Sabtu, 2 Ogos 2008

Pernikahan Di Thailand(Siam)-3

Salam,

Bilamana Undang-Undang Islam dibatalkan oleh Kerajaan Thai sekitar awal 40an,rakyat bangun menentang,satu badan ditubuhkan dengan nama Haiat Nafaz al-Ahkam al-Syariah) atau Badan Pelaksana Hukum Hakam Syariah) ,badan ini dipimpin oleh Haji Sulong bin Abd Kadir Tukmina,beliau jugak dilantik oleh masayrakat 4 wilayah tersebut sebagai Dato` Yutitham(Kadi),walaubagaimanapun penentangan rakyat terus berjalan sehinggalah kerajaan baru dilantik,atas kesedaran keperluan kepada satu undang-undang khusus bagi mentadbir muslin di 4 wilayah-Akta Mengguna Undang-UNdang Islam di 4 Wilayah telah diluluskan pada tahun 1946.Akta ini memberi kuasa untuk melantik Dato` YUtitham,membeicarakan kes keluarga dan pesaka,kemudian lahirlah proviso khusus dalam hal keluarga dan pesaka yang diperbaiki dari masa kesemasa hingga hari ini.

Di Thailand tiada Mahkamah Syariah,Dato` Yutitham akan menggunakan Mahkamah Wilayah untuk perbicaraan mengenai keluarga dan pusaka,keputusan Dato` Yutitham adalah muktamad,hanya satu peringkat sahaja perbicaraan diadakan,tiada rayuan atau semakan boleh dibuat.Perlantikan Dato` Yutitham pada mulanya dibuat oelh pemerintah Thai sendiri,kemudian cara ini dibantah dan diganti dengan cara syura dari orang ramai,dan kini satu lagi cara ialah dengan peperiksaan.Cara ini kekal sehingga sekaran.Namun dari segi politiknya suasana tidak puashati sering timbul,dan banyak isu tertunggak belum berjaya diselesaikan.Ketegangan terus berlaku disana.

Kesimpulanya,di Thai(khususnya di 4 wilayah) ada peraturan atau pentadbiran khusus bagi menjaga kepentingan umat Islam,ianya ditadbir oleh umat Islam sendiri dan dikalangan mereka yang berkebolehan.Peraturan-peraturan kekelurgaan(nikah-cerai-rujuk-nafkah dll) termasuk juga harta(pesaka) ada ditaqninkan,begitu juga dengan perlantikan jurunikah dilaksanakan mengikut aturan syarak dan ada `hitam putih`nya dari segi undang-undang.

..........tbc

Rabu, 30 Julai 2008

Pernikahan Di selatan Thai(Siam)-2

Sejarah Undang-Undang Islam di Thailand.

Ini adalah editan dari catatan Dr Ahmad Omar Chapakia-Univ Yala
(Beliau membentangkan kertas ini di Multaqa Sultan Ahmad Shah di KIPSAS beberapa tahun dulu).

Dasar perluasan kuasa Kerajaan Thai meluas ke beberapa wilayah di selatan negara itu .Wilayah-wilayah yang diduduki majoriti umat Islam/Melayu seperti Patani,Yala,Narathiwat dan Satun telah berjaya dikuasai.Masyarakat yang sudah pasti mempunyai perbezaan latarbelakang agama,budaya dan sejarah dengan majoriti masyarakt Thai yang kebanyakan beragama Buddha membawa satu jurang pemisah yang besar disana.Kawasan selatan ini begitu sensitif dari segi politik kepada pemerintahan Kerajaan Thai.Oleh yang demikian,dengan sistem Monarki mutlak telah membenarkan umat Islam di 4 wilayah ini menggunakan Undang-Undang Keluarga dan Pesaka Islam.Peraturan tersebut mula digunakan dari tahun 1901 lagi.Jawatan Tok Kali(qadhi) atau dipanggil Dato` Yutitham bertindak sebagai Hakim.walaubagaimanapun pada zaman Phibun Songkram Thai melaksanakan dasar `penyatuan budaya`,maka undang-undang tersebut dimansuhkan (1943)termasuklah jawatan Dato` Yutitham.Ekoran pemansuhan itu ketegangan telah berlaku di 4 wilayah tersebut sehinggalah Kerajaan Deemokrasi mengambil alih pentadbiran(1945) dan peraturan mengenai Pentadbiran Institusi Islam(Praracha Bnayat Sasanupatham Fai Islam) diluluskan.Kemudian kerajaan juga meluluskan semula undang-undang mengenai keluarga dan juga pesaka untuk digunakan di 4 wilayah tersebut.Jawatan Dato` Yutitham dihidupkan semula dengan melantik dua orang Dato` Yutitham di 4 wilayah itu.Dasar Kerajaan Khuan Apaiwomg itu dengan pimpinan Pridi Panomyon sebagai Pusamrech Rachakan Taen Paraong(penganti raja)akhirnya meredakan ketegangan di 4 wilayah tersebut.Di situlah bermulanya jawatan Chularachamontri(Ketua Agama Islam),diikuti kemudianya bebrepa badan-badan rasmi seperti Kamakan Islam Haeng Pratet Thai(Komiti Ilsam Pusat) dibawahnya Kamakan Islam Prachan Changwad(Komiti Islam Wilayah atau majlis Agama Islam Wilayah) Kamakan Islam Pracham Masjid(Komiti Islam Masjid).Pada tahun 1945 Chularachamontri pertama telah dilanti iaitu Chem Promyong(Haji Syamsudin).Perlantikan ini memberi peluang perlaksanaan undang-undang dapat dilaksanakan dsengan berkesan dalam mengatur sistem kehidupan di 4 wilayah.

Pimpinan haji Syamsudin tidak lama,dua tahun selepas itu (1947)beliau ditangkap dan dibunuh secara misteri kerana membuat tuntutan bersama ahli komitinya untuk menjadikan 4 wilayah tersebut diurustadbir sepenuhnya oleh umat Islam.Antara tuntutanya-

1-Hasil mahsul-dari 4 wilayah hendaklah digunakan bagi perbelanjaan pembangunan 4 wilayah ini.

2-Mewujudkan Mahkamah Syariah secara berasingan

3-Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran.

4-Membenarkan Majlis Agama Islam menggubal undang-undang pentadbiran sendiri.

5-80% pegawai yang berkhidmat di 4 wilayah terdiri dari orang islam.

Sejak dari penangkapan pembunuhan tersebut bermulalah ketegangan sampai ke hari ini,Ketua-Ketua Komiti Islam 4 wilayah tidak lagi secara terbuka bergiat dalam hal olitik melainkan menumpukan pada pentadbiran Agama Islam dengan kuasa yang sangat terbatas,hinggalah ke era 90an dimana Wan Mohamad Nor Matha dilantik sebagai speaker Parlimen dan berjaya membawa perubahan dengan meluluskan Undang-Undang Pentadbiran Institusi Agama Islam 1997(memeperincikan lagi undang-undang sedia ada )Dalam peraturan inilah perlantikan Ketua Agama Islam(Chularachamontri) adalah mesti diplih dikalangan yang mendapat persetujuan umat Islam di 4 wilayah sebelum diangkat kepada Kerajaan Thai.Pada tahun 1999 Haji Shahabuddin(Sawad Sumalyasak) telah dipilih sebagai Chulacharamontri.Beliau seorang ulamak hebat mahir berbahasa Thai,Arab dan Melayu.Di bawahnya ,Komiti Islam Pusat,Komiti Islam wilayah(Majlis Agama-badan inilah yang bertindak antara lain menguruskan soal nikah cerai umat Islam,dan menguruskan soal perlantikan wali hakim dan lain-lain.Badan terakhir Komiti Islam Masjid.

Pentadbiran Kehakiman di 4 wilayah...tbc

Pernikahan Di Selatan Thailand(1)

salam,

Dalam kekalutan waktu sebenarnya tapi nak jugak coretkan sepatah dua perkara..supaya blog ni tak berabuk heheheeh.So banyak la ejaan terpesong...

Pernikahan di Siam memangla suatu yang tidak asing lagi.Pernikahan tersebut samada berpoligami(ni yang ramai) atau tidak,dengan berbagai alasan dan tujuan.Walaupun pasangan tersebut mengetahuai atau sedar risikonya sangat besar,tapi demi menurut kata hati mereka sanggup lakukan.Memilih nama negara Thai sebagai suatu tanda aras untuk dibincangkan dan selanjutnya boleh di kiaskan dengan negara-negara yang sewaktu dengan nya kerana negara berkenaan kerajaanya adalah bukan Islam.Soalnya adakah ianya menepati kaedah syarak? pernikahan disana berwali hakim atau wali tahkim?,kalau lah dikatakan wali sebenar turut serta atau berada bersama rombongan ke Siam tu,kenapa perlu sampai begitu? bukankah boleh dilaksanakan di malaysia sahaja,cumanya mungkin surat perakuan nikah tidak ada,sedangkan kalau disana,pasti surat nikah(Siam) lengkap akan diperolehi selepas akad.Apa perlu jika wali sebenar telah ada tapi masih mahu berikah disana?laksanakan sahaja di Malaysia,pernikahan tetap sah sekalipun melanggar undang-undang.(biasanya kes begini kerana hendak berpoligami tapi mendapat tentangan atau tak mahu bagitahu isteri sedia ada)

Dalam perbincangan ini kita tinggalkan soal keberadaan wali yang hadir sama disana,kemudian mewakilkan `seseorang disana untuk menikahkan anak tersebut,atau wali sendiri menikahkan anak perempuanya dengan disaksikan `pihak` berkuasa agama disana.Keadaan sebegini,tidak ada masalah dari segi syarak,cumanya ketiga pihak tersebut(wali,pengantin lelaki/perempuan) telah melakukan satu kesalahan di sisi perundangan di malaysia(mengadakan upacara pernikahan(aqad) tanpa kebenaran).

Apa yang hendak di bincangkan pernikahan dengan wali yang dilantik oleh pasangan atau wali yang ditemui melalui orang tengah semasa melakukan upacara pernikahan(aqad)di sana,siapakah mereka sebenarnya,apakah wali hakim yang diberi tauliah? jika ada tauliah siapa yang yang hak memberi tauliah.Bagaimana kedudukan mereka sebagai wali yang menikahkan mereka mengikut syarak?dan bagaimana pulak wali yang dilantik oleh pasangan ini untuk menikahkan diri mereka? sahkan jika berlaku demikian?

Seterusnya bagaimana prosedur yang seharusnya diikuti pasangan yang bernikah di sana ingin mendaftarkan pernikahan mereka di malaysia?apakah hukuman yang bakal dikenakan?...............tbc

Isnin, 28 Julai 2008

Pelan Stratejik

Salam,

4 hari tiga malam berkampong di kaki bukit Genting,membicarakan pelan stratejik bagi Negeri Tok Gajah.Dengan panduan dari MAMPU serta peryertaan dari pengurusan tertinggi negeri sehinggalah macai cam aku ni hadir sama,akhirnya dapatlah nak di capai tahun 2020 nanti dengan visi-negeri Tok Gajah sebagai sebuah negeri maju,makmur dengan pembangunan yang mapan serta alam sekitar yang lestari menjelang 2020.InsyaAllah.

Kalau dianalisis mengikut kaedah S>W>O>T-Kekuatan/kelemahan/peluang dan ancaman.Pahnag memang banyak kelebihan dengan Sumber Asli yang banyak,tanah yang luas,bersempadan dengan 5 atau 6 negeri lain,dekat dekat Klang Valley,LPT,politik yang stabil berbanding dengan kelemahan mungkin dari segi sumber kewangan terhad,penerokaan sumber masih rendah,pengurusan tak begitu terbuka dan bijak mencari ruang dan peluang,jarak yang jauh dll.

Maka Stratejik Teras serta sub strateji di rangka bagi mencapai visi tersebut,seterusnya plan tindakan beserta petunjuk yang berkaitan.Percambahan fikiran begini yang ulung2 diadakan dengan kehadiran semua pengurusan tertinggi dari YB SS hinggalah lainya,aku just wakil boss je heheheh.Pada hari kedua,dua buah lori pick up dari Bentong bawak mai durian dari berbagai jenis D hehhehe,sampai angkat tangan semuanya ,kalau dah tak termakan,aku pun dengan rela hati memasukan 5 ke 6 biji durian lebih tu dalam bonet kereta,sampaikan bau durian tersebut memeningkan pala.Memang berbaloi la,manggis ada,rambutan ada,habis parking hotel tu berbau durian hehehe.

Seminar tamat malam tadi,so selepas subuh ambilah masa tido sejam dua,sebelum daftar keluar jam 11,dengan memandu dengan bau aroma durian yang begitu kuat,sampailah pekena ikan patin buah masak tempoyak kat R n R Temerluh.Letih,penat tapi pas hati biarpun sabtu ahad terpaksa jugak duk dalam kelas perah otak.TQ semua.

Selasa, 22 Julai 2008

Isu Semasa

Salam,

Lama benar tak sembang-sembang kosong nih,semntara ada luang dan ruang nih moh la kita sembang-sembang sikit bab-bab yang heboh orang bercakap,dari dalam kelambu sampailah ke Parlimen semua bersembang sampai muncung mulut hinggalah ke angkat penumbuk,dari secawan kopi hingga ke bercawan kopi,sedar tak sedar dia tiga keping roti canai lenyap.Aci antuk kepala kedinding isu yang paling gawat dan dalam masa yang sama perlu juga rawat antara lain:-

1-Liwat-takmoh dah cakap isu ni,letih weh,cuma kalu boleh,janganlah kita heret sama lidah kita ni duk sambung cerita bla bla bla.Biarla penentuan dek mahakmah dan jika ada yang tak kena mahkamah sana nanti takda siapa boleh terlepas.Siapa benar siapa salah terkadang sukar bagi kita tentukan-tapi kebenaran hakiki tetap akan ada.Jika tidak disini akan pasti ada disana.

2.Debat-DSC V DSAI-

hahaha,jalan malam tu di mana mana termasuk Kl jadi lengang,Astro Awani/Tv 9 jadi tumpuan,tok imam dan tok bilal apatah lagi jemaah surau atau masjid,ringkas je zikir malam tu,semuanya bahana debat.Pendebat dikatakan(sumber)memang ada penasihat atau punahsihat memasing,malah tak lena tido malam dan beberapa hari sebelum debat.Akhirya debat menjadi-tahniah semua termasuk penganjur.

Siapa menang? pemenang sebenar ialah rakyat.Pendebat Terbaik DSA,Piala Khas Juri-DSC hehehehe.Ya ada yang kata debat malam tu tada faedah dan kesan pada rakyat? sapa kata tiada faedah?hasil debat nampak sejurus atau beberapa hari berikutnya,apa dia? jangan tanya,lu fkirla sendiri,tapi lihatla pemandu teksi senyum mewek,jaminan kerajaan tak naik harga minyak,kajian ketas result IPP di kaji semula,beberapa insentif baru diberi dan lagi dan lagi,bukankah itu kesan debat?

point DSAI-kenaikan mendadak amat membebankan-Kerajaan boleh menampung dengan mengkaji IPP,perbelanjaan yang tiris/pengurusan ekonomi lebih baik,komitmen untuk menurunkan harga minyak akan banyak menyelesaikan masalah rakyat.

point DSC-minyak terpaksa dinaikan kerena harga dunia, negara harga minyak rendah inflasi amat tinggi,tiada ketirisan atau salah pengurusan.Anwar memang kaki kacau dulu,kini dan selamanya.

hmmm terserah anda,tapi dimana jua,siapa sahaja,peringkat mana berada semuanya katakan ya pada DSAI-dari segi debat.Apapun syabas kedua pihak dan juga penganjur.


3.Muzakarah UMNO-PAS

Setuju dan serah pada piminan kedua pihak.Muzakarah bukan tujuan meleburkan pegangan parti memasing,tapi mencari titik persamaan demi survival Islam/melayu.Tiada salah dan tiada silapnya bermuzakarah-teruskan je,tapi sikap hati-hati sangat perlu.Luka lama sekalipun sembuh tapi meninggalkan kesan besar.Kesombongan sudah diajar,maka jangan lagi bersikap sombong pada masa akan datang,ketika kuat kita pijak orang lain,ketika lemah kita hulur tangan meminta tolong.slogan `pade doh 18 tahun` masih lagi tergiang-ngiang di telinga orang Kelantan,lain kali berhemahla dengan sesama kita.Dimana hikmahnya benteng melayu islam yang teguh kita nak robohkan?tetiba sekarang mahu pula isu melayu islam-ini semua qarinah kuat yang perlu di soroti.

Namun sikap DAP yang baru sedikit berkuasa sudah naik junjung,sikap tdak menghormati prinsip orang lain,selau mengutamakan kelompok dan mahu menjuarai semua isu tanpa mengambil kira suasana semasa,sensitiviti tenyata,mengundang sebab kenapa perlunya muzakarah.maka lakukanlah................

catatan dari koi-rimau berendam-heheheh

Sulh/Mediasi (2)

Lihat perbezaan....

Sulh

# mudah diadakan.

Dibuat atas kehendak bersama dan sukarela.

# sukarela/bebas mengambil bahagian/membuat keputusan.

Perbincangan melihat kepada kepentingan pihak-pihak,hasilnya
penyelesaian secara damai.

# Kerahsiaan.(maklumat hanya antara pihak/pihak dan pegawai sulh)

Isu perbincangan fokus masa depan.

# Mempermudahkan

proses tidak formal dan fleksibel,pnyertaan dari semua pihak yang berikai.


Perundingan Biasa.

* pihak-pihak tidak sama kuat dan biasanya terputus perundinagan.

* tidak ada pihak pembimbing.

* terdedah pada faktor luar/emosi dan isu yang tidak relevan.


Hakam

* Pihak-pihak menyerahkan sepenuhnya kepada muhakkam untuk membuat keputusan bagi
pihak mereka.


Timbangtara


+ -Bersifat permusuhan/keterangan diberi mengakan hak masing-masing

+ Keputusan ditangan arbitrator.

+ fokus masa lampau

+ proses formal dan mengikut prosedur khas.

+ Penyertaan pihak-pihak adalah terhad.



Manual Kerja Sulh



Pihak-pihak dipanggil untuk menghadiri sesi sulh9biasanya dua kali)jika gagal kes diserah pada hakim bicara.

Pihak-pihak yag dipanggil akan ditempatkan dibilik khas(sulh) hanya pihak-pihak dan pegawai sulh sahaja yang berhak berada disana,peguam-peguam pihak-pihak tidak dibenarkan hadir,namun pihak-pihak boleh mendapatka apa nasihat sebelum ,semasa(waktu rehat)atau selepas majlis sulh tersebut.

Langkah 1-Pengerusi Majlis Sulh akan memperkenalkan diri diiringi dengan bacaan doa.
Langkah 2-Pengerusi akan menerangkan peraturan yang harus diikut:-
a)bercakap mengikut giliran
b)tidak gangguan semasa pihak-pihak bercakap
c)suara tidak tinggi/keadaan tenang
d)tiada komunikasi antara pihak melainkan dengan kehadiran Peg Sulh
e)ada aku janji mematuhi segala arahan.
f)menjaga kerahsiaan
g) kebolehan pihak-pihak merujuk pada peguam masing-masing (jika berkaitan)

Langkah 3-Pembentangan awal pihak Plaintif/Pemohon
Langkah 4-Pembentangan dari Defendan/Responden.
Langkah 5-Pegawai Sulh melakar peta konflik/kenalpasti skop pertikaian/penyelesain
Lngkah 6-Pegawai Sulh menyusun dan mengurus maklumat
a)isu dan masalah
b)kedudukan pihak-pihak
c)kepentingan mereka
d)alternatif penyelesaian.

