Khamis, 7 Mei 2009

Hari Ibu...setiap hari setiap detik..

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut besday.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada....... ...

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Sumber: Emel Syariah Group..Thanks.

Khamis, 30 April 2009

Susur Galur Mazhab Syafie(9)

Salam,

Nak sambung atau nak bagi detail sikit apa yang dibincangkan dalam tulisan yang lalu.Kali ini hendak diperkenalkan dengan beberapa istilah dalam penulisan fiqh yang menunjukan kepada beberapa gelaran fuqaha` al-syafieyah.


1.Al-Imam:Imam Al-Haramain Al-Juwaini-Abd Malik Bin Abdullah bin Yusuf-W(47H).
Kitab: A-Nihayah /Al-Burhan dll.

2.Al-Qadhi:Al-Qadhi Hussain-Abu Ali Muhammad Bin Ahmad Al-Mirwazi.W(362H).

3.Al-Qadhiyani: i-Ali Bin Muhammad Bin Habib Al-Mawardi-Sahib -Al-Hawi/Al-Ahkam Al- Sultaniyat-W(450H)

ii-Abd Wahid Bin Ismail Bin Ahmad Al-Ruyani-W(501H)

4.Al-Syaikhan 1-Abd Karim Mohd Bin Abd Karim Al-Rafie Abul Qasim Al-Qazwini-
Al-Aziz Syarah Al-Wajij/Muharrar-W(634H).

ii-Yahya Bin Syaraf Abu Zakariya Al-Nawawi,Minhaj/Al-Raudhah/Al-Muhazaab dll.W(677H).

5.Al-Suyukh: i'Imam Al-Rafie ii.Imam Al-Nawawi.iii.Taqiyuddin Ali Bin Abd Al-Kafi AL_Subki W(756H).

6.Al-Syarih:(makrifah)-Al-Syarih Al-Muhaqiq-Jalaluddin Al-Mahalli Muhamad Bin Ahmad
Bin Ibrahim Syarih Al-Minhaj LilNawawi-W9864H).

7.Syaikhuna/Al-Syaikh/Syaikhul Islam: Zakariya Bin Muhamad Bin Ahmad al-Ansori W(926H).

8.Syekhi: Apa disebut dalam istilah Khatib Syarbini,beliau maksudkan:Al-Shihab Ahmad Bin Muhammad Al-Ramli w(971H).

ada lagi beberapa istilah tapi setakat tu dulu.

....lainkali kita cerita bab rumuz,nama-nama kitab dan pengarang.

Rujukan:Al-Fathul-Mubin Fi Taarif Mustalahat al-Fuqaha` wal Usulliyiin-Dr mohd Ibrahim Hafnawi.

Isnin, 27 April 2009

Artikel Dari Egypt-Isu Status Agama Anak Bawah Umur

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009
Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain


[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid


Komentar TJ:Mohd Ridhuan telah pun mendapat perintah jagaan secara exparte,anak-anak tersebut dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.Manakala bekas isteri(isteri sivil)telah juga mendapat hak jagaan secara exparte di Mahkamah Tinggi Sivil,sekali lagi konflik undang-undang timbul.Namun sejarah lepas dari penghakiman sivil,jelas memihak kepada MS,perintah dari institusi tersebut tidak boleh dibatalkan.Namun perlu kita selusuri apakah wajra hak jagan bagi anak yang masih bayi dan menyusu jugak termasuk dalam perintah tersebut.Berdasarkan arikel diatas,Fiqh memberi jalan bagi menjaga semua kepentingan manusia,so mengapa tidak dicari jalan sedemikian.Pihak MS seharusnya lebih kreatif dan membuat sedikit penyelidikan sebelum penghakiman diberikan,begitu pihak yang satu lagi,jalan konfromi masih terbuka terutama bagi bayi tersebut,jangan jadikan agama yang berbeza menghalan atau memtuskan semua hubungan sebagai ibu dan bapa dan juga sebagai makhluk Tuhan-agama tidak mengajar sebegitu caranya.

Sabtu, 25 April 2009

Keletihan...

Salam,

Bermula pagi Isnin travel ke Kuala Terengganu-perjalanan tidaklah lama sangat,just 4 jam gitu,ikut peraturan lalulintas woo,tapi panas terik dan badan mula rasa semacam je,dalam pada tu sempat jugak pekena sup tulan tengah hari celik tu kat cheneh..sampai berasap badan dibuatnya,dek kerana jadi ahli hotel Primula dan kopon yang terhimpun papalih banyoknya,ni la baru pertama guna,dapatlah bilik yang agak selesa.Esoknya ada sedikit meeting KPI di JKSNT...dalam kul 5 petang,bertolak balik ke Kuantan...dalam perjalanan sempat pekena air tuak(nira)ada la dalam 2 botol heheheh..kul 8.30 alhamdulillah sampai ke rumah tapi menjelang tgh malamnya badan mula dah panas...harap2 janganlah demam.

Esoknya dengan kehendak Allah jua,badan cam biasa je,rasa segar la pulak...kul 11 tgh hari,terus drive ke Kuala Lumpur..untuk Seminar Sebat di PICC pada hari Khamis.Dalam perjalanan,dengan cuaca jugak panas,bawak kete pun slow je,sambil dengar Klasik Nesenel(nasional)..kul 2 jugak sampai,ambil keputusan lepak je la kat tempat lama(Bentong)-ambil hotel,bumm terus syahid..sampailah menjelang petang,malamnya cam biasa kat Bentong,apalah yang ada,ambil kebab pita dua butir,anggur setengah Kg,mineral sebotol,pakat melantak..malam tu.hehehe

Khamis 6.30 bersiap nak ceck out then terus menuju ke PICC..perjalanan ok je,lancar dan sampai sekitar jam 9.20,lapor diri,daftar ambil nota,sarapan dulu hehehehe.Tinjau-tinjau rupanya majlis kul 10..pehhh,majlis dirasmikan oleh Senator Datok Jamil Khir,Senator Dtk Dr Mashitah pun ada sama,seminar ni dihadiri sama oleh wakil dari MS,JAKIM,Penjara,AG Chamber,PDRM,Academician dan juga Peguam-Peguam..Pak Menteri habaq,hukuman sebat nak tambah dari 6 sebatan ke berapa ntah..tapi tak sampai 100 la kut,seminar diceritakan bagaimana adanya perbezaan antara sebatan syariah dan sivil..dan penjara dahpun laksana sebatan syariah ni.

Jam 2.30 pm,lum habih seminar,bertolak ke Sunway hotel untuk prepare talk di Sunway Kolej mengenai Konflik U2 Syariah dan jugak sivil,kebetulan pulak keluar berita keputusan kabinet mengenai status agama anak yang mana umur belum 18 tahun,memang kenala pada waktunya,nak sembang hal tu.Aku di sambut dari Tol Awan Besar lagi,maklumlah kalau tak ada guide sure sesat barat punya,Cik Shima n the gang Hashim n fang(?),bawak terus dari tol ke hotel..seronok dengan sambutan dari sana,superb,pergi dan balik dari hotel ke Kolej disediakan Merc.WCQ 1-pehh Thanks Adam n Family serta Driver Azhar.Aku akan bagi ceramah dengan Tn hj Walid dari AG Chamber esoknya.

Ni bukanlah kali pertama datang sini,tahun lepas pernah jugak hadir,dengn sambutan yang serupa,malamnya sangat letih dan pas makan bersama Shima dan juga ajk..terus bummm...

Jumaat 8.30.Bersarapan di Atrium kat lobby tu,then pergi ke Sunway Kolej..wow,tgk2 separuh dari student non muslim...ceramah dimulakan dengan sesi soal jawab yang sukar dihentikan heheheh,tapi dek kerana masa terhad,dan nak Jumaat..maka tamatlah sesi tu jam 12.45.Terus ke dewan makan,kali Mr Terry(canadian) dan sorang lagi lekcerer Kanada tu,hadir sekali,maka sekali sekala tersasul la jugak speaking omputih loghat kanada..heheheh Thanks Mr Terry.(makanan nasi tomato tu..)

Balik Hotel,dan ambil rukhsah-tak gi Masjid...pas je sembahyang zohor,mulalah ronda2 sekiling,hmmm rupanya sunway ni cam bandar tersendiri..gitu,macam2 ada.Malamnya,terus duk kat bilik je,makan pun main order je,nasi goreng n satay hehehehe,pas je telan ubat selsema terus lena sampai pagi....

Sabtu..8.30 am-Sarapan dngn organiser,pastu cau cin cau..............12.30 selamat sampai di Kuantan.balik je,kena kleter sikit dek isteri..itu ini itu ini,selalu takde kat umah..aku diam je..buat dek je,akhirnya aku lak yang tertidur..Letih tapi seronok dengan sambutan pelajar dan juga penganjur...ilang abih rasa demam tu,heheh

Malam tadi,pekena jap kopitiam ngan roti bakar kat bandar..dan ambil tiket kapalterbang nak ke Serembang esok hingga rabu,khamis ke UIA-exam akhir semester.Pastu ke Tioman 3 hari,balik ke Kuala Terengganu 6 hari bagi kurus Mediasi antarabangsa,penceramah dari Australia,anjuran JKSNT.Bilakah agaknya berakhir keletihan ni?

