Khamis, 5 Jun 2008

Petrol/Diesel Naik Harga

salam,

Petang semalam asyik duk tido je,bila sampai di rumah dari KL,yela letih memandu.tak tahu la pulak,time tu PM kita Pak Lah duk umum minyak naik harga.Ala kalau naik pun tak la terfikir sampai melebihi 50 sen,kan ke Kerajaan kita ni berasaskan aman selamat dan makmur.

Aku bukak pc sekitar jam 5 lebih,nah tu dia semua akhbar online menyiarkan berita minyak naik 78 sen,pohpalih weh,time tu juga rasa nak bakar je kereta kat garaj tu,biar pasni gi keje jalan kaki lak.Tak tahu la pulak kut kut ada rakyat malaysia melompat gembira dengan kenaikan rege minyak,kalau pun ada pun tak lain tak bukan tokeh stesyen minyak tu sendiri,.

Malam tadi aku pun cadang nak shopping moping sikit keperluan dapur dan dalam pada tu kununnya nak isilah minyak sikit,mak ai bila sampai kat stesyen minyak,punyalah banyak kereta bagaikan minyak tu dah takda esok hari,berderet kete menunggu giliran nak isi minyak.Aku pun mengira apa keuntungan kalau aku tunggu berejam kat sini,pastu isi sekitar 30 liter ,pehh cuma untung sekitar 20 sth gitu je,dalam masa yang sama kena beratur,barangkali sampai giliran aku minyak abih ,kalau nasib tak baik ada yang kene pelangkung ngan hos minyak tu kang.Aku konar balik dan dengan perasaan yang macam gajah naik minyak -aku terus ngelamun,siap la pasni-tak mustahil harga ikan kembung RM 20 skg,minyak masak dan semua keperluan lain naik melambung,pastu dengan senyum sumbang mamak roti canai jugak akan menaikan harga roti canainya cam le roti dia tu goreng ngan petrol. .Aku menung panjang,gelabah dan tak tentu hala cam gurkha hilang batu cincin atau apek aiskerim musim hujan............aku termenung bagaimana golongan yang yang kurang kemampuan menghadapi semua ni?,aku ni masih lagi bersyukur,setakat nak beli minyak setempurung dua tu larat la lagi,tapi aku tetap naik minyak kali ni,terasa jam tu juga nak hijrah ke Beijing hehehehehe-

Rabu, 4 Jun 2008

Guaman Syarie/Peguam Syarie

Salam.

Membela seseorang yang dituduh atau memohon untuk membuat semakan atau rayuan bagi orang yang telah dijatuhkan hukuman kerana disana adanya alasan-alasan tertentu yang kukuh dan dan wajar dipertimbangan demi keadilan dan telah pun diamalkan oleh para salafussoleh.

Di sini dibawakan beberapa kes-kes yang berkaitan:-

Kes 1.

terjadi satu kes zina di zaman Saidina Omar al-Khattab r.a,di mana seorang perempuan yang berzina itu telah membuat iqrar bahawa beliau telah berzina dan mengandung hasil dari zina tersebut.(Iqrar adalah salah satu kaedah pembuktian dalam kes zina).Beliau memohon supaya Mahkamah(Khalifah:Hakim) menjatuhkan hukuman rejam keatasnya.Kes ini telah mendapat mendapat perhatian Saidina Ali r.a,lantas beliau memulakan kajian terhadap fakta-fakta kes dari awal.Wanita tersebut telah ditemuduga dan disoal siasat kisah beliau itu,akhirnya S.Ali telah memngemukakan kepada mahkamah,bahawa pengakuan wanita tersebut tidak boleh diambil kira atas alasan,wanita tersebut melakukan hubungan sex secara paksa,dimana waktu itu,adalah tahun kebuluran dan wanita tersebut dalam keadaan terlalu haus,lalu meminta dari seorang laki yang mempunya susu untuk diminum.Permintaan wanita itu pada mulanya ditolak,sehinggalah 3 kali.Akhirnya lelaki itu bersetuju memberi sedikit minuman dengan syarat perlu menyerahkan kehormatan dirinya.Saidina Ali dalam hujjahnya di depan Hakim memetik Firman Allah (al-Baqarah:173).Imam al-Baihaqi dalam komentar peristiwa ini,menyatakan pengakuan wanita tersebut (di hadapan Hakim)adalah kerana terlalu haus dan keletihan dalam perjalanan menemui khalifah untuk mengadu hal tersebut.
(lihat Ibnu Qayyim al-Jauziyah:Al-Turuq al-Hukmiah hlm 200.)

Saidina Ali bertindak sebagai wakil bagi pihak wanita tersebut menyarankan supaya Hakim menolak iqrar wanita itu,memandangkan iqrar yang dibuat mengandungi tohmah dan syubah.Beliau juga berjaya membuktikan pada mahkamah tentang konsep darurat sebagai satu arid/awarid dari dijatuhi hukuman.Akhirnya Omar membebaskan wanita tersebut,sekalipun iqrar telah dibuat pada mulanya.

Kes 2.

Kes perempuan melahirkan anak setelah 6 bulan berkahwin.wanita tersebut telah dituduh di Mahkamah dihadapan Khalifah Othman.setelah dibicarakan wanita tersebut dijatuhi hukuman rejam.Di saat hukuman hendak dijalankan Ibnu Abbas mengemukan usul menangguhkan hukuman dengan katanya....`kalau wanita itu mendakwa tuan berdasarkan Kitab Allah,nescaya dia akan menang..`.lalu Ibnu Abbas memetik Firman Allah:

Surah al-Ahqaf:15 dan Surah al-Baqarah:233.Dimana dalam al-Ahqaf Allah menjelaskan kandunagn dan susuan ialah tiga puluh bulan,manakala dalam al-Baqarah,Allah menjelaskan tempoh penyusuan anak yang sempurna ialah 2 tahun(24 bulan).Oleh yang demikian tempoh minima kandungan ialah 6 bulan manakala penyusuan 24 bulan.Saidina Othman menerima penghujjahan tersebut dan wanita itu dibebaskan.Ibnu Abbas dengan kepakaran pada dirinya berjaya membuktikan bahawa wanita tersebut mengandung dari benih yang halal dari suaminya dengan mengambil kira masa minima yang telah dinyatakan.(lihat kisah ini dalam Kitab-Kitab Tafsir ).

Kes 3.

seorang pemuda telah didakawa oleh seorang wanita,yang mana pemuda tersebut telah mencabulnya,wanita tersebut mebawa bukti kesan air mani di kainya.Pemuda tersebut dalam pembelaanya menafikan tuduhan tersebut dengan katanya,wahai amirul mukminin,pastikan kebenaran kes saya ini,Demi Allah aku tidak melakukanya,dia cuba menggodaku tapi aku berjaya menjaga diriku dari perbuatan keji ini.Saidina Omar telah merujuk kes ini pada Saidina Ali(expert opinion).Saidina Ali telah meminta untuk melihat bukti tersebut,setelah diperhatikan,lalu beliau meminta air panas.Air panas tadi kemudianya di tuang keatas kesan dikatakan air mani tadi(mengikut dakwaan wanita tadi).Bila dicurah air panas ,cecair tadi segera menjadi beku, bau serta rasanya tak ubah seperti putih telur.Saidina Ali bertanya dan menyoal siasat perempuan tadi.Akhirnya wanita itu mengaku,bahawa cairan tersebut adalah putih telur bukanya air mani.

Dalam kes ini S.Ali telah membuat pembelaan keatas pemuda tersebut dari fitnahan zina/rogol.Tenyata dengan kepakaran dan kepintaran saidina Ali akhirnya Hakim dapat membuat keputusan yang tepat dan adil.(Ibnu qayyim al-Jauziyah-al-Turuq al-Hukmiyah)

Wallahu Taala A`lam

Ahad, 1 Jun 2008

Guaman Syarie/Peguam Syarie

Salam.