Perbincangan Bersama.

Pertemuan sebelah pihak(kaukus)

Perundingan Bersama

Penghakiman Berasaskan Persetujuan.


JIKA GAGAL proses diatas-

Perbicaraan akan dimulakan mengikut prosedur biasa.

Rujukan.

Manual Kerja Sulh(JKSM)
Brosur SULH(JKSM.

Isnin, 21 Julai 2008

Sulh/Mediasi

Salam,

Perlaksanaan penyelesaian kes secara sulh(rundingan)mulai di amalkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri-Negeri mula di perkenalkan secara serius sejak 2 tahun kebelakangan ini.Keberkesanan proses sulh amat memuaskan sehingga ada negeri yang mencatatkan kejayaan begitu besar dalam penyelesaian kes-kes syariah.Sulh dalam kontek ini bererti suatu kes yang diselesaikan secara rundingan diluar mahkamah(tanpa perbicaraan)dengan dikendalikan oleh seorang pegawai sulh(mediator).Jika persetujuan dicapai penghakiman persetujuan akan dirakamkan didepan Hakim Syarie.Jika sebaliknya kes akan dibicarakan mengikut prosedur biasa perundangan.

Asas Perlaksanaan.

Firman Allah:

Dan jika kedua pihak dari orang-orang beriman berperang,maka damaikanlah diantara keduanya.(al-Hujrat:9)

Firmanya lagi:

Dan jika seseorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz atau tidak melayaninya maka tidak salah bagi mereka(suami/isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua(secara sebaik-baiknya) kerena perdamaian itu lebih baik(bagi mereka dari bercerai-berai)(an-Nisa`:128)

Sabda Nabi s.aw.

Dari Amr Bin Auf al-Muzanni r.a,sabda Rasulullah s.a.w:

`Perdamaian(sulh) itu diharuskan(dalam urusan) di antara kaum muslim,kecuali sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram.

(Hadis Riwayat Tirmidzi dan dianggapnya sahih,tetapi para ulamak menginkarinya kerana seorang perawi bernama Katsir bin Abdillah Bin Amr adalah lemah.Mungkin Tirmidzi menanggapnya sahih lantaran banyak jalanya*(turuq)

Juga Riwayat dari Abu Hurairah dinilai sahih oleh Ibnu Hibban.(Syarah Bulughul Maram-Ibnu Hajar al-Asqolani bab perdamaian)


Peruntukan Undang-Undang.


Enakmen Keluarga Islam Pahang 2005.
Enakmen Tatacara Mal mahkmah Syariah 2002.
Kaedah-Kaedah Sulh 2005.

Tuntutan Permohonan melalui proses Sulh.

a-tuntutan kerana melanggar janji untuk perkahwinan(pertunangan).

b-tuntutan berbangkit dari suatu perceraian:
*mutaah(consolatory gift)
*Nafkah Eddah
*Nafkah Tertunggak
*Harta Sepencarian
*Harta Maskahwin
*Hal-hal lain yang difikirkan munasabah.

c-Tuntutan Hak Jagaan

d-Tuntutan Nafkah Anak.

e-Permohonan Perlaksanaan Perintah


Faktor-Faktor Kejayaan Proses Sulh.

+ Pihakpihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah.

+ pihak-pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara terbuka,ikhlas bukanya secara emosi dan balas dendam.

+ Pihak-pihak sedar penyelesaian adalah bagi kepentingan semua pihak di masa hadapan

+ Pihak-pihak sedar pro dan kon jika kes dibawa ke ruabg perbicaraan.


Sulh gagal jika;-

+ Pihak-pihak atau salah satu pihak tiada berupaya membuat keputusan sendiri.

+ Salah satu pihak atau keduanya tiada komitmen sebenarn utuk selesaikan masalah.

+ salah satu pihak atau keduanya tiada persediaan yang mencukui samda dari segi emosi juga fizikal.

..beza sulh/hakam/perundingan biasa/timbangtara...tbc