Selasa, 8 Mac 2011

Perjalanan daurah-3


4.5 HARI RABU 23 MUHARRAM 1432 (bersamaan 29 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: ISU KONTEMPORARI DALAM FIQH KEKELUARGAAN
Disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Ahmad al-Mahmaady,
(Ketua Bahagian Fiqah Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).


Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apa   hukum    akad nikah melalui internet, sms dan lain-lain alat perhubungan moden?

b) Pertunangan melalui internet. 

c)  Ulamak terdahulu membahaskan hukum akad nikah melalui risalah, terbahagi kepada dua pendapat :-

i)  Jumhur ulamak berpendapat tidak boleh berlaku akad atas alasan;

(1) antara syarat akad nikah ialah jawaban terima akad nikah itu adalah serta merta selepas lafaz ijab.

(2)  saksi-saksi.

ii)   Ulamak Hanafiah berselisih dengan jumhur, antara asasnya;

(1) akad tidak semesti hanya berlaku dalam satu majlis.

(2) kesaksian hanya pada ketika qabul yang mana pihak yang qabul menulis surat jawaban itu perlu kepada saksi-saksi.

d)  Ulamak sekarang dalam menghuraikan akadnikah melalui internet terbahagi kepada dua golongan; ada yang akadnikah berkenaan adalah tidak sah dan ada juga golongan yang berpendapat akad nikah sedemikian itu sah.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

LAWATAN KE:-

a)  Kubbah al-Falakiah Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud
     al-Islamiyah; dan

b)  Menara al-Jaamiah


Pandangan dari menara(burj).
salah satu dewan dalam menara.
pandangan dari luar Kubah falakiyah(planetarium)

5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.








4.6 HARI KHAMIS 24 MUHARRAM 1432 (bersamaan 30 DISEMBER 2010)

1.  Hari Khamis adalah hari minggu – tiada kuliyah

2. Peserta dibenar ke Pasar Batha dengan kenderaan yang telah disediakan.

 3. Jam 8.30  hingga 11.00 pagi – membeli belah.

 salah satu bangunan(castle) lama di Batha`
 Batha` atau Chowkit-dipenuhi dengan warga asing-India,Bangla,Pakis,Indon dan Filipin


4.7 HARI JUMAAT 25 MUHARRAM 1432 (bersamaan 31 DISEMBER 2010)


1. Tiada kuliah hari ini.

2.  Ulangkaji catatan-catatan kuliyah



4.8 HARI SABTU 26 MUHARRAM 1432(bersamaan 1 JANUARI 2011)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM
Disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Jibr alfi,
(Professor Qism Al-Fiqh Al-Muqaaran di Ma’ahad). 

       Pensyarah tidak hadir

3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT PERBANKAN (AL-MASROFIYAH)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Bank konvensional mengenaikan faedah atas kelewatan membayar balik hutang. Kedudukan sebegini termasuk samada dalam mengamalkan riba al-fadl (ziadah) atau riba nasii’ah (atau juga dipanggil sebagai riba jaahiliyah). 

    Ada isu ditanyakan oleh peserta mengenai denda kad kredit/hutang diamalkan oleh perbangkan Islam sendiri sebab bayar lewat- Dr menjawab tidak boleh dan haram.

     Catatan TMAAR66: Bank atau perbankan islam juga mengenakan penalti sebab kegagalan mematuhi syarat atau aturan bayar hutang,diharuskan oleh Penasihat  Syariah.Denda ini dikenai dalam istilah ta`widh-compensation.Ada beza ta`widh dalam konvesioanal dan islamik.Hujjah berdasarkan hadis-bagi yang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim,maka wajar bagi mereka dikenakan hukuman -Riwayat Abu Daud,an-Nasaie dan Ibn HIbban.

    Juga lihat dalam sahih al-Bukhari-matlu al-ghaniyy zulm..

b)  Dr jugak membincangkan isu al-murabahah(Jualan beserta keuntungan) dan al-tawaaruq (Jual-beli dengan harga tangguh,serta jualan kepada pihak ketiga dengan harga tunai). 

      Tawaruq tidak diamalkan di saudi Arabia 

c)fadilah Dr juga menyentuh tentang isu dalam Murabahah Lil Amir Bisyira`

    Murabahah jenis ini ialah:Jualan murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli -ia merupakan permintaan satu pihak(pelanggan) kepada satu pihak lain yang ada sumber(wang-bank) untuk beli asset yang diingini pelanggan dan kemudianya  pelanggan setuju dan berjanji akan membeli dari pihak yang ada sumber(bank)dengan harga lebih tinggi.



5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.50  hingga 5.10 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: BIDANGKUASA HAKIM DI SAUDI
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Ibrahim al-Hanna’,
(Hakim Mahkamah Rayuan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Profesyen Kehakiman adalah fardu kifayah. Cara lantikan Hakim-Hakim di Saudi.

b)  Kebebasan Hakim.

c)  Tanggung jawab Hakim antaranya mendengar dakwaan/ tuntutan/ permohonan dengan teliti, membuat alasan penghakiman dan membuat hukuman/ sabitan/ keputusan.

d) Hiraki Mahkamah dan bidangkuasanya di Arab Saudi.

e)  Kebajikan Hakim dijaga sepenuhnya oleh Kerajaan.


5. Lepas kuliah Dr. Abdul Aziz terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam. 



1.   Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.

tbc...





Sabtu, 5 Mac 2011

Perjalanan Daurah-2


4.3 HARI ISNIN 21 MUHARRAM 1432 (bersamaan 27 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: Undang-Undang Prosedur Jenayah
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Menjelaskan istilah yang digunakan ialah ‘Nizam muraafa’at’  dan bukannya ‘Qanun Al-muraafa’at’.

b) Dalam  Undang-Undang  Tatacara (Nizam Al-Muraafa’at) yang diamalkan di Arab Saudi ada sembilan Bab.

c)  Tujuan utama undang-undang tatacara diadakan adalah untuk menjamin keadilan. Melalui tatacara dapat dikumpulkan keterangan-keterangan yang sebenarnya berlaku dalam sesuatu kes itu.


d)  Dalam kes jenayah proses mengumpulkan keterangan-keterangan ke atas pelaku kesalahan dijalankan oleh ‘Niyabah Aammah’, di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Contoh proviso dalam UUPJ( KSA):


نظام الإجراءات الجزائية

Law OF
CRIMINAL PROCEDURE

صدر بالمرسوم الملكي رقم (م/39) وتاريخ 28/7/1422هـ

ونشر بجريدة أم القرى في عددها رقم (3867)
وتاريخ  17/8/1422هـ

Royal Decree No. (M/39)

28 Rajab 1422 [16 OCT 2001]
Umm al-Qura No. (3867)
17 sha’ban 1422 [3 NOV 2001]
الباب الأول

أحكام عامة

 المادة الأولى:
   تطبق المحاكم على القضايا المعروضة أمامها أحكام الشريعة الإسلامية ، وفقاً لما دل عليه الكتاب والسنة ، وما يصدره ولي الأمر من أنظمة لا تتعارض مع الكتاب والسنة ، وتتقيد في إجراءات نظرها بما ورد في هذا النظام.  
   وتسري أحكام هذا النظام على القضايا الجزائية التي لم يتم الفصل فيها والإجراءات التي لم تتم قبل نفاذه.

PART ONE

General Provisions
Article 1:
  Courts shall apply Shari’ah principles, as derived from the Qur’an and Sunnah (The Traditions of Prophet Muhammad peace be upon him) to the cases that are brought before them.  They shall also apply laws promulgated by the state that do not contradict the provisions of the Qur’an and Sunnah,  and shall comply with the procedure set forth in this Law.
   The provisions of this Law shall apply to criminal cases that have not been decided and to proceedings that have not been completed prior to the implementation thereof.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00 pagi Majlis Perasmian Kursus Hakim-Hakim Malaysia di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’ Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh, Arab Saudi, 1432 Hijri, diadakan di Dewan Muktamar, tingkat satu.
   
     Majlis Perasmian Kursus disempurna oleh Rektor  Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh, Arab Saudi. Aturcara majlis perasmian adalah seperti berikut :-


a)  Ucapan aluan oleh Pengerusi, Fadhilah Dr. Abdul Rahman Othman.
b) Bacaan  Al-Quran oleh Tuan Kamalruazmi bin Ismail, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
c)  Ucapan oleh Ketua Rombongan Peserta Kursus, Dato’ Ismail bin   
     Yahya, Ketua Hakim Syarie Terengganu.
d) Ucapan Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr.Abdul Rahman bin Salamah al-Muzainy.
e)  Ucapan TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.
f)  Ucapan    dan  perasmian oleh Maali al-Ustaz al-Doktor Sulaiman Abdallah Aba al-Khail, Rektor al-Jamiah

5. Majlis bergambar beramai-ramai peserta kursus bersama tetamu-tetamu di atas.

6. Pertemuan para peserta kursus bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi di dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa. 




7. Jam 12.00 pagi bertolak balik ke tempat penginapan.

8.  Jam 5.40  hingga 6.40 petang (antara solat fardu Maghrib – Isya’), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: JEMAAH DAN KEPIMPINAN
Disampaikan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Othman,
(Pensyarah di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Ada   yang   dinamakan  aljama’atul  sughra (jemaah kecil, iaitu jemaah solat) dan ada yang dinamakan aljama’atul kubra (jemaah besar, iaitu kesatuan umat Islam).

b) Menjelaskan kepentingan umat Islam bersatu atas nama Islam mengikut firman Allah dan sunnah Nabi Nya.

9. Lepas kuliah Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Othman terus solat Isya’ dan kemudian makan malam dan kira-kira jam 8.00 malam. Ada perbincangan kecil selepas makan.

10. Jam 10.00 malam bertolak balik ke tempat penginapan.



4.4 HARI SELASA 22 MUHARRAM 1432 (bersamaan 28 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (KEHAKIMAN/MAHKAMAH PENTADBIRAN)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Keperluan kepada tiga unsur pemerintahan; iaitu, pembuat dasar(al-Tasyriiyyah), pentadbiran(al-Tanfiziyyah) dan kehakiman(al-Qadhaiyyah).

b) Dasar utama kepada sistem kehakiman ialah kebebasan Hakim. 

c)  Tanda aras kebebasan kehakiman ialah tidak adanya campur tangan mana-mana pihak dalam urusan kehakiman.

d) Dalam dunia ini ada dua sistem perundangan;

1)  al-Muwahhad (sistem British); dan
2)  al-Muzdawaj  (sistem Perancis).

e)  Bagi negara yang mengamalkan sistem al-muzdawaj ada diwujudkan bidangkuasa al-Mazoolim. Kehakiman Mazolim juga disebut sebagai Kehakiman Idaariyyah ataa Dewan al-Mazolim.

f)  Kehakiman Idaariyyah ialah bila berlaku pertelingkahan antara seseorang atau sesuatu pihak dengan pihak Kerajaan atau pihak yang mewakili Kerajaan.

g)  Kuasa Kehakiman Idaariyyah adalah sama seperti kuasa Kehakiman biasa. Lapisan Kehakiman Idaariyyah juga mempunyai lapisan sama seperti mahkamah biasa.


Struktur Dewan al-Mazolim/Mahkamah al-Idariyah(Pentadbiran).




      

3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


Dewan makan:


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk:Al-MURAAFAAT AL-SYARIIYAH (UNDANG-UNDANG TATACARA MAL)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Khalid bin Abdullah Al-Luhaydan,
(Penilai Kehakiman di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Terdapat undang-undang tatacara.

b)  Terdapat undang-undang asas.

c)  Terdapat Arahan Amalan.

d)  Terdapat Pekeliling.


نظام المرافعات الشرعية

صدر بالمرسوم الملكي رقم (م/21) وتاريخ 20/5/1421هـ
ونشر في جريدة أم القرى  عدد 3811  وتاريخ
 17 / 6/1421هـ
THE LAW OF
PROCEDURE BEFORE SHARI’AH COURTS

Royal Decree No. )M/21(

20 JumadaI  1421 [ 19 August 2000]
Umm al-Qura No.  3811 – 17 Jumada II 1421
[   15 September 2000  ]

الباب الأول

أحكام عامة

المادة الأولى :

   تطبق المحاكم على القضايا المعروضة أمامها أحكام الشريعة الإسلامية، وفقاً لما دل عليه الكتاب والسنة، وما يصدره ولي الأمر من أنظمة لا تتعارض مع الكتاب والسنة، وتتقيد في إجراءات نظرها بما ورد في هذا النظام .
Part One
General Provisions
Article  



5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.45  hingga 5.00 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: AL-WALAA WAL BARRAA’
Disampaikan oleh Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman,
(Penasihat Kepada Rektor Universiti).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Adanya hubungan dengan bukan Islam adalah sebahagian dari matlamat Islam.

b)  Makna al-walaa ialah mahabbah qalbiyah.

c)  Islam adalah agama keselamatan

7. Lepas kuliah Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman terus solat Isya’ dan kemudian makan malam.

8. Jam 8.10 malam bertolak balik ke tempat penginapan.

TBC.....


Rabu, 23 Februari 2011

Perjalanan Daurah(Kursus)

Pengenalan.

Al-Maahad Al-Aali Lil Qadha`(Jamiah al-Imam Mohamad  Ibnu Saud)



 أنشئ المعهد العالي للقضاء بموجب المرسوم الملكي ذي الرقم ٤ في ٣/ ١٢/ ١٣٨٥هـ ، وذلك لتأهيل القضاة تأهيلا عاليا ، تعمق في
ه الدراسات الفقهية والقضائية ، وتنمى فيه القدرات على البحث العلمي ، وبالتالي فالمعهد هو أول وحدة تعليمية للدراسات العليا في المملكة ، والدراسة فيه تخصصية في مجال القضاء وما يتصل به ، وتعنى الدراسة في المعهد بالفقه الإسلامي المقارن ، والسياسة الشرعية والأنظمة .
وكان للمعهد مجلس إدارة يرأسه المفتي العام للمملكة العربية السعودية الرئيس العام للكليات والمعاهد العلمية في ذلك الوقت سماحة الشيخ / محمد بن إبراهيم آل الشيخ-يرحمه الله- ويضم في عضويته عددا من العلماء ، والقضاة ، والمختصين في التعليم .
ولما صدر نظام جامعة الإمام محمد بن سعود الإسلامية أصبح المعهد أحد الوحدات التعليمية التي تتكون منها الجامعة .

وتولى إدارة المعهد منذ إنشائه حتى الآن أصحاب الفضيلة المشايخ الآتية أسماؤهم :

1. الشيخ : عبد الرزاق عفيفي-رحمه الله- من ١/ ٦/ ١٣٨٥هـ إلى ٢٣/ ٣/ ١٣٩٣هـ .
2. الشيخ: مناع خليل القطان -رحمه الله- من ٢٣/ ٣/ ١٣٩٣هـ إلى ٢٦/ ٤/ ١٣٩٨هـ .
3. الشيخ الدكتور: صالح بن فوزان الفوزان من ١٣/ ٨/ ١٣٩٨هـ إلى  ١٢/ ٢/ ١٤٠٥هـ .
4. الشيخ: عبد الرحمن بن محمد السدحان من ١٣/ ٢/ ١٤٠٥هـ إلى ١٣/ ٢/ ١٤٠٧هـ .
5. الشيخ الدكتور: عبد الكريم بن محمد اللاحم من ٢٤/ ٤/ ١٤٠٨هـ إلى ٢٦/ ٣/ ١٤١٤هـ .
6. الشيخ الدكتور: سعود بن محمد البشر مديرا للمعهد بالإنابة من ٢٦/ ٣/ ١٤١٤هـ إلى ١٤/ ١٠/ ١٤١٦هـ .
7. الشيخ الدكتور: إبراهيم بن عبد الله البراهيم من ١٥/ ١٠/ ١٤١٦هـ إلى ٢٢/ ١٢/ ١٤٢٢هـ .
8. الشيخ الأستاذ الدكتور: زيد بن عبد الكريم الزيد من ٢٣/ ١٢/ ١٤٢٢هـ إلى تاريخ 23/12/1428هـ .
9. الشيخ الدكتور : عبدالله بن ناصر السلمي مكلفاً من 24/12/1428هـ إلى 5/12/1429هـ .
10. الشيخ الدكتور : عبدالرحمن بن سلامة المزيني من تاريخ  6/12/1429هـ إلى يومنا هذا .

Lapuran penuh ini disedikan oleh urusetia kursus dengan sedikit penambahbaikan dan editan dari tuan tanah kedaung hehehe.


PERJALANAN MENGHADIRI KURSUS


23 DISEMBER 2010 (Hari Khamis bersamaan 17 MUHARRAM 1432)

1.   Jam 11.30 berada di Kuala Lumpur International Airport sementara  menunggu untuk pesawat Saudi Arabian Airlines menuju Riyadh       (SV 837), yang dijadualkan bertolak pada 24 Disember 2010 mulai jam 3.00 petang.



24 DISEMBER 2010 (Hari Jumaat bersamaan 18 MUHARRAM 1432)

1.   Jam 10.30 pagi check-out Concorde Inn, Kuala Lumpur International Airport dan menaiki shuttle bus terus ke KLIA untuk check-in pesawat Saudi Arabian Airlines menuju Riyadh (SV 837). Jam 11.15 check-in untuk dapatkan boarding pass.

2.   Jam 1.00 tengahari check-in ke Balai Berlepas. Solat jamak taqdim di Terminal C. Boarding melalui Gate C 1.

3.  Kira-kira jam 2.30 petang boarding SV837. Jam 3.00 petang pesawat bergerak. Tiba di Terminal Lapangan Terbang Antara Bangsa Malik Khalid Riyadh, Arab Saudi kira-kira jam 6.20 petang waktu Arab Saudi(waktu Arab Saudi pada masa ini terkemudian 5 jam dari waktu Malaysia. Jam 6.20 petang waktu Arab Saudi menyamai jam 11.20 malam waktu Malaysia).       

4. Setelah selesai proses imigresen, 6 orang daripada peserta dijemput ke Bilik VIP bertemu TYT Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, TYT Datuk Dr. Sayyed Omar Al-Saggaaf, Timbalan Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Mahmood, dan Syeikh Khalid al-Malik.

5. Kira-kira jam 8.30 malam (waktu Arab Saudi) kesemua peserta ditempatkan di Asrama Pelajar Universiti Imam Muhammad ibn Saud al-Islamiyyah. 








Pada masa ketibaan, waktu solat di Riyadh pada masa ini adalah seperti berikut :-

         Subuh      Syuruk         Zuhur            Asar         Maghrib            Isya          
                                            
 05.13       06.36          11.55           14.53         17.13             18.43            

        

4. PENGENDALIAN  KURSUS


4.1 HARI SABTU 19 MUHARRAM 1432 (bersamaan 25 DISEMBER 2010)


1.   9.00 pagi bertolak ke Pejabat Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa. Setibanya di situ, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr.Abdul Rahman bin Salamah al-Muzainy. Setelah itu terus ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa yang mana kebanyakan kuliyah bagi Kursus Untuk Hakim-Hakim Malaysia Kali Pertama di adakan.

2.   Kursus Untuk Hakim-Hakim Malaysia Kali Pertama ini dimulai dengan kuliyah oleh 
     
     Prof. Dr. Muhammad bin Jibr Alfie,
(Professor Bahagian Fiqh Perbandingan di Ma’ahad).
Jam 10.00  hingga 11.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM



Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Sejarah al-tahkim yang wujudnya sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

b)  Kedudukan Mazhab mengikut keutamaan pada hari ini;
     i)  Hanafi;
    ii)  Maliki;
   iii)  Shafie; dan
   iv)  Hanbali.

c)  Shiah Ismailiyyah telah disepakati ianya bukan dari ajaran Islam.