Kalau kita meneliti al-Quran Surah al-Hadid:25 dan Surah al-Syura:15.Jelas bahawa antara tugas kerasulan,ialah untuk menegakkan keadilan.Disertakan bersamanya(para Rasul) kitab suci serta keterangan dari Allah yang menjadi neraca keadilan.

Perintah untuk berlaku adil bukan sahaja di khitabkan keatas Rasulullah malah juga keatas kita semua termasuklah para pemerintah, hakim,peguam dan meliputi semua perkara dalam berbagai aspek kehidupan.

Disini saya nak bincangkan sedikit pandangan mengenai guaman syarie/peguam syarie.Dalam kitab Fiqh kita berjumpa satu bab yang membicarakan soal wakalah,dan sub topiknya wakalah bi al-khusumah.Dan yang menjadi peguamnya disebut wakil bi al-khusumah.

Wakil bi al-khusumah(peguam syarie) ialah orang yang mewakili seseorang dalam satu prosiding mahkamah dan mempunyai hak bertindak dalam kes yang dipertikaikan dengan perkara menjadi kepastian dalam prosiding tersebut.Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh Islami menukilkan pandangan Zufar menyatakan:Tugas peguam syarie ialah untuk menerangkan kebenaran dan mensabitkanya,bukan untuk bertikai,memenangkan kebenaran dan adakalanya menolak dakwaan dan ada ketikanya menerima dan mengakuinya.(Fiqh Islami Waadillatuhu.J 5.)

Pandangan Mazhab tentang wakil bi al-khusumah.

Mazhab al-Syafie: wakalah dalam kes guaman boleh dan sah.tetapi peguam (wakil bi al-khusumah)tidak boleh melakukan iqrar,sulh(mediasi),ibra1 hutang dan juga tidak boleh menerima hutang.(mengikut pendapat al-asah).

Mazhab hanbali: Harus melantik wakil dalam guaman dan boleh menerima upah jika dinyatakan dalam aqad.

Mazhab Hanafi:Harus melantik wakil dan wakil boleh melakukan iqrar dengan beberapa syarat khusus:
a-dilakukan dalam prosiding.b-bukan kes hudud dan qisas.c-dijelaskan semasa memberi wakalah(perwakilan)

Mazhab maliki: Harus melantik wakil dalam pertikaian samada sebagai pendakwa atau bagi yang didakwa.

Jelasnya,kehadiran peguam amat diperlukan dalam prosiding bagi membantu mahkamah dalam memberi keputusan yang adil kepada pihak yang bertikai.

Perbahasan detail boleh dibaca mana-mana kitab fiqh dibawah tajuk wakalah/wakalah bi al-khusumah).Perbincangan secara detail termasuklah definasi dan dalil pensyariatan wakalah/upah/rukun wakalh/lafaz wakalah/jenis wakalah/hukum tindak tanduk wakil/ dll.

Tanggapan umum masakini lebih terurus pada suatu `persoalan` apakah patut membela orang salah?bukankah itu sesuatu tindakan zalim?atau bersekongkol dengan dengan oarang zalim atau kezaliman.Pernahkan kita mengnalisis kes-kes yang diputuskan semasa zaman salfus soleh dulu?.Apakah dengan menghukum secara `lump sum` tersebut betul dari sudut pandangan syarak?

Sebenarnya perlu dianalisa dan dikaji dari pelbagai sudut,mungkin secara zahirnya nampak semacam betul keseluruhanya lebih lebih lagi yang mengeluarkan kenyataan tersebut oarang yang mahir dari segi hukum/undang-undang islam,tapi barangkali tidak begitu terdedah dari segi mentadbir undang-undang tersebut.Frasa ` seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan ianya bersalah` tidak begitu diambil kira.Bagaimana mungkin sebelum habis perbicaraan sudah dihukum sebagai si penzalim atau pembela kezaliman atau apa jua tuduhan.Bukankah dalam prosiding tugas peguam memudahkan mahkamah untuk menghukum dengan adil,tepat dan berkesan.Namun begitu ianya bukan sesuatu yang tiada kawalan langsung.Ingat` peguam yang pintar tapi menggunakan kepintaran bukan untuk menegakan keadilan atau menolong mahkamah menegakan keadilan ada amaran dari Rasulullah tentang perlakuan mereka.Sekali imbas dapat disimpulkan barangkali niat dan cara tindakan boleh menjelaskan status tindakan mereka.

(Tulisan asal ialah nota penulis ketika di UIA satu ketika dulu bersama Prof Dr Mahmud Saedon)

Bacaan lanjutan: Institusi Pentadbiran Undang-Undang Dan Kehakiman Islam. Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.DBP

Akan datang-Kes-kes di Zaman Sahabat.

Jumaat, 30 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie(5)

Pertemuan kali ini kita meneliti pula istilah-istilah yang sering kita jumpa dalam kitab-kitab tersebut.Istilah ini penting dalam memahami kandungan kitab tersebut.


Bila sebut perkataan `Qaul` khususnya digunakan pada pendapat Syafie sendiri.

Manakala `Wajh/Wujuh` merujuk kepada Fuqahak Mazhab al-Syafie*.

1.al-Azhar:Pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan atau lebih dari Imam al-Syafie.Iaitu apabila berlaku perselisihan antara pandangan tersebut yang sama berdiri atas dalil yang kuat.Bagi mentarjih antar dua pandangan seumpama ini disebut al-Azhar.(lebih mudah disebut:Pendapat Imam Syafie yang lebih kuat dinisbahkan pada pendapatnya yyang lain yang juga kuat.Lawanya disebut Zahir.

2.al-Masyhur :Tarjihan dari dua pandangan Imam Syafie
yang kuat dinisbahkan pada pandangannya yang lain yang lemah.Lawanyan Gharib.

3.al-Asah :Pendapatfuqahak al-Syafie yang dikeluarkan mengikut qaedah Imam Syafie dinisbahkan kepada pendapat mereka yang lain yang juga kuat.Lawanya Sahih

4. al-Sahih : Iaitu pandangan yang yang benar dari pelbagai pandangan ulamak mazhab.Lawanya ialah dhaif

(al-asoh dan al-Sahih adalah merujuk kepada dua wajah atau beberapa wajah dari kalangan ulamak mazhab.)Penerangan mengenai ashab al-Wujuh lihat dibawah.

5. al-Nas : Pendapat Imam al-Syafie.(selalu dsebut dalam kitab al-Syafie,dinamakan al-nas kerana ianya dinisbahkan kepada Imam al-Syafie,iaitu dari kalamnya.

6.al-Mazhab: ialah dua jalan atau beberapa jalan iaitu perbezaan pebdapat tokoh-tokoh mazhab dalam menceritakan pendapat mazhab.Di namakan al-Mazhab keran ianya menjadi fatwa dalam mazhab.(lebih mudah dikatakan: Pandangan yang rajih ketika wujud ikhtilaf ulamak-ulamak ashab al-wujuh.)

7.al-Tahkrij : Iaitu Imam Syafie menjawap dengan 2 hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa.Tidak jelas perbezaan antara keduanya. (tetepi setengah kitab menyatakan pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kepada Imam al-Syafie (lihat Mughni al-Muhtaj J 1)

8. Qaul Jadid : fatwa semasa di Mesir(Imam al-Syafie)

9. Qaul Qadim : fatwa semasa di Baghdad.

10. Istilah pandangan Dhoif.

a.Qiila Kaza b. Fi qauli kaza c. ruwiya.


Istilah istilah lain:

1. Syaikhan : Imam alNawawi dan Imam alRafie.

2. al-Qhadi : Qadhi Husain.

3. alQadhiyan : al-Mawardi dan al-Ruyani.

4. al-Imam : Imam al-Haramain

5. al-suyukh : al-Nawawi,al-Rafie,al-Subki.

6. Dalam al-Iqnak dan Mughni Muhtaj ada menyebut `syeikhi~ merujuk pada al-Ramlie.

7. Syeikhul al-Islam : Imam Zakariya al-Ansori.

8. Hujjah al-Islam : Imam al-Ghazali.


Ashab al-Wujuh dalam perananya mentarjihkan fatwa-fatwa mazhab.

Menurut Muhammad Abu Zahrah,..kita masih lagi dapat melihat(baca) wujudnya mujtahid mutlak didalam mazhab hinggalah sesudah perasaan taqlid kepada imam-imam mazhab menguasai para ulamak di abad keempat hijrah dan kewujudan ini berlanjutan hingga ke abad 7 hijrah.Selepas zaman tersebut kemungkinan mereka ini wujud tetapi mereka tidak disebut oleh ahli sejarah.Merekalah orang-orang yang mengemaskinikan pertumbuhan dan perkembangan mazhab itu,menginstinbatkan hukum-hukum furuk berdasarkan usul,mengamati ragam pelbagai pandangan,dan memilih mana-mana yang rajih diantaranya menurut pandangan mereka.(Muhammad Abu Zahrah,al-Syafie 1948).

Siapakah Ashab al-Wujuh?Golongan ini dinamakan mujtahid al-Mazhab atau mujtahid kepada mazhab Syafie.(Lihat Muhamad Hassan Hitu,al-Ijtihad wa tabaqat mujtahid al-Syafei.Sebahagian dari Ashab al-Wujuh ini pernah bersama Imam Syafie seperti al-Buwaiti,Yunus,al-Rabi` dan lainya.Manakala sebahagianya tidak pernah bersama Imam Syafie tetapi pernah bersama dengan sahabat-sahabat Imam Syafie seperti al-Anmati,Ibnu Khairan,Ibnu Abi Hurairah ,al-Sairafi.Ada antara mereka yang banyak memberi pandangan mereka seperti Ibnu Surayj,Abu Ishaq al-Mirwazi,Ibnu al-Haddad,al-Shasi.Terdapat juga yang kurang memberi pandangan seperti al-Salusi(Abu Bakar),Abu Abd Rahman al-Qazzaz.lain lain tokoh seperti Abu al-Taib bin Salamah al-Baghdadi,Abu Said al-Istakhari.Pandangan-pandanagn ashab al-Wujuh ini ada dikumpulkan oleh al-Rafie dan al-Nawawi dalam al-Sharh al-Kabir dan Rawdhah al-Tolibin.(ibid. ms47)

Secara umumnya ashab al-wujuh ialah mereka yang berkemampuan untuk melakukan qias dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh Imam al-Syafie,dengan merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Imam al-Syafie(nas) atau memasukan kes-kes baru dibawah qaedah-qaedah umum Imam al-Syafie.Mereka selaunya akan memberi fatwa dalam kes-kes baru berdasarkan penelitian keatas usul dan kaedah imam al-Syafie.dalam fatwa-fatwa mereka ini kemungkinan akan wujud perbezaan pandanagn dengan pandangan Imam dalam beberapa wujuh walaupun pendapat yang berbeza itu terlalu sedikit.

Ulamak juga telah mebincangkan adakah takhrij atau fatwa mereka pada kes yang baru berdasarkan penelitian kepada teks fatwa Imam Syafei boleh dinisbahkan kepada Imam al-Syafei ataupun ianya hanya dinisbahkan pada ulamak tahkrij sahaja.Imam al-Haramain menyatakan bahawa tahkrij mereka boleh dinisbahkan kepada Imam al-Syafie.

Imam al-Syirazi,menyatakan beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menisbahkan pada imam,dimana beliau menyatakan fatwa(wujuh) tidak boleh dinisbahkan pada Imam al-Syafie.(lihat al-Syirazi,Tabsirah fi Usul al-Fiqh,taaliqah oleh hassan Hitu Dar al-Fikr Damsyiq.ms 517).

Pandangan tersebut disokong oleh Ibnu Solah dan Imam al-Nawawi.Walabagaimanapun ianya(fatwa tersebut) diterima sebagai sebahagian dari mazhab al-Syafie(bukan pandangan Imam al-Syafie)selama mana ianya diambil dan dipetik berdasarkan nas dan usul Imam al-Syafie.

Permasalah yang timbul ialah dalam keadaan dimana Imam Syafie sendiri mempunyai dua fatwa yang berbeza,bagaimana keadanya?Imam al-Nawawi menjawab persoalan dengan katanya:keadaan sedemikian terlalu sedikit berlaku,kedua fatwa Imam yang berlawanan itu sebenarnya boeh dipisahkan dengan meneliti dan melakukan pengamatan kepada factor tertentu yang menyebabkan perbezaan itu.Para al-ashab tidak menghadapi masalah dalam hal ini.

(lebih lanjut lihat tulisan Dr Md Daud Bakar Teori Dan Amalan Tarjih Dalam Mazhab Syafie.)

Selepas ini Thabaqat Mujtahid Mazhab Syafie.

Selasa, 27 Mei 2008

Salam,

Sejak ahad lalu,serangan batuk,demam dan selsema serentak datang.Barangkali dek kerana berarak kat kenduri kahwin,minum air sirap,dan tetiba panas bertukar hujan lebat pastu panas balik dalam sekelip mata/Garaf badan jadi tak menentu.Tapi aku sorang je yang rebah tumbang,anak-anak no hal.Maka sedar tak sedar ,aku dah tua sebenarnya.Antibodi dah tak kuat heheheheh.Sikit sebab dah tumbang,akhirnya aku bercuti dua hari,hari ni alhamdulillah dah beransur pulih,tapi perjalanan ke Sabah nampaknya kensel lah.Esok tugas dah redi petang meeting,lusa ke Rompin pastu ke Bentong,kenduri pulak jangan kira la. 1-3 hb ke Shah Alam.Itulah pusinganya,rasa2 nak ke tanak sambung sampai umur 58 ni?

Tahniah Pak Chop

Yusuf Husin angkat sumpah sebagai Senator .

Barangkali beliau sudah tidak mengenal saya lagi,barangkali jugak kalau terserempak saya pun dah tak kenal dia lagi.Apapun saya tidak akan melupakan jasa insan bernama Pak Chop ini.Banyak sekali pertolongan yang diberikan dengan ikhlas,sekalipun beliau ketika itu dalam keadaan tidak begitu stabil(umahnya sedang dibina).Melayani kerenah saya,menjawap pertanyaan yang berbagai tanpa menampakan rasa jengkel dan jemu.Menyambut saya sebagai tetamu sekalipun baru sesaat kenal dan masih mentah pulak tu,tapi kemesraan bagaikan sudah bertahun bertemu mesra.Itulah Pak Cop.

Peristiwa ini sudah lama berlalu,iaitu sekitar bulan ogos 1989.ketika itu saya di tahun akhir,yang sedang menyiapkan tesis bertajuk, Peristiwa Memali: Satu Analisa.Ketika mendapat tajuk tersebut(sebenarnya bukan tajuk asal saya),fikiran bingung sekejap seperti cicak baru jatuh dari siling ataupun gurkha hilang batu cincin heheh.Namun dengan kehendak Allah kerja saya menjadi mudah bila seorang sahabat bernama Alias berasal dari Alo Star( telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas)sudi mebantu saya dnegan menyediakan tenmpat tinggal(umah pusaka),malah membantu saya berulang alik dari AS ke Memali dengan motosikal panthernya ,jarak memali-kota sarang tebuan eh semut bukan dekat tu.Semasa di sana (memali) saya dibantu sepenuhnya oleh Pak Chop ini.waktu itu beliau sudah berhenti kerja sebagai kerani,bagi menumpukan sepenuh perhatian pada Madrasah Islahiah Memali yang diasaskan oleh al-Marhum Ibrahim Hanafi(libya).Kini jasa beliau dikenang oleh pimpinan Negeri Kedah dengan melantik beliau sebagai senator.Saya juga pernah belajar dengan Ustaz Azizan (MB Kedah la ni)selama dua semester tentang Sejarah Perkembangan Undang-Undang Pentadbiran Islam Asia Tenggara semasa di Jabatan Syariah UKM.Tahniah untuk kedua tokoh ini walaupun agak terlewat mengucapkanya.

Ahad, 25 Mei 2008