Perhargaan dan ucapan Tq tidak terhingga organiser Forum Konflik Undang-UNdang Kolej sunway,terutama Cik Shima dan Ajk..dan juga pelajar serta pensyarah yang join..kesilapan jika ada harap dimaafi.Ila al-Liqa`

Pengekalan Satus Quo Agama Anak Bawah Umur...

Salam,

Isu terbaharu..

Boleh lihat perbincangan disini,pada tulisan yang lalu dalam kes Subashini Vs Saravanan.Terbaharu kes seorang saudara baru Mohd Rdhua di negeri Perak.Bagaimana sebenanrnya?Salah seorang memeluk Islam,bagaimana dengan perkahwinana?kedudukan anak-anak? dan hak jagaan.?

Perkahwinan.

Perkara 121 (1A) jelas menolak campurtangan sivil dalam perkara syariah ada bidangluasa.Dalam masa yang sama proviso Law Reform 1976(S.51) selagi pihak yang belum Islam tidak membuat petisyen di MT sivil,perkahwinan kekal mengikut sivil.Maknanya pemelukan Islam tidak boleh menghalang hubungan suami isteri atau memutuskan perkahwinan keduanya.

Namun kalau mengikut Syarak,,apabila salah seorang dari keduanya masuk Islam,sedang seorang lagi masih dalam kekufuran,hakim hendaklah menawarkan kepada yang belum Islam supaya memeluk Islam,jika enggan maka hakim hendaklah memisahkah keduanya,kalau sebaliknya maka kekallah mereka sebagai pasangan suami isteri.

Seksyen 46(2)

2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam telah memeluk agama Islam dan dengan itu perkahwinannya terbatal mengikut Hukum Syara' , maka pembatalan perkahwinan itu hendaklah disahkan oleh Mahkamah.


Hak Jagaan.

Jumhur Ulamak(termasuk Syafieyah) tidak memberi haq jagaan kepada orang kafir,berdasarkan keumuman penyataan Allah mengenai-kewajipan penjaga menjaga ahli keluarganya dari api neraka,dan Hadis Islam itu tinggi.Ada satu hadis yang menjadi dalil golongan yang menyatakan boleh ibu yang kafirah menjaga anaknya(setelah) bapa anak itu islam,rujuk Hadis Abd hamid bin Jaafar dari Rafik Bin Sinan,dimana Rasullullah membenarkan pilihan anak yang memilih untuk tinggal bersama ibunya yang kafirah.Pengarang Kitab Al-Majmuk Syarah Muhazab menyatakan Hadis ada idthirab(bercabang) dan sebab tu (idthirab) maka ditegah dijadikan medan hujjah.Ada yang berpandangan hadis tersebut telah terbatal dengan keumuman ayat-ayat al-quran dan hadis yang disebutkan itu. .(lihat Juz 18 bab Hadanah).


Proviso Enakmen Negeri-

Pemelukan Islam

Seksyen 96. Syarat memeluk Islam.

(1) Syarat-syarat yang berikut hendaklah dipatuhi bagi sahnya seseorang yang memeluk Islam-

(a) orang itu hendaklah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dalam Bahasa Arab;

(b) pada masa mengucap Dua Kalimah Syahadah itu, orang itu sedar bahawa ia bermakna, "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati.

(2) Seseorang yang tiada berupaya bercakap, boleh bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (a) subseksyen (1), mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang terkandung dalam perenggan (b) subseksyen itu.


Seksyen 98. Pemelukan Islam oleh kanak-kanak.

Jika pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur baligh mengikut Hukum Syara', kanak-kanak yang berada dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam pada saat yang sama bagi maksud Enakmen ini.


eksyen 104. Menentukan sama ada seseorang itu telah memeluk Islam.

Jika apa-apa soal timbul di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sama ada seorang itu telah memeluk Islam dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar di bawah seksyen 100 (1) atau tidak didaftar di bawah mana-mana undang-undang negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam, soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan Hukum Syara'.



Seksyen 78. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan

Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak menjalankan hak terhadap hadanah jika-

(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.


Maka sebarang perintah yang keluar dari mahkamah Syariah tidak boleh dicabar di Mahkamah sivil Per 121(1A)

Inilah benteng yang ada dalam keadaan hari ini,maka keputusan kabinet masih tertakluk pada proviso ini,kerana esekutif tidak berhak untuk campurtangan apatahlagi membatas atau membatalkan kuasa mahkamah melainkan semua pindaan undang-undang dilakukan.

Sekadar pandangan peribadi,sepintas lalu .

Isnin, 13 April 2009

Isu Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Salam,

Artikel menarik yang dihantar kepada saya,penulisnya seperti tertera dihujung artikel.TQ


Konflik bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil mengenai hal pentadbiran harta pusaka orang Islam sering berlaku terutamanya apabila tiada peruntukan yang jelas sebelum tahun 1988. Selepas dipinda dan ditambah Artikel 121 (1A) pada Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedudukan bidangkuasa istimewa kepada Mahkamah Syariah, namun masih banyak berlaku pertindihan bidangkuasa mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan harta orang-orang Islam yang terdiri daripada wakaf, nazar, harta pusaka, dan wasiat umat Islam kerana mahkamah sivil sehingga kini masih campur tangan kes bidangkuasa mahkamah syariah dalam beberapa perkara.

Oleh sebab itu, penulis merasakan terdapat banyak kekangan statut dan pertindihan bidangkuasa yang menjadi masalah utama Mahkamah Syariah di dalam menjalankan pentadbiran pusaka orang-orang Islam. Justeru itu di dalam kertas kerja ini, penulis akan menyatakan masalah yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah dan kaedah penyelesaian di dalam menghadapi konflik undang-undang dan bidangkuasa berkaitan pentadbiran pusaka umat Islam di negara kita.

2.0 Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang-Orang Islam

Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa Mal hanya boleh membicarakan dan membuat keputusan terhadap semua tindakan dan prosiding yang melibatkan orang-orang yang beragama Islam dan telah diperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang bukan Islam dan sebarang keputusannya tidak boleh menggugat pemilikan harta orang bukan Islam.

Peruntukan berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah bagi harta pusaka dapat dilihat misalnya di dalam seksyen 49(3)(b)(v)- (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 telah menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa mal hendaklah mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan wasiat, wakaf atau nazar, pembahagian dan perwarisan harta berwasiat dan tak berwasiat, serta penentuan orang-orang yang berhak mendapat pembahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sangat sempit dan terhad dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia. Bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka umat Islam di Malaysia ialah mengesahkan benefisiari (waris) yang berhak kepada harta pusaka si mati yang beragama Islam dan mengesahkan kadar bahagian benefisiari berkenaan. Menurut Seksyen 50 Akta Pemtadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 misalnya telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah berhak menentukan bahagian dan orang-orang yang berhak mendapat harta pusaka.

Peruntukan-peruntuk an di atas dengan jelasnya menunjukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas hanya mengesah dan memperakukan dua perkara di atas dalam bentuk Sijil Faraid sahaja. Mahkamah Syariah tidak berbidangkuasa dalam melaksanakan perintah pembahagian. Perintah Mahkamah Syariah akan diguna pakai oleh Mahkamah Tinggi dan badan-badan lain dalam menentukan pembahagian pusaka orang-orang Islam.

3.0 Masalah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang-Orang Islam

Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan setakat mana undang-undang Islam dapat dilaksanakan di negeri-negeri Melayu. Kedudukan Mahkamah Syariah dan bidangkuasanya adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan yang memberikan kuasa kepada negeri untuk menjalankan pentadbiran undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah dianggap sebagai undang-undang diri (personal law). Justeru itu, kuasa Badan Perundangan negeri adalah untuk menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam seperti mana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Dua. Ini termasuk kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam sahaja.

Walaupun peruntukan ini jelas memperkatakan bidangkuasa negeri, namun banyak lagi undang-undang Persekutuan yang mengehadkan dan menyekat bidang dan pemakaian undang-undang negeri. Hal ini menjejaskan bidangkuasa mahkamah Syariah dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia. Sebagai contoh undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan pusaka iaitu terdapat Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang menghalang pemakaian Enakmen Undang-Undang Islam di setiap negeri. Oleh sebab itu, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menentukan bahagian waris di bawah undang-undang Islam (faraid) yang dinamakan Sijil Faraid. Adapun pentadbiran harta pusaka, probet dan surat kuasa mentadbir harta pusaka pula adalah termasuk dalam Senarai Persekutuan Perkara 4(e), Senarai Satu, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan kekangan statut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 terhadap pemakaian bidangkuasa Mahkamah Syariah dapat dilihat situasinya di dalam kes rayuan Jumaaton & Raja Delila lwn Raja Hizaruddin , perkara yang dipertikai di antara perayu dengan responden ialah harta pusaka peninggalan si mati iaitu Allahyarham Raja Nong Chik Raja Ishak, usahawan Melayu yang agak terkenal juga di Lembah Klang. Semasa hayatnya, si mati ada menubuhkan Arensi Holdings (M) Sdn. Bhd. (Arensi), sebuah syarikat yang kemudiannya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur. Apabila si mati meninggal dunia pada 10 Februari 1994, lebih 11 juta unit saham syarikat didaftarkan atas nama responden.