d)  Dalam menentukan kedudukan hukum mengenai sesuatu perkara, ulamak fiqh memulakan dengan :-
     i) ta’arif;
    ii) usul (kenapa ?);
   iii) taudhih (penjelasan dengan membezakan perkara yang dibahas itu dengan beberapa perkara lain yang hampir; seperti perbezaan antara tahkim dengan qadaa’, perbezaan antara tahkim dengan fatwa dll).

e) Keharusan tahkim bersumberkan, al-quran, sunnah dan ijmak.

f)  Dihuraikan juga mengenai Mazhab Shafie dan pengalaman Imam Shafie sendiri dalam mengeluarkan pendapat. Imam Shafie berguru dengan ramai tokoh terkemuka agama. 


3.   Setelah  rehat /minum , pulang ke tempat penginapan.

4.   Kira-kira jam 4.20 petang pergi mencari bahan keperluan di Carefour Riyadh, dan sampai balik ke penginapan kira-kira jam 6.20 petang.



4.2 HARI AHAD 20 MUHARRAM 1432 (bersamaan 26 DISEMBER  2010)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi,  

Kuliyah bertajuk: (SIGHAH)PENGHAKIMAN   DAN ALASAN PENGHAKIMAN
Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubarrad,
(Hakim Mahkamah Am  Riyadh). 



Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Kenapa perlu kepada lafaz penghakiman yang baik dan sempurna.

b) Sebab-sebab  penghakiman  atau  alasan penghakiman adalah penting kepada dalam sesuatu kes.

c)  Alasan penghakiman boleh terdiri dari alasan yang :-

     i)  pendek tetapi padat; seperti hukuman yang telah ditentukan oleh Allah;

    ii)   panjang jika perlu huraian yang mendalam; dan

   iii) sederhana jika dengan yang sedemikian itu boleh memenuhi kehendak hukuman yang diputuskan.

d)  Dua kes contoh telah dikemukakan :-

i)  Kes sabitan nasab anak ; dan
              ii)  Kes Fasakh atas alasan meninggalkan isteri tanpa nafkah.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT KEWANGAN SEMASA
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Kaedahnya: asal(hukum) dalam mu’amalat ialah harus.

b)  al-ba’i  murabahah.

c)  al-ba’i muajjal.

d)  al-tawaaruq.


5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.

  tbc...










Ahad, 13 Februari 2011

Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi

Era Rasulullah:

Nafi` r.a berkata:`bahawa Abdullah bin Umar r.a memberitahu kepadanya bahawa pada zaman  Rasululullah s.a.w,Masjid itu dibina daripada batu-batu yang dijemur,atapnya dari dahan kurma serta tiangnya dari batang kurma.(HR:Al-Bukhari).

Di lebarkan selepas peperangan Khaibar sehingga mencapai 2.500 m2.Perluasan in dbuat setelah  Saidina Othman r.a mewaqapkan tanah yang dibelinya sekitar Masjid.

Era Sayyidina Abu Bakar r.a;

Tada banyak perubahan,hanya tiang-tiang sahaja diganti.

Era Sayyidina Umar r.a:

Penambahan ruang,pengantian tiang dengan menggunakan kayu(HR Ahmad,Abu Daud),menyediakan ruang untuk aktiviti harian biasa dikanali sebagai Butaiha`(kemudian ruangan ini juga dimasukan  sebahagian dari Masjid)

Era Sayyidina Uthman Ibnu Affan r.a:

Memulakan penstrukturan semula Masjid Nabawi,projek ini memakan masa hampir sepuluh bulan dimana penambahan ruang,atap,plaster didinding,serta membina pagar.

Era selepasnya pula berlakulah penambahan demi penambahan,seperti di era Al-Walid Abd Malik(88H)al-Mahdi(161),Quaitbay (886H) ,Sultan Abd Majid-(1260H)Era Keluarga Al-Saud-hingga kini.
(lihat Sejarah Makkah/Madinah edisi Terjemahan Pustaka al-Shafa.m.s 232-257) ,VCD  Tausiah al-Masjid al-Nabawi-penerangan Lisan dari Ketua Operasi MN Madinah.

