mesti naik dah ni.