Semasa hayatnya si mati mempunyai dua orang isteri dan sepuluh orang anak. Perayu pertama dan kedua adalah balu kedua si mati dan anak hasil pernikahan kedua itu, manakala responden adalah anak si mati dari balu pertama. Secara ringkas, apa yang dituntut oleh kedua-dua perayu ialah saham dalam Arensi yang kini didaftarkan atas nama responden itu adalah sebenarnya harta pesaka peninggalan si mati dan bukan harta mutlak responden, oleh itu hendaklah dibahagi-bahagikan kepada semua waris si mati mengikut hukum faraid. Penentang telah menafikan tuntutan itu.

Pada 17 Disember 1996, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Mahkamah Sivil) membuat satu perintah (atas persetujuan semua waris si mati) bahawa Amanah Raya Berhad (ARB) dilantik sebagai pentadbir harta pesaka si mati secara terhad selama empat bulan mulai dari tarikh perintah itu. Apabila kes tuntutan pembahagian harta pusaka si mati ini mula dikemukakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, dua isu awalan telah dibangkitkan, iaitu:

(a) Sama ada kedua-dua perayu dalam kes ini ada locus standi untuk memfailkan kes ini terhadap responden kerana mereka bukan pentadbir harta pesaka si mati dan tidak mendapat apa-apa wakalah dari semua waris lain untuk mewakili mereka dalam tuntutan itu, dan
(b) Sama ada Mahkamah Syariah ada bidang kuasa mendengar tuntutan ini dan mengeluarkan perintah atau membuat keputusan seperti yang dipohon oleh perayu.
Setelah mendengar hujah peguam bagi kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa mendengar kes itu mengikut seksyen 46(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Oleh yang demikian, tuntutan itu telah ditolak.

Terkilan dengan penolakan tuntutan mereka, kedua-dua perayu kemudian mengemukakan rayuan mereka ke Mahkamah Rayuan Syariah (MRS). Dalam keputusannya setebal 12 halaman, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (selaku Pengerusi Panel Rayuan), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, menyatakan dalam penghakimannya bahawa undang-undang mengenai probet dan surat mentabdir harta dimasukkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai 1, jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan) dan bukan dalam Senarai Negeri (Senarai 2, Jadual yang sama). Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa ''Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara probet dan surat mentadbir harta itu.''
Sheikh Ghazali seterusnya menegaskan bahawa: ''Sungguhpun semua pihak dalam kes ini adalah orang Islam, namun demikian kuasa untuk mentadbir harta pusaka telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi (sivil). Ini disebabkan oleh kerana perkara probet dan surat mentadbir pusaka diletakkan di bawah senarai kuasa perundangan Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Oleh kerana itu, undang-undang mengenai probet dan pentadbiran pusaka terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).''
Terdapat kes lain yang melibatkan orang bukan Islam yang mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam hal pentadbiran harta pusaka orang Islam seperti kes Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia, iaitu kes berkenaan dengan tuntutan untuk mewarisi harta (pencen) suaminya yang telah memeluk Islam sebelum mati sedangkan isterinya (plaintif) tetap dengan agama asal. Hal ini telah dirujukkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan oleh Kerajaan Malaysia. Fatwa Mufti mengatakan bahawa plaintif tidak boleh menuntut pencen tersebut kerana mengikut Hukum Syarak seorang yang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang Islam. Namun Mahkamah Sivil memutuskan bahawa plaintif berhak mendapat pencen kerana pencen hanyalah satu hak di bawah statut. Oleh itu, tidak timbul persoalan mewarisi harta pusaka orang Islam ataupun bukan Islam.
Berdasarkan keputusan tersebut, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya melibatkan pihak-pihak yang beragama Islam sahaja. Jika terdapat salah satu pihak yang bukan beragama Islam, maka ia berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk menyelesaikan kes tersebut walaupun perkara yang dipertikaikan berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Hal ini menyebabkan undang-undang sivil dirujuk, manakala undang-undang Islam dan hukum Syarak diketepikan.
Disamping itu, hakim Sivil yang bukan beragama Islam juga didapati menghadapi masalah tidak memahami Hukum Syarak ketika mengendalikan kes pusaka yang boleh menyebabkan tangguhan kes yang dibicarakan. Ini dapat dibuktikan dalam kes mengenai pentadbiran pusaka orang Islam, iaitu In The Estate of Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bidangkuasa atas perkara-perkara ‘probet dan pentadbiran’ tidak dikurniakan ke atas Mahkamah Syariah. Sebaliknya mahkamah sivil iaitu Mahkamah Tinggi hendaklah melaksanakan bidangkuasanya.

Meskipun Yang Arif Hakim Low Hop Bing memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara probet dan pentadbiran, namun Yang Arif Hakim tidak menafikan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam persoalan keesahan perkahwinan dan keesahan anak-anak dalam perkahwinan yang berlaku yang melibatkan orangorang menganut agama Islam. Justeru, para peguam bagi pihak-pihak yang bertikai telah bersetuju supaya perbicaraan digantung untuk dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

4.0 Penyelesaian Untuk Mengatasi Konflik Bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil Dalam Pentadbiran Harta Pusaka

Kaedah penyelesaian yang diambil untuk mengatasi permasalahan konflik undang-undang dan konflik bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Tinggi Sivil berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam adalah dengan beberapa cara:

a) Mahkamah sivil perlu menolak terus untuk membicarakan persoalan yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam. Malahan mahkamah sivil perlu mengiktiraf bahawa forum terbaik untuk membincangkan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam adalah bidangkuasa mahkamah syariah.
b) Status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah hendaklah diperbaiki dan ditambah bidangkuasanya oleh pihak kerajaan. Hal ini boleh dilakukan dengan tindakan pihak kerajaan mencadangkan usul dengan sokongan dua pertiga ahli parlimen bersetuju untuk menggubal perlembagaan persekutuan agar dimasukkan beberapa pindaan baru mengiktiraf bidangkuasa mahkamah syariah.
c) Mahkamah sivil yang memiliki bidangkuasa ke atas pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam perlu mendapatkan keterangan pakar daripada sarjana Islam dan keputusan Majlis Fatwa dalam menjalankan proses perbicaraan kerana ia adalah berkaitan dengan harta pusaka umat Islam. Justeru itu ia amat diperlukan untuk membantu menegakkan keadilan.

Penulis berpendapat bahawa untuk memberikan bidang kuasa secara eksklusif kepada Mahkamah Syariah yang dikira dapat memenuhi kehendak pindaan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ini, ianya memerlukan persediaan dan pelaksanaan berbentuk jangka panjang. Menerusinya juga, selain daripada memasukkan pihak bukan beragama Islam ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, usaha boleh dibuat untuk menjadikan perkara-perkara yang membabitkan pihak beragama Islam termasuk mengenai pentadbiran harta seperti dalam perkara probet dan pentadbiran dimasukkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun, ianya memerlukan masa di mana pindaan yang besar perlu dilakukan khususnya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain statut yang berkaitan sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Para hakim dan peguam Mahkamah Syariah pula perlu memperlengkapkan diri dengan bidang-bidang yang belum mereka biasa sebelum ini. Kesemua ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tetapi memerlukan masa untuk merealisasikannya.

Penulis berpandangan agar langkah terbaik untuk diimplementasikan dalam senario konflik perundangan ini yang dapat menyeimbangkan konflik yang berlaku adalah dengan menyatukan kedua-dua hakim bicara daripada Mahkamah Syariah dan Sivil dengan mewujudkan satu “Syariah Bench” dalam sesuatu perbicaraan pusaka di Mahkamah Sivil. Hakim Mahkamah Syariah akan memutuskan persoalan Hukum Syarak dalam kes yang dibicarakan di mana ianya hendaklah mengikat keputusan yang akan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sivil. Hakim di Mahkamah Sivil pula akan menentukan perkara-perkara lain dan memutuskan kes yang dibicarakan.

Cadangan di atas juga telah ditimbulkan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim sebelum ini semasa beliau menyampaikan ucaptamanya di Majlis Perasmian Syarahan Umum Syariah dan Undang-Undang Tuanku Najihah Yang Pertama oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang KUIM pada 11 Ogos 2005 yang lalu dalam kertas bertajuk “The Relationships Between Syariah & Civil Law in the Malaysian Legal System: Developments & Future Posibilities” .

Pandangan yang sama turut dikemukakan oleh YAA Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) dalam artikelnya bertajuk “Civil and Syariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions” (lihat [2002] 1 MLJA 130; [2002] 1 MLJ cxxx). Terdapat satu lagi pandangan daripada YAA Dato’ Abdul Hamid dalam persoalan konflik bidang kuasa ini, iaitu melalui pendekatan menyatukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil pada semua peringkat. Cadangan YAA ini dapat dilihat sebagaimana berikut (YAA Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad, ibid.).:

“….. People qualified in civil law as well as people qualified in Islamic law are appointed judges of the same court at all levels. Islamic law cases, civil or criminal, are heard by judges qualified in Islamic law. Non-Islamic law cases are heard by judges qualified in civil law. If, in a case there are issues involving both laws, two judges should sit, one from each discipline. The judge with Islamic law qualification decides issues of Islamic law. The judge with civil law qualification decides the other issues. The final judgment, the judgment of the court, is given by both of them, jointly”.

Menurut beliau cadangan di atas akan dapat menyelesaikan masalah-masalah lain yang berlaku sebelum ini yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah berkaitan kakitangan, pentadbiran dan penguatkuasaan. Cadangan kedua daripada YAA di atas nampaknya juga boleh dimasukkan di bawah pertimbangan jangka panjang. Nampaknya pengwujudan “Syariah Bench” tadi lebih sesuai dibuat dalam konteks masakini dan ianya tidaklah serumit cadangan-cadangan yang lain. Pembentang berpandangan bahawa pendekatan sebegini juga dapat mengurangkan tangguhan kes yang dibicarakan.

5.0 Kesimpulan

Permasalahan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah dalam menjalankan pentadbiran berkenaan dengan kes harta pusaka orang-orang Islam amat memerlukan kepada penelitian dari segi penggubalan statut agar memberi ruang kepada Mahkamah Syariah menjalankan bidangkuasanya membahagikan harta pusaka dan mentadbirnya. Justeru itu juga, kerjasama yang baik daripada Mahkamah Sivil juga amat diperlukan ke arah memahami prinsip Hukum Syarak agar keadilan lebih mudah tercapai dan tidak lama penangguhan kes pusaka berlaku.

Apa pun, yang penting di dalam bahagian ini adalah untuk mempastikan penghakiman yang diberikan adalah adil kepada pihak-pihak yang bertikai dan selaras dengan undang-undang terbabit, khususnya undang-undang Islam itu sendiri. Bukanlah tujuan perbincangan ini untuk menimbulkan suasana perebutan bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Selama ini pun, Mahkamah Sivil ada juga dikatakan berkongsi bidang kuasa dengan Mahkamah Syariah dalam perkara yang dibincangkan ini, bukannya semata-mata merebut bidangkuasa. Wallahu a’lam.

RUJUKAN

Perlembagaan Persekutuan

Ahmad Mohamed Ibrahim. 1983. Ke arah Islamisasi Undang-Undang di Malaysia: Masalah dan Kemungkinan. Kertas Kerja Seminar Perundangan Islam Kebangsaan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, bangi.

Jurnal Hukum. 1998. Jilid 12. Bhg. 2. Bahagian Hal Ehwal Islam: Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Mahmud Saedon A. Othman. 1995. Bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, Jilid Ketujuh, bil. 1: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Syaaban 1410H/1990

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1995. Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, Jurnal Syariah. Jilid 3. Bil. 1. Fakulti Syariah. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2006. Kekangan Statut Ke Atas Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam di Malaysia. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Md Yazid Ahmad & Amir Fazlim Yusoff. 2006. Konflik Bidangkuasa Mahkamah Sivil Dan Mahkamah Syariah Berhubungan Harta Orang Islam di Malaysia: Analisa Ringkas Kes-Kes Yang Berkaitan. Kertas Kerja Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, dan Wakaf. Anjuran MAIDAM dan UKM. Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2000. Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana?. Jurnal Syariah. Jilid 8. Bil.2. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd. Al-Adib Samuri. 2006. Bidangkuasa Membicarakan Bagi Kes Berkaitan Wakaf dan Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Mohd Ridzuan Awang. 2006. Pengurusan Pusaka dan Wasiat Orang Islam di Malaysia. Kertas Kerja Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, dan Wakaf. Anjuran MAIDAM dan UKM. Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Salleh Buang. 1998. Peguam menulis: Mahkamah Syariah tiada kuasa? Utusan Malaysia, Selasa, 21 Julai.

Siti Mashitoh Mahamood. 2006. Bidangkuasa Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Perspektif Perundangan Syariah dan Sivil. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Siti Mashitoh Mahamood. 2000. Perundangan Wakaf dan Isu-Isu Berbangkit. Akademi Pengajian Islam : Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2005. Ke Arah Memperkasakan Institusi Kehakiman Islam di Malaysia. Diskusi Syariah dan Undang-Undang. Siri Kedua. Fakulti Syariah dan Undang-Undang: Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

Ahad, 12 April 2009

Saja je...

Salam,

Berbagai perkara atau banyak benda yang berlaku dalam seminggu dua ni,seperti biasa hidup aku,seperti biasa, hampir sama banyak duk di pejabat dengan keluar merata tempat..jalan-jalan sambil kerja,aisey bertukar lagi..kerja sambil jalan-jalan heheheeh.Namun dalam pada tu,tak lupa jugak dengan perkembangan terkini dalam dan luar negara.

Pilihanraya Bkt gantang/Selambau.

Dua tempat yang begitu signifikan dan menjadi rebutan kedua belah pihak-BN dan juga PR,manakala satu lagi kerusi kat Sarawak,bukanlah begitu penting angat.Akhirnya-kedua bukit tersebut kembali semula ke PR..hmmm momentum Mac 08 masih kuat rupanya.tahniah pada yang menang, semoga amanah tersebut dapat disempurnakan.

Barisan Kabinet Baru

Nampaknya ada perubahan ketara,dan bagi aku lak,nak tgk Menteri baru di JPM tu,Datuk Jamil Khir...adakah beliau dapat mengekalkan prestasi Datuk Zahid tu atau sekadar mengulangi kelemahan Menteri yang jaga Agama sebelum dari Datuk Zahid ambil alih potfolio.Harapan yang tinggi menggunung kepada Tok jamil ..lakukan perubahan pada agensi-agensi agama yang ada tu..


Bertemu Jamal Abdillah

Malam khamis minggu lepas,ntah macamna boleh pulak ronda-ronda hingga ke rumah Pengasih di KL tu,kebetulanya member yang ajak dan nak deal dgn jamal untuk beberapa bisnes,aku tumpang dengar je la,bila masuk je kawasan tu,,terasa damai la pulak,kami bersembang sakan dalam semua hal termasuk politik semasa,keadaan jadi gamat dengan kehadiran Yunus Pati(Boss pengasih)-rupanya beliau ni memang ramah dan lawak...
Mengenai Jamal beliau kelihatan amat ceria dan hepi duk situ malah menjadi fasilitator kepada penagih2 yang hampir pulih,beliau walaupun ke;ihatan pendiam,tapi boleh tahan jugak bila bersembang...heheheh.

Pengajian MA AOL IIUM

tup tap dip dak...sedar tak sedar semester pertama dah hampir ke penghujung..minggu ni,test,bentang paper,minggu depan test agi pastu minggu study,test akhir...cuti 2 minggu ,yahooooooo.com
.Awal Jun bermula semester 2,hah penat jangan kira la,jumaat baru ni dah le,duk bermotivasi di Summerset Rompin dari Rabu lagi,pas Jumaat cabut balik umah,rasa nak terus gi KL tapi kaki dah kram...heheheh.So terpaksalah gi pagi pas subuh,ptg tadi time balik semula ke Kuantan,punyalah ngantuk...rasanya ada masa terlena sekejap tgh memandu tu,akhirnya terpaksa la tidur kat R n R..20 min kemudian baru la rasa lega sikit..adula,boleh tahan jugak cabaran duk ngaji ni,patutlah nabi habaq kalau ikhlas ngaji Allah mudahkan jalan ke Syurga..ya rit.

Apa yang aku selalu tengok setiap kali on the way back ke Kuantan tu,banyak sangat eksiden di LPT ni,dahsyat pulak tu,jatuh longkang,masuk gaung,langgar benteng..isk isk..rasanya sejak 3 bulan ni,tiapa hari sabtu kalau balik kelas tu,pasti jumpa kejadian camni..bila reklatekan cerita aku ngantuk masa memandu,,barangkali deme tu jugak cam aku jugak kut..terlayang sejenap masa drive..so gedegang..bommm.Bila teringat hal ni,aku jadi insaf jap..bawak slow je,tapi bila dah mula lupa..ada waktu nya jarum naik sampai 170kph..pehhh.Minta-mintak Allah jauhkan aku dari segala kemudaratan tu ya rit.Aku lak ngaji ni bukan ada sponsor pum,yuran 17K,bukan sikit tu..pastu kalau takde meeting jumaat kat KL,kena lak isi minyak,tol,makan,minum dll..mahu dekat 200 juga seminggu..isk isk isk.nampak gaya kena submit borang ke Pusat Zakat ni..heheheh.Adios..selamat hari minggu