Khamis, 22 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie (4)

Zaman Pentarjihan/ Penyuntingan

Sebagaimana maklum ulamak Mutaqadimin berpegang pada qaul muktamad dalam mazhab ialah dari Kitab al-Nawawi dan al-Rafie .apabila keduanya bertembung maka diutamakan pandangan al-Nawawi(676H).Kedua tokoh ini adalah kesinambungan ulamak al-Syafie yang mengabungkan dua aliran yang berbeza diatas.

Kita sedia maklum(lihat posting awal) al-Rafie adalah pengarang Kitab al-Muharrar dan juga membuat kupasan kepada kitab al-Wasit yang dinamakan Syarh al-Kabir dan Syahr al-Saghir.manakala al-Nawawi sebagaimana maklum memang banyak kitab yang ditulis dan Kitab-Kitabnya menurut i`timad dalam mazhab ialah:

1. Al-Tahqiq

2.Al-majmuk Syarh al-Muhazzab
3. Rawdah al-Tolibin.

4. Minhaj al-Tolibin

5.Aal-Minhaj Syrh Soheh Muslim

6. Tashih al-Tanbih.


al-Majmuk ialah Syarh kepada matan al-Muhazzab oleh al-Syirazi.Kitab ini tidak sempat ditulis kerana beliau dipanggil oleh Allah kesisiNya.Kitab ini kemudia disambung oleh al-Subki(765H).dari kitab al-Buyuk hingga al-Riba,kemudian wafat,dan disempurnakan oleh Muhammad Najib al-Mutie (dari bab bai al-murabahah hingga selesai.Jelasnya bab awal hingga sembilan oleh Imam al-Nawawi,bab 10 hingga 11 oleh Imam al-Subki dan bab 12 hingga selesai oleh al-Mutie.(saya teringat dalam satu kelas oleh DR Mat Saat Abd Rahman(UKM) menceritakan tentang usaha guru beliau al-Mutie ketika menghasilkan kitab ini).

Mengukut Prof Madya DR Mat Saad,tulisan al-Mutie ini menyamai dan sukar dibezakan dengan tulisan al-Nawawi sebelumnya.Kitab al-Minhaj al-Tolibin adalah ringkasan dari al-Muharrar karangan al-Rafie sendiri.Tetapi terkadang al-Nawawi menentang sendiri pandangan al-Rafie. KItab Rawdah al-Tolibin pula ialah ringkasan dari Kitab al-Syarah al-Kabir oleh al-Rafie.


Zaman Kemantapan Mazhab Syafie.

Pada zaman tersebut aliran Syafieyah ini melahirkan beberapa ulamak terkemuka yang menjadi rujukan utama,antaranya Imam Zakaria an-Ansari(926H),al-Khatib al-Syarbini(977H)al-Shihab al-Ramlei(970),Ibnu Hajar al-Haitami(973H) Muhammad bin Ahmad al-Ramli(1004H)(dikenali dengan gelaran Syafie shoger).

Kesemua tokoh tersebut menjadikan kitab-kitab Imam al_rafie dan al-Nawawi sebagai bahan utama tulisan mereka samada sebagai muhtasarat(ringkasan)syuruh (syarah)taqrirat(pengamatan) dalam undang-undang sekarang dikenali sebagai al-muzakkirah al-Idhahiyah.
hawasyi(komentar)(sedikit kupasan mengenai penggunana perkara tersebut akan dibincangkan kemudian).

Imam Zakaria an-Ansori umpamanya meringkaskan Minhaj al-Tolibin kedalam kitabnya `Manhaj al-Tullab,Khatib al-Syabini membuat syarah dalam Kitabnya ` Mughni al-Muhtaj`,Jamal al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj dan Ibnu Hajar dalam Tuhfah al-Muhtaj.(senarai penulis dan nama penuh Kitab yang bersumberkan dari Minhaj al-Tolibin akan diberi kemudian).Di samping membuat ulasan,ada juga mereka berijtihad yang bertentangan dengan pandangan al-Nawawi dalam kitab-kitab mereka.

Tiada ulasan: