Isnin, 2 Januari 2012

3 Januari 1966.........Bermula...

Lahir kedunia...................3 Jan 1966 jam 1.34 am,atas tikar ladang(tikar besar dengan bidan kampong).Time tu mana ada letrik hospital dahla jauh,jalan(masih tanah merah) dan kenderaan pulak takde.Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk nak tengok dan hidup dalam dunia yang diciptaNya ni.Terima Kasih pada mak/arwah ayah atas kasih sayang tanpa penghujung,adik beradik yang sama ketika susah senang,rodong-rodong(kawan) yang sama merepa(meredah) hutn,terjun sungai,nyelam cari kijens,sama merewei dan menahan aran(alat tangkap ikan),tanpa sikit pun takut kat boye dalam sungai pahang tu.

1973-pas banjir bermula sesi sekolah rendah......................akhir 1978(1977 amik Penilaian darjah 5-result sederhana)

1979-sekolah SAR(Agama Rakyat) ---------1980.(Ting 2)

1980(November) ayah meninggal sakit batu karang.

1981-Belajar di al-Khairiyah Temerluh(SRP-tak berapa nak cemerlang hehehe).

1982-1985-al-Maahad al-Muhammadi jalan Merbau KB-(SMU/SPM/STU/STP)-hidup dirantauan..tengah mencari identiti

1986-1990-UKM Bangi-Sm PI(Syariah wal Qanun)-

1990-1991-UIA-DAIJ-1992 Dip Edu(UKM).

1992 GSST-Tementi Bera 1993-GSST Palong 7.

1994(Feb)-1994(Jun)Bermula Sebagai Peg Syariah(Hakim Syarie) bacth pertama(pra service) di JKNS-ditempatkan di Kuala Pilah.

1994(Julai)1996(Oktober)-Bertukar Ke Biro Bantuan Guaman(sekarang JBG) (c) Kuantan-Peguam Syarie.

1996-2005-Hakim Syarie di Bentong dan Cameron H.

2005-sekarang......................????? kat mana yerr..ada kat Kuantan ni..menjadi pentadbir pulak.

2004-Kursus Pengurusan kanan di Korea Selatan(COTI)-tiga minggu
2008  Kursus Khas kehakiman di Cairo.4 bulan
2009-10-   LL.M di UIAM...............................................................PHD?????? huh tak tahu la na mula bila
2011-Kursus Khas Di Institut Kehakiman Saudi.Riyadh-1 bulan

2012...................alhamdulillah masih lagi diberi peluang olehNya untuk berada di bumi ciptaaNya ini.

46 tahun,551.99 bulan,2400.15 minggu,16801 hari...lebihkurangla


Ps: kena dengar klasik nesenel-MKI(masihkah kau ingat atau ruangan aku dia dan lagu)..baru boleh refresh balik perjalanan hidup yang lebih detail.

Ahad, 1 Januari 2012

Sketsa Tahun Baru

Malam Tahun Baru...

Keluarlah kelkatu,keluar jugak kutu rambu,keluar ulat bulu,,mencari lampu..

Bohsia dan bohjan ketawa sakan,beriring-iringan,berkongsi-kongsian,mengejar impian
di disko malam tadi,ada keladi,terlentok menari,makin dekat ke pagi,galaknya makin menjadi.

Pub-pub disana sini,macam kedai kopi,waktu pagi hari,abih brandy berganti whisky.
Di sebuah lobi,ada bini mencari laki,ada laki terlupa umur sendiri.

Di dada-dada jalan,ada perlumbaan yang dipertaruhkan seorang perempuan,juga sepasang batu nisan.

Di belakang bangunan,ada ahli `perubatan` menyntik jarum ke lengan/badan,didadanya ada harapan,esok nak kembali kepangkal jalan.

Di kaki lima,ada orang tua,anak lapan biniya tiga,selimutnya cuma sehaasta,tutup kaki nampak kepala.

Di satu tempat sunyi,ada dara sunti,sedang menimang bayi,memicit-micit dahu,mahu dimana mencari binti.

Di warung teh tarik sekumpulan pengulas politik,menilik nilik,siapa tumbang,siapa terbalik dengan air liur menitik.

Di kampung ku,surau tua itu,macam selalu tanpa penunggu,tak merasa seronoknya tahun baru..

Selamat Tahun baru..malah selamatkan kami ,kamu dan aku...

Puisi oleh Mansasau-GG 1995.

Ahad, 18 Disember 2011

Perjalanan Haji 1432H(akhir)

salam,

Catatan perjalanan ini hanyalah sekadar merakam peristiwa untuk diabadikan dalam bentuk tulisan( nyata),bagi menimbulkan rasa keinginan untuk melakukan  aktiviti harian(kerja)tanpa jemu(tanda syukur) ,juga sebagai motivasi bahwa,setiap sesuatu itu perlu ada usaha yang maksima,doa yang berterusan,tawakkal yang tinggi.InsyaAllah semuanya menjadi nyata.

12 Zulhijjah.

Persiapan untuk melontar di 3 jamrah bermula tengah hari,selepas itu kami semua kan ke Mekah dan sebahagian besar akan terus pulang kenegara masing-masing.Sekitar jam 1.00 pm,15 belas buah bas dan belasan kereta  rasmi mula menuju ke jamarat,waktu ini kelihatanya jalan agak sesak,ramai para jemaah juga mempunyai tujuan yang sama(berjalan kaki) ketika inilah perjalanan kami tersekat gak lama,walaupun eskot cuba menyuraikan orang ramai,15 minit masa berlalu keadaan menjadi normal,dan perjalanan kami diteruskan,hakikatnya jarak penginapan dan jamaraat sangat dekat sebenarnya(sekitar  1 km je).rombongan kami terus menuju ke bahagian terbawah sekali di jamaraat,keadan lancar da tenang,masa yang diambil sekitar 25 minit semuanya selesai,dan kami bergerak menyusr keluar dari Mina dengan niat melakukan nafar awal untuk terus ke Mekah.Dengan selesainya melontar di tiga2 jamrah bermakna perkerjaan haji kami selesai.Alhamdulillah,mudahan diterima Allah.kesyukuran dipanjatkan dengan doa agar kami diberi kesempatan untuk kembali kesini lagi sebagai  tetamu Allah dimusim yang mendatang.IA.

Di Mekah.
kami dijadualkan hanya berada disini hingga 13 hb sahaja,kemudian bergerak kemadinah 2 hari,selepas itu terus pulang Malaysia.Namun segala perancangan terpaksa diubah apabila salah sorang ahli rombongan terpaksa dimasukan ke hospital akibat muntah2 dan pening kepala(darah tinggi?hari2 makan kambing kut).Meeting tergempar diadakan dan perjalanan ke Madinah dibatalkan,jika keadaan ahli tersebut tidak pulih maka terpaksalah ditinggalkan di Mekah dengan seorang peneman,manakala kami tetap akan pulang ke Malaysia pada 14 hb malam.

13 hb (maghrib).
Setelah selesai Tawaf Wada`(2 jam jugak amik masa)kami bergerak menuju ke Hotel tamu di Jeddah untuk berehat sementara menunggu penerbangan esok malamnya,dua orang(pesakit dan peneman)masih berada di Mekah.tak banyak aktiviti di Jeddah,melainkan ronda-ronda sekitar bandar dan membeli sikit sebanyak ole-ole yang patut(jadual padat/tak sempat shopping heheheh)pastu aktiviti terbesar melayan fb dan sembang  santai sambil minum syai  campur na` na`(pudina).Lewat malam tersebut 2 rakan yang tinggal di Mekah tiba2 muncul kat kat hotel,alhamdulillah semua boleh balik,walaupun nampak member tu jalan pun cam orang mabuk makan ketam je..heheeeh(semangat nak balik jadikan dia sihat).

14 hb.

Jam 9 malam kami mula bergerak ke airport,,kami berehat di lounge ,segala urusan tiket,beg dan cop imigresen telah diuruskan oleh protokol .Jam 12 kami gerak dan alhamdulillah sampai di KLIA jam 11 am.dengan itu selesaila perjalanan haji kami yang seumpama mimpi ini.sesungguhnya pengajaran dari perjalanan ini,jika Allah sudah tetapkan kami menjadi tetamunya,maka itulah takdirnya,walaupun seribu halangan timbul.Perjalanan ini mungkin hanya sekali dalam hidup (sebagai orang biasa yang bukan sesiapa di Malaysia ini)maka itulah ketentuanya.syukur sangat-sangat  pada mu Ya Allah.terimalah haji kami Ya Allah.

Terima Kasih khususnya pada Dewan Diraja KSA, al-Jamiah Al-Imam Muhammad Ibnu saud Riyadh(masyayikh dari Institut Kehakiman Tertinggi Saudi,Pihak Kedutaan KSA dan Malaysia,PM dan rombongan.JKSNT-Dato` Ismail yahya dan Pegawai-Pegawai.Sahabat-sahabat semua yang saling bantu membantu antara satu sama lain.InsyaAllah pada penghujung bulan ini 40 orang lagi peserta daurah khas siri 2,di Univ yang sama.Kursus advance bagi batch pertama khabarnya akan diadakan...bila?WA.



...akan datang nak sambung cerita isu murtad.

Ahad, 4 Disember 2011

Perjalanan Haji 1432H(3)

salam all,

Setelah semua anggota dapat melelapkan mata,mengisi perut,berguling galang,kemudian melakukan solat jamak taakhir dan mengutip anak batu,maka dalam pukul 1 am,kami mula berkumpul di depan bas untuk bertolak ke Jamrah al-Aqabah bagi tujuan melontar 7 biji batu dan kemudian bergerak ke Mekah bagi ibadat Tawaf Ifadhah.Perjalanan ke jamrah sekejap sahaja dan melalui jalan khas terus ke tempat melontar paling bawah(di tutup pada jemaah awam),sebaik turun bas,dihadapan Jamrah kami terus melontar dan naik semula(belum betahalul),terus bergerak ke mekah.
 
Di Mekah kami  ,kami berehat sebentar di Istana Tamu,bagi yang nak bercukur,mereka keluar sekejap untuk menebas semua rambut kat atas kepala tu.Aku hanya bergunting sahaja,ini bermakna kami sudah bebas dari sesetengah larangan semasa ihram.Perasaan lega menyelinap diseluruh ruang hati,apa tidaknya,kini kami tidak risau lagi untuk berwangia-wangian,menutup muka/kepala dan yang lebih penting tidak perlu lagi berpakaian ihram selepas.sekitar jam 2 am,kami turun ke Masjidil Haram dan memulakan tawaf ,alhamdulillah dalam 1 jam 45,semuanya selesai dan menunaikan solat dua rakaat terus naik ke tempat penginapan menanti bas untuk pulang ke Mina.kami semua kahirnya sampai ke penginapan di Mina sekitar hampir subuh.seusai Solat Subuh semuanya bergelimpangan tidur sehinggalah dikejutkan untuk sarapan dan mengikut jadual seterusnya.
 
10 zulhijjah.
 
jam 10 am,kami dijemput untuk berjumpa samahah Mufti di Khemahnya ,kami sempat mendengar tazkirah sekitar 20 minit,kemudian dihadiahkan senaskhah al-Unud Al-Zahabiyah ,kandungan didalamnya antara lain:
 hadis 40 syarahan Imam Al-Nawawi,Hisn al-Muslim,Aidah Ahli Sunnah wal jamaah,kaifiyat Soalt al-Nabi dan lain-lain.Alhamdulillah.Setelah itu kami ke Khemah Sahibul Maali Pengerusi Majlis Kehakiman Tertinggi KSA dan disana kami bersoal jawab tentang beberapa perkara kontemporari,bersama rombongan kami ialah para Profesor dari beberapa buah Universiti di US.

Jam 2pm, 4 orang dari rombongan kami dijemput ke Istana Raja di Mina bagi menghadiri Majlis pertemuan dengan Putera Mahkota,bersama jemputan ini sudah pasti DS PMkita sebagai tetamu utama dan ebberapa orang menteri dari malaysia juga seluruh dunia.

Jam 5 pm kami sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Mekah bagi  menunaikan solat maghrib dan isyak di Masjidil Haram.Ternyata hari 10 Zulhijjah merupakan hari paling lapang dan tenang sekali,banyak masa kami berborak dan berkenal mesra tetamu negara lain....

















Sabtu, 26 November 2011

Perjalanan Haji 1432H-(2)

9 Zulhijjah.
Jam 07.15am: seperti biasa bersarapan di Istana Tamu Mina,sedang syok menjamah isys,tokmiyah,kami di sapa oleh PM dan rombongan baru tiba untuk bersarapan.
Jam 10 pagi,pihak urusetia,mengarahkan semua tetamu bersiap sedia untuk menaiki bas dan kami akan bertolak ke Arafah jam 11 am.

Jam 11.30: puluhan kereta dan belasan bas mula  bergerak ke Arafah dengan eskot oleh pihak berkuasa KSA.Perjalanan tidak jauh mana,namun melalui jalan yang kiri kanan dipenuhi khemah persendirian,tampak perlahan sedikit,alhamdulillah dalam 3o min,kami sampai ke karangan penginapan(khemah protokol diraja),dikelilingi tembok batu,dan bersebelahan dengan Masjid al-Namirah(namun kami tidak dibenarkan keluar pagar,sembahyang dan dengar khutbah hanya dalam premis tersebut sahaja.Kami diberikan 9 buah khemah,setiap satu khemah 2 orang,dilengkapi dengan buah-buahan,minumah dan hawa dingin.

Jam 2.30 pm: seusai solat jamak/tamam dan khutbah kami ke dewam makan dan dihidangkan nasi mandi(?) dan kambing serta kebab daging,ayam grill.Memang menyelerakan..grup kami memilih untuk makan dalam talam,satu talam 4 orang,fuhh jenuh nak ngabihkan nasi tu..masakan memang sedap dan menyelerakan,sebab tu bila balik ke khemah semua tidor dengan lena dan mengeluarkan bunyi beraneka irama.

Jam 6 pm:kami mula berkumpul dan bersedia untuk ke Muzdalifah.

Jam 7.30 pm: bas mula bergerak ke penginapan di Muzdalifah,dalam perjalann dapat dilihat,jutaan manusia,berjalan kaki,manakala di jalan sebelah ribuan kenderaan terperangkap dalam jamm,alhamdulillah perjalanan kami walaupun tersekat jugak,tapi dengan eskot yang ada akhirnya sampai sekitar 8.45 pm.

Jam 9.00 pm-12.30 berehat,sembahyang,makan dan melelapkan mata di penginapan Muzdalifah(satu kawasan tertutup/jauh dari orang ramai di perlembahan.(urusan masuk agak kelamkabut bilamana setiap beg yang dibawa wajib kena scan oleh pihak berkuasa.












Isnin, 21 November 2011

Perjalanan haji 2011(1432H)

Jenis Haji :Ifrad

Bertolak : 8 zulhijjah-4 hb 11.KLIA Jam 3 pm-sampai Jam 8 waktu Jeddah.

semua bagasi/urusan imigresen diuruskan oleh urusetia KSA-mahu dua jam jugak.

 11.pm-tiba di Istana Tamu-terus turun ke Masjidil haram bagi tawaf Qudum dan Saei haji.
 1.45 am-selesai saei dan kembali semula ke penginapan bagi urusan logistik/kad akses dan lain-lain.
 2.30 am-bertolak ke Mina(Istana Tamu-(Qasr al-Diyafah) setelah melalui tapisan ketat akhirnya-dapat    
 bilik-rehat sampai Subuh.

9 Zulhijjah.
 7.00 sarapan-dalam letih dan ngantuk sempat juga isys dua tiga keping heheeh.Disini sempat sembang ngan
          DS PM dan rombongan,rupa-rupanya kami ditempatkan di kawasan penginapan yang sama.

11.00 am bersiap sedia ke Arafah................... bas-bas,kereta bagi ketua-ketua negara,kenderaan eskot telah siap sedia nak gerak ke arafah,dijangka ambil masa 30 ke 40 minit je.





1-2 Semasa tawaf/saei
3-4di rumah tamu(Mekah)
5-Kawasan Penginapan di Mina-atas tu jalan LRT

......sambung..aduh lama sungguh tak update blog ni




Selasa, 13 September 2011

sembang hal kereta

Apakata kali ni,kita sembang tip-tip yang perlu bagi membeli kereta,jommm

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.? Selepas itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Jika asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. Tinkatkan kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Kemudian pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

Kembali semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.
Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Petikan daripada Berita Minggu


2 Oktober 2005


Tip:Pastikan anda lakukan atau praktikan tip-tip tersebut dengan melihat keadaan jurujual terlebih dulu,kalau nampak muka kelat je,jangan cuba-cuba buat,mereka jugak ada tip-tip camne hadapi pelanggan yang teliti cam anda heheheeh.Penting juga check poket anda,perlu sangat ke tukar kete ni?