Selasa, 12 Oktober 2010

Jenayah Sihir Siri 1


PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SIHIR DI MALAYSIA:
ISU DAN CABARANNYA

Oleh: Dr. Mahyuddin bin Ismail[1]
LLB (IIUM), MCL (IIUM), PhD (UKM)

ABSTRAK
Penggunaan ilmu sihir dalam perlakuan jenayah merupakan satu isu perundangan yang sering diperkatakan namun sehingga hari ini perkara tersebut tiada penyelesaian. Ilmu dan amalan sihir yang secara ironinya dianggap bersifat kekampungan, merupakan satu masalah global kerana ia berlaku hampir di seluruh pelusuk dunia tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Kertas kerja ini secara khusus cuba untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia. Persoalan berkaitan kewujudan ilmu sihir, kebolehgunaannya serta metodologi penghasilannya diperbincangkan bagi menggambarkan jenayah sihir sebagai suatu yang bersifat realistik, bukannya semata-mata retorik. Perkaitan antara jenayah sihir dengan jenayah biasa yang dilihat melalui kacamata perbandingan pula jelas menunjukkan adanya persamaan antara kedua-dua bentuk jenayah tersebut. Kajian ini cuba merangka satu pendekatan undang-undang bagi membolehkan kes-kes sedemikian dibawa dan dibicarakan di mahkamah. Kertas kerja ini diharap dapat membuka dimensi baru kepada sistem perundangan negara berhubung dengan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir.


PENGENALAN
Isu penggunaan ilmu sihir dalam kegiatan jenayah di Malaysia sering dibangkitkan namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Bukan tidak wujud kes-kes individu yang menanggung derita akibat terkena sihir malah kedengaran juga berlaku persengketaan antara anggota masyarakat akibat dakwaan kononnya ada antara mereka yang mengenakan sihir terhadap yang lain. Unsur tuduh menuduh sebegini kerap kali didengar terutama dikalangan pasangan yang mempunyai hubungan sulit atau yang dimadukan,[2] peniaga,[3] artis dan selebriti,[4] ahli-ahli politik,[5] cendikiawan, ahli-ahli korporat dan tidak ketinggalan orang-orang dalam institusi keagamaan. Langkah permulaan yang diambil oleh Jabatan Mufti Selangor dengan menganjurkan Muzakarah Pakar bagi membincangkan isu jenayah sihir pada 17 Disember 2009 dan 21 Julai 2010 telah menghasilkan satu resolusi supaya kegiatan sedemikian dibanteras melalui mekanisma perundangan. Walau bagaimanapun, usaha murni tersebut kelihatan menemui jalan buntu apabila berhadapan dengan beberapa isu yang kelihatan rumit dan komplikated. Bagi tujuan membantu pihak terlibat dalam usaha mewujudkan undang-undang jenayah sihir, maka kertas kerja ini cuba mengenalpasti, menghurai dan menyelesaikan kekusutan yang timbul agar usaha-usaha yang sudah dimulakan dapat diteruskan. Sebanyak enam isu berkaitan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir akan dibincangkan.


ISU 1: KEPERCAYAAN TENTANG KEWUJUDAN ILMU DAN AMALAN SIHIR.

Antara persoalan yang sering dibangkitkan ialah tentang kewujudan ilmu dan amalan sihir. Terdapat segelintir masyarakat yang menganggapnya sebagai cerita karut dan tidak kurang juga yang berpandangan bahawa ilmu tersebut hanya terdapat negara-negara miskin dan mundur. Realitinya, ilmu sihir adalah bersifat global, wujud dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Ia adalah antara ilmu tertua yang diamalkan dan diwarisi turun temurun semenjak bermulanya sejarah manusia hinggalah ke hari ini.[6] Para sejarawan berpendapat bahawa ilmu tersebut telah mula wujud sekitar 5000 tahun sebelum Masihi dan telah diamalkan secara meluas dalam tamadun-tamadun manusia yang terdahulu.[7] Keutuhan institusi sihir serta konsistensi yang ditunjukkan dalam penyebarannya bukan sahaja didorong oleh kehebatan yang ditunjukkan oleh tukang sihir itu sendiri, malah turut disokong oleh pemerintah[8] dan raja-raja[9] yang menaungi serta menjadikan tukang sihir sebagai tempat rujukan mereka.[10]
 

Di zaman tamadun Mesopotamia, pengaruh ilmu sihir pada adalah sangat meluas dan meliputi pelbagai aspek kehidupan serta lapisan masyarakat termasuk para pemerintah serta keluarga diraja.[11] Mereka yang mahir dalam bidang ini digelar āšipu dan bentuk sihir yang diamalkan pada zaman itu adalah berdasarkan pergerakan bintang-bintang dan planet-planet di langit.[12] Undang-undang Hammurabi turut mengandungi peruntukan berkaitan ilmu sihir. Menurut undang-undang tersebut, sekiranya seseorang menuduh seseorang yang lain mengamalkan ilmu sihir sedangkan orang yang membuat tuduhan tadi tiada bukti yang kukuh, maka tertuduh tadi akan diarahkan masuk ke dalam Sungai Suci (Holy River).[13] Sekiranya sungai tersebut menenggelamkannya, maka dia dikira bersalah dan sekiranya dia terselamat, maka orang yang membuat tuduhan tadi akan dikenakan hukuman mati.[14]
 

Tamadun Mesir pula memang dikenali sebagai tempat berasalnya segala ilmu yang aneh dan ganjil.[15] Sejarawan Yahudi, Greek dan Rom melabelkan masyarakatnya sebagai bangsa yang mahir dalam ilmu mistik.[16] Menurut Kitab Injil, upacara menilik nasib melalui pemujaan roh adalah berasal dari tamadun ini.[17] Pada zaman tersebut, ilmu sihir turut digunakan oleh pemimpin negara seperti Firaun bagi mengekalkan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah. Mereka menggaji ahli-tukang sihir yang hebat untuk menjadi pengawal peribadi, penasihat dan pegawai-pegawai kerajaan.[18] Malah, ada juga dikalangan raja Mesir sendiri, seperti Niktanibas, yang mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir.[19]
 

Pengamal ilmu sihir dalam tamadun Rom dan Yunani terkenal kerana kemampuan mereka dalam melakukan perkara-perkara luarbiasa seperti melumpuhkan seseorang dengan bacaan mantera.[20] Mereka juga mampu menimbulkan permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat dengan menyeru roh-roh orang yang sudah mati.[21] Menyedari akan bahayanya ilmu sihir, Julius Caesar telah memperkenalkan Undang-undang 12 (The Twelve Tables) yang memperuntukan hukuman bakar hidup-hidup.[22]

Di benua Asia pula, ilmu sihir disebarkan melalui negara China dan India.[23] Penulis Barat seperti Donald Harper menyatakan, semasa pemerintahan Dinasti Han, terdapat pemerintah-pemerintah yang menjadikan istana mereka sebagai lokasi perkumpulan ahli-ahli sihir.[24] Mengulas kewujudan undang-undang berkaitan amalan sihir, William Shaw pula memetik kenyataan J.J.M. de Groot dalam bukunya 'The Religious Systems of China' sebagai berkata:
The Penal Code of the Yuan (Mongol) Dynasty laid down that: "Whosoever plucks life out of a man or dismembers him with intent to procure a spectre to sacrifice to, shall be slowly carved to death with knives". Similar practices were mentioned in a Imperial Edict of 1846. [25]


Dalam Tamadun Islam, para ulama berpendapat bahawa ilmu sihir telah mula bertapak sejak dari zaman Nabi Idris a.s iaitu ketika turunnya malaikat yang bernama Harut dan Marut di negeri Babilon.[26] Perkara tentang sihir kebanyakannya disebut Al-Qur’an melalui kisah-kisah yang berlaku pada zaman Nabi-nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah kisah sihir pada zaman Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh[27], Nabi Musa[28] dan Nabi Isa.[29] Islam mengakui kewujudan ilmu sihir tetapi melarang penganutnya dari terlibat dalam amalannya dan ia dikategori sebagai salah satu dosa besar. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis.[30] Islam juga menetapkan hukuman ke atas pengamal-pengamal sihir. Ini dapat dilihat melalui satu athar yang diriwayatkan oleh Bujalah r.a. bahawa pada zaman Saidina Umar r.a., bahawa beliau telah menetapkan bahawa hukuman bagi tukang sihir ialah mati:
فقتلوا ثلاث سواحر, أقتلوا كل ساحر وساحرة
Bunuhlah semua tukang sihir lelaki mahupun wanita, maka para sahabat pernah membunuh tiga orang tukang sihir.[31]


Pandangan Saidina Umar r.a. ini turut disokong oleh Saidina Uthmān r.a., Ibn ᶜUmar r.a., Hafsah r.a., Abū Mūsā r.a., Qais Ibn ᶜAsad r.a. dan tujuh tokoh ulama tabi’in. Kebanyakkan ulama Islam selepas itu juga menetapkan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Diantaranya ialah Imam Ahmad r.a., Imam Abū Thaur r.a., Imam Ishāq r.a., Imam Shafiᶜiyy r.a. dan Imam Abū Hanīfah r.a.[32]

Semasa zaman Gelap Eropah, pihak gereja di Barat mengambil pendekatan mengawal kegiatan amalan sihir dari sudut keagamaan.[33] Sebagai contoh, ayat-ayat dalam Kitab Injil seperti Deuteronomi 18:11-12[34], Exodus 22:18[35], Leviticus, 20:27[36], Galatians 5:20, Revelation 21:8; 22:15; dan Acts 8:9; 13:6 menjadi justifikasi suci kepada para penganut kristian untuk menghapuskan kegiatan sihir dan pengamalnya. Ramai raja dan pemerintah ketika itu turut membantah penggunaan sihir dalam masyarakat. Antara pemerintah yang terkenal ialah Ostrogothic King Theodoric (493-526), Pope John XXII dan King James VI.[37] Menurut Martin Luther, amalan sihir pada zaman itu adalah satu perkara yang lumrah dan beliau menetapkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas pengamalnya.[38] Hukuman seumpama itu juga termaktub dalam Kod Visigoth.

Kegiatan membanteras amalan sihir dan pengamalnya semakin memuncak dan pada tahun 1487,[39] satu buku yang terkenal mengenai pembanterasan sihir, Malleus Maleficarum atau lebih dikenali di Barat sebagai The Hammer of Witches telah ditulis oleh Heinrich Kramer dan Jacob Sprenger.[40] Pada kurun ke-16, hukuman ke atas tukang sihir mula ditambah. Statut  Henry VIII memperuntukkan hukuman mati bagi sesiapa yang menyeru atau memuja roh jahat. Akta yang paling ketat berhubung larangan penggunaan ilmu sihir diperkenalkan semasa awal pemerintahan Elizabeth I iaitu pada tahun 1563. Pewartaan undang-undang tersebut telah memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat di Eropah. Sekitar tahun 1580 hingga 1660, bermulalah gerakan membasmi tukang sihir secara besar-besaran dan boleh dikatakan hampir seluruh Eropah dilanda gerakan yang berpusat di Jerman, Perancis dan Switzerland.[41]
 

Undang-undang yang diperkenalkan semasa pemerintahan Elizabeth I itu telah digantikan pada tahun 1736 dengan pengenalan akta baru semasa pemerintahan George II. Ia dikenali sebagai Witchcraft Act 1736.[42] Pada tahun 1951, akta tersebut pula telah dimansuhkan dan diganti dengan Fraudulent Mediums Act 1951.[43]
 

Di beberapa negeri di Australia turut mempunyai peruntukannya yang tersendiri. Antaranya ialah Seksyen 432, Bahagian XL dari Criminal Code of Queensland. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dimansuhkan pada 10 November 2000 atas alasan diskriminasi agama.[44] Begitu juga dengan The Statutes Amendment and Repeal (Public Offences) Act 1991 (South Australia) dan seksyen 8 (1) (g) Tasmanian Police Offences Act 1935 dan seksyen 13 Victorian Vagrancy Act 1958.

Di negara-negara di benua Afrika, peningkatan jumlah kes pembunuhan yang dilakukan oleh orang ramai ke atas individu yang dituduh melakukan sihir menimbulkan satu kesedaran tentang perlunya satu undang-undang untuk menghalang ianya dari terus berleluasa. Antara undang-undang yang dikuatkuasakan sehingga sekarang ialah Tanzanian Witchcraft Ordinance 1928, South Rhodesian Witchcraft Suppression Ordinance 1899,[45] South African Witchcraft Suppression Act 1957, Zimbabwese Witchcraft Suppression Act 1890 dan seksyen 251 Cameroon Penal Code.


Di India, terdapat kes-kes penduduk kampung yang dituduh menjadi tukang sihir dibunuh oleh orang ramai dengan kejam. Pada 19 Julai 2005, kerajaan negeri Chhattisgarh, iaitu sebuah negeri di pedalaman India, telah meluluskan Witchcraft Atrocities (Prevention) Act 2005 bagi melindungi golongan wanita yang sering dituduh mengamalkan ilmu sihir.[46]
 

Di Arab Saudi, kerajaan telah mengisytiharkan ilmu sihir sebagai satu jenayah dan menetapkan hukuman mati bagi pengamalnya. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang jenayah sihir di negara itu mendapat tentangan hebat terutama dari Barat akibat ketiadaan undang-undang jenayah secara bertulis selain sistem perundangannya yang didakwa pihak Barat terlalu longgar dan tidak konsisten.[47]


Di Negara China, terdapat beberapa peruntukan undang-undang jenayah yang mempunyai kaitan dengan amalan sihir. Antaranya ialah Article 165, Part II: Specific Provisions, Chapter VI: Acts against the social order, The Criminal Law of the People’s Republic of China, yang diluluskan pada 1 Julai 1979 semasa sesi Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan kali ke 50 yang menyatakan: 

“Those who practice witchcraft for the purpose of spreading rumors or swindling people out of money and property shall be sentenced to imprisonment for not more than two years, to detention, or to surveillance. In a serious matter, the offender shall be sentenced to imprisonment for not less than two and not more than seven years.”

Di Malaysia, ilmu dan amalan sihir bukanlah suatu perkara yang asing. Bahkan hampir saban tahun, sebahagian daripada mereka percaya bahawa mereka telah menjadi mangsa dan telah mencari jalan untuk mendapatkan rawatan disamping ’menghantar balik’ sihir itu kepada ‛tuannya’.[48] Kesedaran tentang perlunya ilmu dan amalan sihir diperangi melalui mekanisma perundangan telah pun disuarakan melalui Muzakarah Pakar pada 17 Disember 2009 dan 21 Julai 2010 anjuran Jabatan Mufti Selangor. Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang langkah diambil bagi menanganinya.

Dengan melihat kepada sejarah perkembangan ilmu dan amalan sihir serta kewujudan undang-undang untuk membanterasnya, maka tiada alasan bagi kita untuk mempertikaikan kewujudan ilmu sihir dalam tamadun manusia. William Blackstone pernah menyatakan:
To deny the possibility, nay, actual existence, of witchcraft and sorcery is at once flatly to contradict the revealed word of God, in various passages both of the old and new testament: and the thing itself is a truth to which every nation in the world has in its turn borne testimony, either by examples seemingly well attested, or by prohibitory laws; which at least suppose the possibility of a commerce with evil spirits.[49]




[1] Pensyarah Undang-undang di Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa IKIP. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Undang-undang Jenayah Sihir, anjuran IKIP International College, dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang pada 11 Oktober 2010 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
[2] Sebagai contoh, lihat kes Sabarudin Bin Non & Ors v PP [2005] 4 MLJ 37.
[3] Sebagai contoh, lihat kes Mustafa Batcha lwn Habeba Abd Rahman [1410] JH 41.
[4] Sebagai contoh, lihat kes Safura Bte Ya'cob v Saripah Raziah Bte Mustafa [2003] MLJU 9.
[5] Sebagai contoh, lihat kes Juraimi Bin Husin v PP, Mohd Affandi Bin Abdul Rahman & Anor v PP [1998] 1 MLJ 537, dan kes Dato Mokhtar Bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232,
[6] Abd Razzak Naufal, 1982, Sihir Tarut…Harut…Marut, Singapura, Percetakan Nasional, hlm. 5.
[7] Abd Razzak Naufal, 1982, hlm. 7. Lihat juga cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, cᾹlam al-sihri wa al-shaᶜwazah, Edisi ke 4, Jordan, Dār Al Nafā’is, hlm. 19.
[8] Walter Farber, 1995, Witchcraft, magic and divination in Ancient Mesopotamia, dlm. Jack M. Sasson (pnyt.), Civilizations of the ancient near East, Edisi III, Bahagian 8 (Religion & Science), New York, Charles Scribner’s Sons, hlm. 1902.
[9] cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, hlm. 20.
[10] Ibrahīm Muhammad al-Jamal, 1403H, Al-sihr: Dirāsah fī zilāli al-qisasi Al-Qur’āni wa Al-sīrah Al-nabawiyyah, Kaherah, Maktabat Al-Qur’ān, hlm. 35.
[11] Walter Farber, 1995, hlm. 1902.
[12] Para sarjana Islam berpendapat bahawa ilmu sihir berasaskan pergerakan bintang (yang juga dinamakan sihir Bani Kaldan) ini sangat hebat dan antara kategori sihir yang terkuat. Lihat K.H.M. Ali Usman, 1979, Manusia jin mengganggu ketenteraman, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang hlm. 45. Lihat juga cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, hlm. 18.
[13] Code No 2:“If any one bring an accusation against a man, and the accused go to the river and leap into the river, if he sink in the river his accuser shall take possession of his house. But if the river prove that the accused is not guilty, and he escape unhurt, then he who had brought the accusation shall be put to death, while he who leaped into the river shall take possession of the house that had belonged to his accuser.” L.W. King, 1910, http://www.wsu.edu/~dee/MESO/CODE.HTM [9 Disember 2009].
[14] Walter Farber, 1995, hlm. 1898.
[15] Naomi Janowitz, 2001, Magic in the Roman World: Pagan, Jews and Christians, London: Routledge, hlm. 13.
[16] E.A Wallis Budge, 1988, Egyptian Magic, London, Arkana, hlm. 4.
[17] Naomi Janowitz, 2001, hlm. 13.
[18] cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, hlm. 19-20
[19] Ibrahīm Muhammad al-Jamal, 1403H, hlm. 36. Lihat juga cUmar Sulaymān Al-‘Ashqar, 2002, hlm. 23
[20] Eric Maple, 1973, Witchcraft: The story of man’s search for supernatural power, London: Octopus Books, hlm. 28.
[21] K.H.M. Ali Usman, 1979, hlm. 51.
[22] Geoffrey Scarre, 1987, Witchcraft and magic in 16th and 17th century Europe, London, MacMillan Education Ltd, hlm. 13, Kippenberg, H., 1995, Magic in Roman Civil Discourse: Why rituals could be illegal, hlm. 149, dlm. M. Meyer & P. Mirecki (pnyt.), Acient magic and ritual power, Leiden, Brill, hlm. 137-163.
[23] K.H.M. Ali Usman, 1979, hlm. 51.
[24] Donald Harper, 1987, Magic in East Asia, dlm. Lawrence E. Sullivan (pnyt.), Hidden truths: magic, alchemy and the occult, New York, MacMillan Publishing Company, hlm. 97-98. 
[25] J.J.M. de Groot, The Religious Systems of China, Book 2, Vol. 5 (3), t.trk, t.tp., hlm. 873.
[26] Muhammad Muṣṭafā al-Hadīdī Al-Thair, 1987, Penyuluh Arwah, Jakarta: Pustaka Amani, hlm. 101.
[27] Al-Qur’ān, al-Syucarā’ 26:153
[28] Al-Qur’ān, al-Baqarah 2:102, al-Acraf 7: 108, 111, 115 & 125, Yūnus 10: 76-81, Tāaha 20: 57,58, 66, 69, 70, 72, al-Isra’ 17: 101, al Syucar’a 26: 32, 40, 41, 44, 49, Surah al-Naml 27: 13, al Qaṣaṣ 28: 36 & 48, al-Ghāfir: ayat 24, al-Zukhruf 43: 49, al-Dhariat 43: 30.
[29] Al-Qur’ān, al-Mā’idah 5:110
[30] Lihat Ṣahīh al-Bukhāri, Kitāb al-Hudūd, Bab 44, Hadis no. 33, Abdul Basir Mohammed, 1999, Amalan sihir & ayat-ayat al Qur’an: Perbezaannya serta kesannya terhadap amalan perubatan, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hlm. 25. Yūsuf al-Qarḍawiyy, 1969, al-Halāl wa al-harām fi al-Islām, Damsyiq, Masyūrat al-Maktab al- Islāmiyy, hlm. 232, Al-Nawawiyy, Ṣhahīh Muslim, 1924, juz 14, hlm. 109
[31] Muhammad Muṣṭafā al-Hadīdī Al-Thair, 1987, hlm.  9. Lihat juga Abd Basir Mohammed, 1999, hlm. 9.
[32] Abū cAbdullāh Muhammad b. Ahmad al-Ansāriyy al-Qurṭubiyy, 1387H/ 1967M, al-Jamīcu li ahkām al-Qur’ān, Kaherah, Dār al-Kitāb al-cArabiyy li al-Tibācah wa al-Nashri, hlm. 437-438.
[33] Richard Kieckhefer, 1990, Magic in the middle ages, Great Britain: Cambridge University Press, hlm. 177.
[34] “Wizards thou shalt not suffer to live”
[35] "Thou shalt not suffer a witch to live"
[36] "A man or woman in whom there is a pythonical or divining spirit, dying let them die: they shall stone them: Their blood be upon them",
[37] Richard Kieckhefer, 1989, hlm. 179
[38] Susan C. Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks, 2003, Luther on women: A sourcebook, Cambridge, Cambridge University Press, hlm. 228. Lihat juga hlm. 236: "One should show no mercy to these [women]; I would burn them myself, for we read in the Law that the priests were the ones to begin the stoning of criminals."
[39] Jolly, Karen Louise, 2002, Witchcraft and magic in Europe: The middle ages, Philadelphia, University of Pennsylvania Press, hlm. 239.
[40] Russell, Jeffrey Burton, 1972, Witchcraft in the middle ages, Ithaca, New York, Cornell University Press, hlm. 230.
[41] Jolly, Karen Louise, 2002, hlm. 194.
[42] Stuart Gordon, 1993, The Encyclopedia of Myths & Legends, London: Headline Book Publishing Plc, hlm. 499.
[43] Anon, t.th.,  Fraudulent Mediums Acts 1951 (c.33), http://www.statutelaw.gov.uk/ content.aspx?ActiveText DocId=1100678 [11 Disember 2009]
[44] Anon, t.th, Paganism In Australia, http://www.janih.com/lady/laws.html [11 Jun 2009].
[45] Menurut Emmet V. Mittlebeeler, hukuman yang dikenakan kepada ordinary diviner ialah denda 100 pounds, atau penjara dengan atau tanpa kerahan tenaga untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun, atau hukuman rotan tidak lebih 20 kali sebatan, atau mana-mana dua atau lebih dari hukuman yang diperuntukan. Manakala bagi professional diviner, hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan ialah denda sehingga 205 pounds, atau penjara dengan atau tanpa kerahan tenaga untuk tempoh tidak melebihi 7 tahun, atau hukuman rotan tidak lebih 36 kali sebatan, atau mana-mana dua atau lebih dari hukuman yang diperuntukkan. Sila rujuk Emmet V. Mittlebeeler, 1976, African custom and Western law: The development of the Rhodesian criminal law for Africans. New York: African Publishing Company, hlm. 142.
[46] Anon, t.th, India Human Rights Reports 2006, http://www.achrweb.org/reports/india/ AR06/chhattisgarh.htm [1 Disember 2009].
[47] Dalam satu artikel yang disirkan dalam laman web msnbc bertajuk Saudi Arabia to execute woman for 'witchcraft': Human rights group appeals to Saudi king to stop execution di http://www.msnbc.msn.com/id/ 23162712/ [10 Disember 2009], hakim yang membicarakan kes Fawza Salih tidak memberikannya peluang untuk Fawza membuktikan dirinya tidak bersalah atas satu dakwaan yang tidak mempunyai asas di sisi undang-undang. Kes ini juga mendedahkan kelemahan sistem perundangan Islam Arab Saudi dari segi undang-undang keterangan yang longgar, ketidakhadiran peguam dan hukuman yang bergantung kepada budibicara hakim. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Heba Saleh, 14 Februari 2008, Pleas for condemned Saudi 'witch', http://news.bbc.co.uk/2/hi/ 7244579.stm  [10 Disember 2009].
[48] William Shaw, 1975, Aspects of Malaysian magic, Kuala Lumpur: Muzium Negara, hlm. 49.
[49] Morrison, Wayne, 2001, Blackstone’s commentaries on the laws of England, Vol IV, London, Cavendish Publishing Ltd, hlm. 47.

Isnin, 11 Oktober 2010

Sakit

Assalamualaikum,

Sakit bunyinya pun dah tak sedap nak sebut,apatahlagi kalau terkena,dari semenjak berat badan 2.5 kg hinggalah ke berat 98 kg,belum pernah  walau sekali,aku dengar orang menangis penuh kegembiraan apabila ditimpa sesuatu yang menyakitkan.Biasa kita dengar ialah susulan sumpah seranah,bercampur maki hamun.malah time berat ketika 14 ke 20 kg dulu,pernah aku tengok bagaimana sorang lelaki  separuh usia,menetak tiang rumahnya sendiri,dek kerana kepala terantuk kepala bendul rumahnya.malah lebih sadis,ada seorang pemuda sanggup membelitkan(simpul) kepala angsa yang  membuat bising dibawah rumah  ketika pemuda tersebut sedang sakit gigi.kalau tak kerana sakit tobat lahum mereka tu takkan  bertindak seganas itu.

Atas hujjah padu tu la,aku berani kerat jari(kambing hehehe) takkan ada ada spesis yang jenis minta supaya dirinya sakit,takkan ada punya turrKalau la ada yang munajat siang dan malam nak sakit..hmmm tak tahula nak kata apa.Tanyalah pada mat rempit sekalipun,mereka juga hakikatnya takut sakit,mereka bawak motor laju tu,tujuannya kalau jatuh terus mati,takde la sakit kena ganyah dek batu tar tu,hujjah yang mereka bawa,kalau bawak motor perlahan,jatuh payah nak mati,terpaksa merana dulu dalam wad ,silap-silap bila sembuh kena usung pulak parut kehulu ke hilir,tu belum lagi yang bawa kaki sebelah,tangan takleh bengkok,mahupun yang takde telinga.Mereka kata kalau laju zapppp terus gol.malah kalau merempi tdi highway,kalau mati  pun,mati dijalan yang lurus.kalau gitu ramailah pemuda rempit kita yang telah terkorban dijalan yang lurus..yerrr pehhhh ,highway memang jalan lurus daa..

Maknanya sakit memang cuba dielak,dimusuhi malah ditakuti sangat,malah ramai takmo gi hospital kerana takut sakit dicucuk jarum..cehh.tapi pernahkah kita renung sejenak,apa itu sikap yang murni lagi amat sivik untuk kita pegangi?Sedarkah kita bahawa sakit itu,sesungguhnya satu nikmat,yang tiada tolok bandingnya.Bayangkan hidup tanpa rasa sakit,mahu rasanya tiapa hari kita tengok orang dapur memasak,main pangan tangan je,senduk,sudu dan lainya tak mainlah..alih-alih tengok tangan mengelembung cam kena cacar..tapi apa kisah,tak sakit maa..mahu rasanya tiap pagi hirup teh panas atau milo sekali tuang je kedalam mulut takyah tiup-tiup dah..bayangkan peniaga goreng pisang membulak balik pisangnya main celup tangan je..dan lebih aksi lagi..kalau ada yang hirup terus dari cerek air yang sedang mengelegak..

Lebih sadis lagi,tanpa rasa sakit kita tak payah pakai selipar atau kasut,tahu-tahu raya tahun depan,kat dalam masjid,tengok tapak kaki dan tinggal sekeping..haus abih pastu lubang sana sini,dan ada pulak paku terlekat kat kaki...dan bagaimana pulak kalau kita kena tembak?langgar?main mercun terbakar kat tangan?sure kita tak sedar pun saban hari jari kita hilang satu demi satu,alih-alih waktu nak akad nikah yang tinggal cuma tapak tangan je pengsan kang tukang nikah tu.

Bayangkan jugak kalau kita tak rasa sakit terkerat kaki waktu menebas lalang.masa cucuk dek misi,tak rasa apa-apa lada masuk atau lebih parah kalau kepala kita penuh dek paku,duri,lidi basikal dan apa saja,sebab nya..kita tak sedar semua tu ada kerana kita tak rasa sakiiiiiit. pun,Pendek kata kalau nak senarai kan semuanya..sampai tahun depan lum tentu habis cerita ni heheheh.

Moralnya disini,supaya kita menghargai nikmat sakit,banyak hikmah disebalik rasa sakit tu,cepat-cepat hentikan sifat merungut kerana sedikit kesakitan yang adtang,memanglah sakit datang macam ribut tapi bila pergi macam siput punyalah lambat,,dan yang lebih penting hargailah waktu sihat kita semua sebelum datang waktu sakit,amboi..pandainya nasihat orang  heheheheh,adulah..sakitnya pinggang duk depan PC ni..isk isk isk..ok jumpa lagi..adula tengah sakit ni....


Selasa, 5 Oktober 2010

Sedih Dan Ceria

Salam.

Sedih..

Pemergian Tg Pak Teh pengasas Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu(Kroh).(waris sebelah isteri )

Laporan dari Blog

-Ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Dato`Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat.


Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP),Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling-juga waris Pak Teh),

Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.

(Pak Teh adalah salah seorang saksi pernikahan saya 16 tahun yang lalu-kami mendapat SMS jam  1  pagi tentang berita kematianya)-allhummargfirlahu..



Ceria

Majlis Konvokesyen Ke 26 UIAM-di CAC UIAM Gombak.2 Oktober 2010  Jam 2.00.pm

MASTER OF LAW (LL.M)EXECUTIVE (ADMINISTRATION ISLAMIC LAW)

Alhamdulillah.



Rabu, 29 September 2010

Aku Sebijik T D-Versi luahan perasaan

Saya sebiji thumbdrive. Nama saya Kingston. Bentuk saya agak besar, bukan macam thumb drive yang ada di pasaran sekarang. Kecil dan comel. Saya jadi kuli kepad a2 orang tuan. Tuan pertama saya dulu budak Perak. Dia ada Satria merah. Waktu dia beli saya, dia sangat suka kat saya. Dia slalu letak saya dlm poket seluar dia. tang ni aku tak berkenan sikit ngan tuan saya ni,seluar jarang basuh...huhuhu

Tapi, saya ada sikit kelemahan. Bila saya nak transfer file, otak saya sangat lemau sampaikan transfer berlaku sangat lambat. Huhuhu.. Bila ini terjadi, tuan saya selalu mengeluh kat saya. "Apa laaa lemau sangat ko nii?? Aku lempar kat lombong baru tau!!", saya pon jadi takut. Tuan saya memang baik. Tapi, buatnya dia memang tengah hangin, dilemparnya saya masuk lombong, tak dapat ler saya bekawan dengan USB port lagi. Huhuhu...

Satu hari, tuan saya berjumpa kawan baiknya. Kawannya sorang lagi budak Johor. Kereta pon macam kereta tuan saya. Tp, yg bezanya, kaler putih. Tuan saya ada cakap pasal nak jual saya. Kawan dia nie pon macam berminat gila babas. Tapi, tuan saya mengumpat habeh citer kelemahan saya kat budak tu. Tapi, yang hairannya, budak tu nak jugak kat saya. Dengan harga RM 100(time tu mahal lagi wehh), maka saya dahpun menjadi khadam kepad tuan baru tu (tapi, dengar-dengar bos baru saya nie macam bos praktikal dia gak... lambat bayar duit RM 100 tu!!! Hehehe...).

Haaa... tuan baru saya nie lagi angkuh. Dia bukan saje bawak saya merata-rata, tapi siap sangkut saya kat cermin tengah ketanya. nampak cam sayang betul kat saya nampaknya tapi dia tak tahu aku asyik goyang je time dia drive,. tahap saya dikerjakan pon sangat teruk. Saya dipaksa transfer file-file yang besar untuk tujuan akademik. Hehehe.. Mana saya larat. Tak guna betul tuan saya nih.

Tapi, tuan saya nie pon lemau juga. Satu hari, tuan saya pulang dari kerja. Agaknya dia penat, dia pon lupa laaa nak keluarkan saya dari poket seluarnya. Alih-alih tuan saya angkut seluarnya ke mesin basuh. Saya pon tak sedar masa tu. Tetiba jek saya rasa macam kena banjir jek. Rupa-rupanya saya dah tenggelam dlm mesin basuh. Pelik gak. takkan la banjir airnya bau wangi macam lemon. Huhuhu....

Huh!! Macam nak pengsan laaa saya nih. Lepas dari mesin basuh, saya diseksa plak di dalam dryer. Fuh!! Panas gilo. Saya diseksa selama 100 minit. Waaa.. saya takut tubuh badan saya nie cacat jek nanti. Ye aaa.. Segala mak nenek chip dlm badan saya nih... Kang saya dah bengong tuan saya marah kat saya plak.

Lepas dalam dryer, mak tuan saya keluarkan sume baju-baju. Tekejut dia bila saya ada dalam seluar tu. Terus maknya bahasakan tuan saya nih. Hahahaha... Puas ati saya... Padan muka tuan saya... Sapa suruh lupa keluarkan saya!!! :p

Nasib baik saya ni kuat dan tough. Saya masih boleh berfungsi macam dulu. Walaupun lemau masih boleh berfungsi.

Moral of the story: Belilah external hard disk yang lagi besar .... Dijamin tak lupa lagi. Hehehehe....  
 
Sumber: emel ntah sapa ntah..tq arr

Selasa, 21 September 2010

saja saje jer pas raya ni

A-3 easy ways to die:

Take a cigar daily----------u will die 10 years early.

Drink  rum daily------------u will die 30 years early

Love someone truly---------- u will die daily.


B-A foolish man tells a woman to stop talking,but a wise man tells her that looks so extremely beatiful when a lips are closed.


c-When your life is in darkness,pray God and ask  Him to free you from darkness,even after you pray if u r still in darkness,please check and pay ur electricity bill..

d-If u don have g/b friend ur missing something in yur life,but if u have b/g friend u missing everything in yur life.

e-3 fastest means of communication---------------

1-Tele-phone    2-Tele-vision  3-Tell..woman...need still faster tell her no to tell anyone....

Sumber-emel KLM Grup



heheheheh ampun..



Psikologi Warna.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini  penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.

MERAH
Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

ABU-ABU & HITAM
1.ABU-ABU :
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Betul ke camtu????????