Isnin, 9 Jun 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie(6)

Salam,

Maka setakat itu rasanya jelas tentang susur galur,tentang kitab-kitab rujukan dalam mazhab al-Syafie,cumanya apakah fatwa yang menjadi sandaran rasmi? kitab mana yang menjadi rujukan utama?. dan apakah kaedah pentarjihan yang perlu diikuti dalam kontek ini?

Pegangan ulamak terdahulu memegang qaul muktamad ialah kitab al-Nawawi dan al-Rafie,dan jika berlaku pertentangan antara keduanya fatwa Imam al-Nawawi diutamakan.Kitab al-Rafie yang dirujuk khususnya kitab al-Muharrar Syarh al-Wajiz lil al-Ghazali.


Dikalangan ulamak mutaakhiriin memjadikan sumber pegangan mazhab yang utama ialah:


Ulamak Mesir memegang Qaul Muhamad bin Ahmad al-Ramli Kitabnya Nihayah al-Muhtaj Ila Syarah al-Minhaj.Kitab ini telah dibaca diteliti dan di perkemaskan oleh lebh 400 orang ulamak Syafie,lalu dikatakan mencapai had tawatur dalam kebenaran kandungan mazhab al-Syafie.


Ulamak Hijaz,Syam(termasuk Jordan,Syria,Lubnan,palestin) Yaman,Hadramaut dll,mereka memegang qaul Syeikh Ibnu Hajar al-Haittami khususnya dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj bi Syah al-Minhaj.



Menurut Syeikh Alawi al-Saqqaf(Majmuk sabaah Kutub al-Mufidah MS 38;..sekiranya berlaku pertembungan antara Ibnu Hjar dan Al-Ramli sekiranya mufti dikalangan ahli tarjih,maka bolehlah ditarjihkan mana pandangan antara kduanya,kiranya tidak,mestilah melihat pada penyoal(berilmu atau awam,lalu ditarjihkan pandangan berdasarkan latar belakang penyoal.

Ada juga apabila masalah tidak ditarjihkan apabila berlaku pertembungan antara keduanya(Nihayah al-Muhtaj dan Tuhfah),maka penyelesaian sperti beriku;

1. Merujuk pandanagn Zakaria al-Ansari
2. Kemudian al-Khatib al-Syarbini,
3. Hasyiah al-Ziadi,
4. Hasyiah Ibnu Qasim
5. Hasyiah `Amirah ala Syah Jalaluddin, al-Barlisi (957H).


Apapun sumber semua penulisan dari yang satu,lihatlah susurgalur kitab-kitab tersebut.ianya tidak menjejaskan langsung mazhab al-Syafie kerana semua penulisan kitab pada setiap peringkat mempuanya ikatan dan pertalian,Kesemuanya balik semula merujuk kepada pengasas mazhab itu sendiri alImam al-Syafie(150H-204H)

Maka dapatlah dibuat kesimpulan kitab-kitab menjadi pegangan utama ulama terkemudian secar garis kasarnya ialah alMajmuk,al-Muharrar,Nihayah al-Muhtaj dan Tuhfah al-Muhtaj.

Berikut senarai kitab-kita utama yang telah disusurgalurkan dulu(sebahagian) yang menjadi rujukan dan tumpuan ulamak setiap zaman;

1, al-Umm Imam al-Syafie r.a

2 al-Wajiz,Imam al-Ghazali.

3.al-Muharar,Imam al-rafie.

4.al-Majmuk dan semua kitab-kitabnya,Imam al-Nawawi.

5.Tuhfah al-Muhtaj,Ibnu Hajar al-haitami.

6.Nihayah alMuhtaj,al-Ramli.

7.al-Hawi al-Kabir,al-Mawardi

8.Tuhfah al-Tullab,al-Ansari,

9.Mughni al-Muhtaj,al-Syarbini.

10.al-Iqnak,al-Syarbini.

11.al-Muhazzab,Imam Ishaq Ibrahim Bin Ali al-Syirazi.

12.al-Tanbih,al-Syirazi.

13.Khasiah al-Bajuri,al-Bajuri.

(Sebahagian tulisan dari edisi asal tulisan al-Fadhil UZAR).


Tobaqat Mujtahid Mazhab Syafie


Tabaqat Lapisan(Thobaqat) Pertama:Antara Lain-

1.Ibnu Rahawaih-Abu Ya`kob, al-Maruzi(161-238h).
2.Abu Thaur,Ibrahim Bin Khalid Ibn Abi al-Yamani.(240h).
3.Ibn Nasr al-Maruzi.(202-294h).
4.al-Tobari,Abu Jaafar,MUhammad ibn Jarir(224-310h)
5.Ibnu Khuzaimah,(223-331h)
6.Ibnu Munzir,(318h)

Tobaqat Kedua.Antara lain;

1.al-Humaidi,Abu Bakar Abdullah ibnu Zubair ,(219)h
2.al_Buwaiti,(231h)
3.Harmalah,Abu Abdillah,Harmalah ibn yahya Ibnu badillah al-Misri,(166-243h).
4.al-Karabisi,(248h)
5.al-Rabi` al-Jizzi,(256h)
6.al-Za`farani,(260h)
7.al-Muzani,(175-264h)
8.al-Rabie,Abu Muahammad,al-rabie ibnu Sulaiman,(174-270h)
9.Ibnu Abi al-Jarud,Abu al-Walid,Musa Ibnu Abi al-Jarud,


Tobaqat ketiga,antara lain:

1.Ibnu Binti al-Syafie,cucu Imam Syafie.
2.al-Darimi,(200-280h)
3.al-Imam Abu al-Qasim,al-Anmaati,(288h)
4.Abu Jaafar al-Tirmizi,(200-295).
5.al-Busyanji,(2004-291h)
6.Abu Bakar al-farisi,(305h)
7.Ibnu Sarij,(248-306h).
8.Ibun Salamah,(308h).
9.al-Zabairi,(318h).
10.Ibnu Khairan,(320h)
11.al-Isthuhkri,(244-328h).
12.al-sairafi,(330h)
13.Ibnu al-Qas,(335h),
14.Ibnu Ishaq al-maruzi,(258-342h)
15.Ibnu Shibghi,(258-342h)..............sambung

Tiada ulasan: