Selasa, 13 September 2011

sembang hal kereta

Apakata kali ni,kita sembang tip-tip yang perlu bagi membeli kereta,jommm

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.? Selepas itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Jika asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. Tinkatkan kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Kemudian pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

Kembali semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.
Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Petikan daripada Berita Minggu


2 Oktober 2005


Tip:Pastikan anda lakukan atau praktikan tip-tip tersebut dengan melihat keadaan jurujual terlebih dulu,kalau nampak muka kelat je,jangan cuba-cuba buat,mereka jugak ada tip-tip camne hadapi pelanggan yang teliti cam anda heheheeh.Penting juga check poket anda,perlu sangat ke tukar kete ni?

Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Syawal

Kepada semua sahabat di Al-Fikrah.Net,Al-Ahkam,rakan FB,dan semua pengunjung blog ini,maaf zahir dan batin  Jumpa lagi.

Selasa, 16 Ogos 2011

Isu Murtad Dan Pengesahan Murtad di Mahkamah Syariah

Isu ini hangat kembali bila berlakunya isu siasatan JAIS keatas sebuah dewan komuniti kepunyaan salah satu `tempat ibadat` di Damansara.Isu ini masih dalam siasatan JAIS,maka amat tidak manis untuk kita mengulas mengenainya,lebih-lebih lagi isu ini disensasikan dengan pelbagai bentuk oleh blogger-blogger,pimpinan masyarakat, ngo`s dan tak kurang jugak oleh politikus dan polikucing.Maka jadilah ia cacarmarba serba maknika.Maka nya:-

Soalan yang ingin ditanyakan:

1.Benarkah adanya `serbuan` dari JAIS?atau hanya kedatangan biasa menyiasat sesuatu fakta setelah menerima aduan?

2.Apakah pusat komuniti itu sebuah gereja atau dewan biasa kepunyaan gereja?jika gereja apakah ada ciri-ciri sebagai sebuah gereja?difdaftarkan atau tidak?j

3.Siapakah penganjurnya?melayu-muslim atau sebaliknya?atau siapa?

4.Apakah isinya( itenary)majlis tersebut?majlis mengutip derma HIV/Aid?thanksgiving dinner/atau apa?berbuka puasa?

5.JAIS ada kuasa atau tidak menyiasat hal tersebut?seksyen berapa?undang-undang mana?

Saya belum bercadang membuat apa-apa komentar atau jawapan kepada lontaran soalan cepulogam diatas.maka kepada mereka yang tak sabar sangat nak menghentam pihak JAIS dengan berbagai tohmahan,apakah anda tahu fakta kepada 5 soalan diatas?kalau tidak atau belum tahu,diam itu lebih baik.Kita tunggu hasil siasatan pihak berkenaan.

Ekoran kes diatas ,timbul pulak dari isu lain,isu  mengenai kenapa Negeri Pahang(Mahkamah Syariah)meluluskan hampir 100% permohonana murtad.Data ini diambil dari statistik dalam jawapan menteri di JPM ketika menjawab soalan Parlimen sedikit masa dulu.


 
Maka berteriak melolonglah blogger berkenaan mengatakan inilah hasil dari kerajaan bla bla bla....membiarkan orang Islam murtad dan bersenang lenang meluluskan permohonan tersebut sehingga mencapai tahap hampir seratus peratus.Soalnya: apakah mereka tahu siapa pemohon tersebut?apakah faktanya?mengapa yang satu kes itu ditolak?dan mengapa banyak permohonan dinegeri lain ditolak?sekali lagi pihak yang sedap mulut eh silap-sedap tangan menaip /menulis menjadikan isu tersebut sebagai modal politik.InsyaAllah saya kan mengulas isu kenapa Pahang luluskan hampir seratus peratus permohonan murtad tersebut......................................

Kepada Semua Umat Islam,

Selamat bertarung separuh masa kedua di liga Ramadhan...apa status separuh masa pertama?tewas?seri atau menang?takpe ada masa lagi,dan penting untuk memburu BONUS` seribu bulan yang Allah beri dan tawarkan di ramadhan yang mungkin terakhir bagi kita.

Rabu, 10 Ogos 2011

Liga Ramadhan,Piala Taqwa Dan Bonus 1000 Bulan

Salam,

Dah 10 hari kita dalam Liga Ramadhan,untuk merebut piala Taqwa,dan mencari dan menyambut kurniaan Allah yang bagi bonus dalam bulam ini setiap tahun dengan kadar lk bulan,masih tak teruja?bukankah orang yang mendapat piala taqwa ini ialah orang yang benar2 berjaya dunia dan akhirat,menjadi VVVIP di akhirat nanti.,serta sentiasa mendapat keampunan,barakat dan rahmat serta  diberikan jalan keluar dalam setiap permasalahan,itu adalah janji Allah pada pemegang title atau golongan  `al-muttaqun`.Masih tak teruja?aiseh baru dapat bonus separuh gaji,muka berseri-seri cam baru mandi minyak,cerita sana sini,sengih siang dan malam,maka apakah bonus 1k bulan ini tiada kesan pada anda semua?jika ya,berhentilah jadi orang..

Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ahmad).''
 
Menurut Imam al-Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.

Marilah kita cari,kejar dan berusaha supaya Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna serta mengikut aturan syara` bukan yang jenis tambah-tambah  punya amalan,belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang .Percayalah dengan `pakej ramadhan`yang Allah janjikan iaitu rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka.Tukarlah motto anda dari Ramadan al-Murtabak kepada Ramadan al-Mubarak.dari bulan `Juadah` pada bulan `Ibadah`.Hampirilah Bazar Ramadhan tapi jangan sampai jadi Bazir Ramadhan.


Jumaat, 22 Julai 2011

Penetapan Tarikh Permulaan Ramadhan Dan Syawal.

Penetapan ini berdasarkan `rukyah biilmi(falak),dengan ketetapan beberapa syarat perlu dipenuhi.namun cerapan` rukyah bil ain`tetap dilakukan pada ghurub hari 29 Sya`ban/Ramadhan(31 Julai/29 Ogos).Jika anak bulan kelihatan konfem la puasa kita umat Islam di Malaysia berpuasa dan berhariraya.Jika tidak kelihatan dek awan mendung atau sebab lainya,maka kiraan hisab berdasarkan imkanurrukyah(kebolehnampakan hilal) akan diambil kira.

Bila masa ijtimak pada 29 Sya`ban(31 Julai-Ahad)-Waktu ijtimak matahari-Bulan-Bumi pada hari tersebut ialah pada jam 2 am 40min dan 55 saat,ini bermakna umur hilal dari ijtimak hingga ghurub(terbenam matahari) melebihi 8 jam mengikut syarat kenampakan hilal,oleh yang demikian penetapan 1 Ramadhan ialah pada 1 Ogos 2011.Waktu ghurub pada tarikh tersebut ialah  pukul 07.23 pm.(Kuantan)

Manakala waktu ijtimak  pada 29 Ramadhan (29 Ogos)-ialah pada jam 11 am 05min dan 11 saat,manakala ghurub petangnya ialah jam 07.16 pm,ini juga bermakna umur hilal melebihi 8 jam jugak.maka keesokan harinya(30 Ogos 2011) disitiharkan sebagai 1 Syawal(Hari raya).Merdeeeeeeeeka.

Begitula lebih kurang kiraanya....................................heheheheh.

Peringatan Penting

Tarikh rasmi penetapan permualaan puasa dan hari raya akan diistiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan kesemua Duli Raja-Raja Melayu.

Insyaallah rasanya berhasrat nak ikut serta ke Bukit Pelindung(Kuantan) bagi proses cerapan hilal pada petang 29 Sya`ban nanti.



Rabu, 20 Julai 2011

Hilal,Ijtimak Dan Penentuan Awal Ramadhan/Syawal

Hilal

Apakah hilal? Hilal ialah fasa bulan yang terawal boleh dilihat selepas Ijtimak yang menunjukkan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang bercahaya. Ia kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.


Rajah 1 di atas menunjukkan edaran bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari. Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) dan kedudukan ini dinamakan Ijtimak.

Ijtimak berasal dari perkataan Arab yang bermaksud berkumpul. Bulan seterusnya bergerak meninggalkan kedudukan Ijtimak 1 dan terus beredar mengelilingi bumi sehingga ia mengalami kedudukan ijtimak yang berikutnya iaitu Ijtimak 2. Dalam masa yang sama bumi juga beredar mengelilingi matahari. Masa yang diambil oleh bulan dari Ijtimak 1 ke Ijtimak 2 ialah 29 hari 12 jam 44 minit 2.9 saat. Ini bermakna bulan sudah melengkapkan satu edaran lengkap dan edaran ini dinamakan edaran Sinodis.

Akibat dari edaran bulan mengelilingi bumi bahagian muka bulan yang bercahaya kelihatan berubah dari hari ke hari dari bentuk sabit halus bertambah menjadi lebih besar hingga menjadi purnama dan mengecil semula dan menjadi seperti sabit halus. Perubahan ini dinamakan fasa. Semasa bulan mengelilingi bumi ia mengalami fasa-fasa yang tertentu bermula dari fasa hilal.

Dalam rajah 2 di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan.



Kedudukan 1 merupakan kedudukan awal bulan dan fasa ini dinamakan fasa bulan baru (new moon) atau Ijtimak. Kedudukan ini dikira sebagai titik mula pergerakan bulan beredar mengelilingi bumi. Dari kedudukan 1 bulan bergerak ke kedudukan 2, ke 3 , ke 4 dan akhirnya kembali semula pada kedudukan 1. Pada setiap kedudukan bulan bulan mempunyai fasa yang berlainan.

Pada ketika Ijtimak, bulan betul-betul berada di antara bumi dan matahari. Ketika ini bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk di bumi kerana bahagian gelap bulan menghadap bumi. Apabila bulan beredar sedikit ke kedudukan 1a, sebahagian kecil permukaan bulan yang bercahaya akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya yang sangat halus. Inilah yang dinamakan hilal.

Syarat Kenampakan Hilal

Untuk menentukan awal bulan Contohnya 1hb. Ramadhan secara hisab kita mesti tahu bila berlakunya Ijtimak. Secara umum Ijtimak berlaku diakhir bulan hijrah. Hilal dianggap boleh kelihatan sekiranya memenuhi syarat (MABIMS) ImkanuRukyah (kemungkinan boleh rukyah ) ketika ghurub (terbenam) matahari pada hari rukyah, 29 haribulan Syaban.

Syarat tersebut ialah Umur hilal ketika ghurub sekurang-kurangnya 8 jam selepas Ijtimak. Jika syarat ini dipenuhi maka hari esok dikira sebagai 1 hb.Selain syarat di atas ada dua lagi syarat iaitu : Altitud (ketinggian) hilal dari ufuk sekurang-kurangnya 2° ketika ghurub matahari. DAN : Jarak lengkung matahari dan bulan sekurang-kurangnya 3°.



Sekirannya syarat umur sudah mencukupi bermakna syarat kenampakan dipenuhi.

Sumber:  Petikan dari Kertas Kerja Penentuan Ramadhan dan Syawal 1426H
Dr (H) Hj. Kassim b. Bahali
Balaicerap Al-Khawarizmi
Jabatan Mufti Melaka

CATATAN HUJUNG:

Pada 27-30 November 1978, kerajaan Malaysia menghantar  Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib , seorang ahli astronomi Malaysia,  ke persidangan falakiah di Istanbul, Turki. Turut serta ialah Datuk Syeikh Abdul Mohsin, Mufti Wilayah Persekutuan dan Profesor Abdul Hamid Tahir, Pensyarah Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia. Antara hasilnya ialah Ijtimak matahari dan bulan tidak kurang dari 8 jam sebelum ghurub matahari. Ia akhirnya diterima sebagai salah satu dari kriteria kenampakan hilal.

http://aburedza.wordpress.com/category/ijtimak-bulan-matahari/

Tak pandai nak kecikan gambar tu hehehehe...


tbc.................tarikh permulaan Ramadhan/Syawal mengikut kiraan hisab.

Isnin, 11 Julai 2011

Sajak `MELAYU`

Sajak “Melayu” oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!