Rajah
(sila rujuk disini http://www.imtiazahmad.com/:).



Keterangan:

1. Nabi SAW menggunakan tempat ini untuk menemui para utusan yang datang. Beberapa Sahabat terkemuka duduk disekitar beliau selama pertemuan berlangsung.

2.  Menjadi tempat berdiri para pengawal Nabi SAW. Matori berkata, “Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi SAW melalui pintu ini menuju ke Masjid Nabawi.”

3. TIANG TEMPAT TIDUR: Abdullah bin Umar RA bercerita, “Nabi SAW menggunakan tempat ini sebagai tempat tidur beliau selama I’tikaf.

4. TIANG ABU LUBABAH: Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Nabi SAW bermaksud untuk menghukum bani Quraizzah (sebuah suku Yahudi) atas pengkhianatannya kepada Nabi SAW. Abu Lubabah RA ditunjuk sebagai penengah. Dia secara tidak sengaja membocorkan rahasia Nabi SAW kepada suku Yahudi itu. Abu Lubabah segera menyadari kesalahannya dan mengikat dirinya sendiri pada tiang ini, hingga Allah SWT menerima taubatnya. Setelah tujuh hari, Nabi SAW menerima wahyu mengenai diterimanya taubat Abu Lubabah dan melepaskan ikatanya dengan tangan beliau sendiri. Al Qur’an, Surat Al Anfal, Ayat 27 – 28 diwahyukan untuk meberikan kepada kita sebuah pelajaran. Yakni mengkhianati kepercayaan adalah sebuah kesalahan yang sangat fatal bagi para Sahabat Nabi SAW, sehingga mereka melakukan tindakan yang luar biasa untuk memperbaiki kesalahannya.

5. TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bias shalat di sana”.  
Nabi SAW pernah mengimami shalat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Belakangan, beliau selalu mengimami shalat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.

6. TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat dimana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.

7. MIHRAB NABAWI: Tidak ada mihrab di dalam Masjid Nabawi selama periode pemerintahan Nabi SAW dan empat Khalifah yang pertama. Pada tahun 91 H, Umar bin Abdul Aziz pertama kali melakukan shalat di sini di dalam sebuah bentuk mihrab. Jika kita berdiri di dalam mihrab ini dan melakukan shalat, tempat sujud kita akan terletak di tempat dimana kaki Nabi SAW berpijak. Dinding tebal mihrab ini menutupi tempat sujud Nabi SAW yang sebenarnya.

8. MIHRAB USTMANI: Khalifah Utsman RA mengimami shalat di tempat ini. Sekarang, Imam Masjid Nabawi juga mengimami shalat di sini. Umar bin Abdul Aziz kemudian membangun sebuah mihrab di sini.

9. MIHRAB HANAFI: Sebelumnya Imam shalat dari empat Mazhab (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimami shalat di Masjid Nabawi secarah terpisah pada waktu yang sedikit berbeda dan tempat yang berbeda. Imam Hanafi mengimami shalat pada tempat ini. Namun kini, hanya satu shalat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali. Hal ini berlaku sejak kekuasaan dipegang oleh Pemerintahan Saudi.

10. MIHRAB TAHAJUD: Nabi Muhammad SAW melakukan shalat tahajjud di tempat ini.

11. MIMBAR: Seperti disebutkan dalam hadits Bukhari Muslin dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda “Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat”. Berbagai pemerintahan muslim mengirimkan mimbar untuk Masjid Nabawi dari waktu ke waktu. Mimbar yang ada sekarang, dikirim oleh Sultan Murad ke-3 dari Dinasti Usmani pada tahun 998 H.

12. TEMPAT MUAZZIN: Tempat ini, berupa balkon segi empat, terletak di sebelah Utara Mimbar Nabi. Tempat ini selain sebagai tempat adzan juga sebagai tempat shalat muadzin dan untuk menguatkan suara takbir pada shalat lima waktu.

13. PANGGUNG DISEKITAR TEMPAT TAHAJJUD: (tidak ada keterangan – pent.)

14. PANGGUNG TEMPAT PETUGAS KEAMANAN: Jika kita memasuki Masjid Nabawi dari Bab Jibril, panggung ini akan berada di sebelah kanan. Dibangun oleh Sultan Nuruddin Zanki. Panggung ini sebenarnya bukanlah tempat dari Ahlu Suffah, seperti perkiraan banyak peziarah.

15. TEMPAT AHLU SUFFAH: Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun setelah Nabi SAW memperluas Masjid pada tahun ketujuh Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kea rah Timur, seperti yang tergambar pada denah Masjid Nabawi.

16. BAB (PINTU) BAQI’: Pintu ini berhadapan dengan Bab Salam.

17. BAB (PINTU) JIBRIL: Terletak di bagian Timur, disebut juga Bab Nabi, karena beliau selalu masuk melalui pintu ini. Adapun alasan penyebutan Bab Jibril adalah sebuah riwayat dari Aisyah RA, “Ketika Nabi SAW pulang dari Khandaq, dan meletakkan senjata kemudian mandi, Jibril AS mendatangi Beliau seraya berkata, ‘Engkau meletakkan senjatamu?, demi Allah kita belum (bisa) meletakkan senjata, pergilah menuju mereka’, Nabi SAW berkata, ‘kemanakah?’, Jibril AS menjawab, ‘ke sini’, dia menunjuk Bani Quraizzah. Maka Nabi SAW keluar menuju mereka.

18. BAB (PINTU) NISA: Pintu ini dibuka oleh Umar ibn Khattab tahun 12 H. Beliau mengatakan, “Alangkah baiknya kalau pintu ini dikhususkan untuk wanita”.

19. BIR (SUMUR) HA: Jika kita memasuki Masjid dari bagian paling kiri dari Bab Fahd, sumur ini berlokasi sekitar15 meter ke dalam Masjid dan ditandai dengan 3 lingkaran. Nabi SAW terkadang mendatangi sumur ini dan meminum airnya. Sumur dan taman yang mengelilinginya dimiliki oleh Abu Talhahkemudian dinfaqkan bagi kegunaan umum.

20. BAB (PINTU) SALAM: Umar ibn Khattab RA membuka pintu ini yang terletak di tembok Masjid bagian Barat, ketika dilakukan perbaikan Masjid tahun 12 H. Dinamakan Bab as Salam karena letaknya sejajar dengan tempat penghormatan berupa salam kepada jasad Rasulullah SAW.

21. RUMAH ABU BAKAR RA: Jika kita berjalan dari mimbar melalui Bab Siddiq, rumah ini berlokasi setelah tiang ke-5 sejajar dengan Bab Siddiq.

(Segala fakta diatas diambil dari website tersebut tanpa sebarang semakan kesahihannya-harap maklum)


Raudah(lihat gambar ini dan gambar sebenar di n3 yang lepas.)

Pusat Operasi Masjid Nabawi.

Berada di  bawah Masjid ,ruang masuknya beberapa meter dari no 17 diatas.Teknoloji yang digunakan adalah dari Jepun,dibawah sana,bilik keselamatan,komputer.,cctv dan kawalan audio visual,serta saluran paip air termasuk air zam zam.Masjid ini mempunyai beberapa unit khas seperti Kesihatan(ada doktor bertugas,Bomba,Keselamatan,Teknikal(ekon/bekalan air,letrik) .Bagi pusat kawalan pendingin hawa,kawalan tenaga eletrik,penyimpanan air zamzam berada diluar Masjid dengan dihubungkan terowong bawah tanah sejauh 7 km,terowong ini melalui bawah kota Madinah dan Wadi al-Aqiq(kami kesempatan melalui nafaq ini).





Gambar 1-Pelan laluan terowong dari MM-kekaki Bukit(tak ingat nama- hehe)
              2-Terletak diseberang sana(atas bukit Qasr al-Malik).
              3-laluan keTerowong bawah tanah dari Pusat Operasi.
              4-Alatan di pusat operasi(Air Zamzam).