Ahad, 1 Jun 2008

Guaman Syarie/Peguam Syarie

Salam.

Kalau kita meneliti al-Quran Surah al-Hadid:25 dan Surah al-Syura:15.Jelas bahawa antara tugas kerasulan,ialah untuk menegakkan keadilan.Disertakan bersamanya(para Rasul) kitab suci serta keterangan dari Allah yang menjadi neraca keadilan.

Perintah untuk berlaku adil bukan sahaja di khitabkan keatas Rasulullah malah juga keatas kita semua termasuklah para pemerintah, hakim,peguam dan meliputi semua perkara dalam berbagai aspek kehidupan.

Disini saya nak bincangkan sedikit pandangan mengenai guaman syarie/peguam syarie.Dalam kitab Fiqh kita berjumpa satu bab yang membicarakan soal wakalah,dan sub topiknya wakalah bi al-khusumah.Dan yang menjadi peguamnya disebut wakil bi al-khusumah.

Wakil bi al-khusumah(peguam syarie) ialah orang yang mewakili seseorang dalam satu prosiding mahkamah dan mempunyai hak bertindak dalam kes yang dipertikaikan dengan perkara menjadi kepastian dalam prosiding tersebut.Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh Islami menukilkan pandangan Zufar menyatakan:Tugas peguam syarie ialah untuk menerangkan kebenaran dan mensabitkanya,bukan untuk bertikai,memenangkan kebenaran dan adakalanya menolak dakwaan dan ada ketikanya menerima dan mengakuinya.(Fiqh Islami Waadillatuhu.J 5.)

Pandangan Mazhab tentang wakil bi al-khusumah.

Mazhab al-Syafie: wakalah dalam kes guaman boleh dan sah.tetapi peguam (wakil bi al-khusumah)tidak boleh melakukan iqrar,sulh(mediasi),ibra1 hutang dan juga tidak boleh menerima hutang.(mengikut pendapat al-asah).

Mazhab hanbali: Harus melantik wakil dalam guaman dan boleh menerima upah jika dinyatakan dalam aqad.

Mazhab Hanafi:Harus melantik wakil dan wakil boleh melakukan iqrar dengan beberapa syarat khusus:
a-dilakukan dalam prosiding.b-bukan kes hudud dan qisas.c-dijelaskan semasa memberi wakalah(perwakilan)

Mazhab maliki: Harus melantik wakil dalam pertikaian samada sebagai pendakwa atau bagi yang didakwa.

Jelasnya,kehadiran peguam amat diperlukan dalam prosiding bagi membantu mahkamah dalam memberi keputusan yang adil kepada pihak yang bertikai.

Perbahasan detail boleh dibaca mana-mana kitab fiqh dibawah tajuk wakalah/wakalah bi al-khusumah).Perbincangan secara detail termasuklah definasi dan dalil pensyariatan wakalah/upah/rukun wakalh/lafaz wakalah/jenis wakalah/hukum tindak tanduk wakil/ dll.

Tanggapan umum masakini lebih terurus pada suatu `persoalan` apakah patut membela orang salah?bukankah itu sesuatu tindakan zalim?atau bersekongkol dengan dengan oarang zalim atau kezaliman.Pernahkan kita mengnalisis kes-kes yang diputuskan semasa zaman salfus soleh dulu?.Apakah dengan menghukum secara `lump sum` tersebut betul dari sudut pandangan syarak?

Sebenarnya perlu dianalisa dan dikaji dari pelbagai sudut,mungkin secara zahirnya nampak semacam betul keseluruhanya lebih lebih lagi yang mengeluarkan kenyataan tersebut oarang yang mahir dari segi hukum/undang-undang islam,tapi barangkali tidak begitu terdedah dari segi mentadbir undang-undang tersebut.Frasa ` seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan ianya bersalah` tidak begitu diambil kira.Bagaimana mungkin sebelum habis perbicaraan sudah dihukum sebagai si penzalim atau pembela kezaliman atau apa jua tuduhan.Bukankah dalam prosiding tugas peguam memudahkan mahkamah untuk menghukum dengan adil,tepat dan berkesan.Namun begitu ianya bukan sesuatu yang tiada kawalan langsung.Ingat` peguam yang pintar tapi menggunakan kepintaran bukan untuk menegakan keadilan atau menolong mahkamah menegakan keadilan ada amaran dari Rasulullah tentang perlakuan mereka.Sekali imbas dapat disimpulkan barangkali niat dan cara tindakan boleh menjelaskan status tindakan mereka.

(Tulisan asal ialah nota penulis ketika di UIA satu ketika dulu bersama Prof Dr Mahmud Saedon)

Bacaan lanjutan: Institusi Pentadbiran Undang-Undang Dan Kehakiman Islam. Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.DBP

Akan datang-Kes-kes di Zaman Sahabat.

Tiada ulasan: