Selasa, 9 Mac 2010

Wasiat Wajibah


 Kertas ini dibuat secara ala kadar....lum abih lagi tu,akan dibentangkan dalam Seminar Pesaka /Wasiat/Hibah dan Harta Sepencarian kepada warga(staff) Pejabat Felda di Pahang.# kertas disediakan..Wasiat Wajibah/HSP Felda/Pesaka.Sekadar untuk perkongsian..mudahan ada manfaat.

Taarif Wasiat

Pemberian disebut sebagai hibah secara umumnya.Jika dilakukan dengan niat mengeratkan silaturrahim atau persahabatan,maka disebut hadiah.Jika bertujuan mencari keredhaan Allah(pahala di akhirat) dinamakan sedeqah.[1].Jika pemberian disandarkan atau diserahkan sesudah kematian pemiliknya,maka itu dinamakan wasiat.

Wasiat diambil dari dari ungkapan `aku hubung atau sampaikan sesuatu dengan sesuatu`.Di mana pewasiat menyampaikan pesanan tentang urusan hidupnya dengan apa yang   akan berkaitan sesudah matinya.[2].Dari     sudut        bahasa       wasiat      bermakna
( pesan/perintah/nasihat/janji/hubung/menyampaikan) sebagaimana  Firman Allah:[3]
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ
Maksud: `


Dan Firmanya lagi:[4]

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ


Maksud:


Firman Allah:[5]
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ


Maksud:Allah `memewasiatkan`dalam hal ehwal anak-anak kamu…..
Wasiat terbahagi kepada dua jenis,wasiat mengenai perbuatan dan wasiat bersangkutan harta (ain atau manfaat).fuqaha` membezakan istilah antara keduanya.Jika berkaitan dengan perlakuan( pewasiat berwasiat kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas selepas kematianya) ia dinamakan `al-Wisoyah` atau `Al-Iiso`,manakala istilah `al-wasiah` lebih merujuk kepada wasiat mengenai harta samada ain atau manfaat.[6]Oleh yang demikian `al-wasiyah` menurut istilah fuqaha` adalah:

`Pemilikan yang disandarkan selepas kematian(wasi) dengan jalan/cara tabbaru` samada pemilikan itu berbentuk ain atau manfaat.`[7]

Dalam Qanun Wasiyat Mesir, wasiat dita`rifkan sebagai: Transaksi/pengendalian terhadap harta peninggalan(tarikah) yang disandarkan selepas kematian.[8]Ta`rifan ini merangkumi segala jenis transaksi yang dikategorikan sebagai wasiat

Pensyariatan Wasiat .
Hukum wasiat adalah dari arahan  Al-Quran(al-Baqarah:170/Al-Nisa`:11) Al-Hadis Riwayat Ibnu Majah(Lihat Nasb al-Rayah:4/399-400)(Nailul Author:6:33) (Sahih Al-Bukhari :No 2533)(Sahih Muslim:No 3074).

Wasiat Wajibah.
Hukum asal berwasiat adalah sunat dan digalakan,menurut jumhur fuqaha` dari mazhab yang empat,ini bermakna ianya tidak diwajibkan keatas seseorang melainkan adanya wasiat untuk melunasi dalam perkara hak Allah dan hak hamba.[9]

Oleh yang demikian apa yang dinamakan sebagia wasiat wajibah `adalah wasiat yang diwajibkan melalui kuatkuasa undang-undang`.Amalan ini(wasiat wajibah) adalah amalan popular di Negara Mesir dan Syria,mereka memasukan beberapa peruntukan undang-undang bagi melaksanakan perkara tersebut.[10]Di Malaysia sehingga kini Cuma negeri Selangor sahaja yang ada proviso mengenai wasiat wajibah[11]

Kertas ini adalah bertujuan untuk mengkaji asas wasiat wajibah dari sudut syarak dan juga undang-undang,serta maqasid al-syariah dari kesan perundangan mengenai hal tersebut.


Asas /Sumber Perundangan Wasiat Wajibah

Dari Al-quran:[12]

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ


Maksud Ayat:
Di wajibkan keatas kamu,apabila  tiba saat kematian(telah ada tanda-tanda kematian),dengan meninggalkan wasiat kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik(mengikut aturan syarak)sebagai satu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa.


Menurut pandangan jumhur.asalnya wasiat adalah diwajibkan keatas kedua ibu bapa,para kerabat,namun kemudian ayat ini dinasakhkan kewajibanya oleh ayat faraid.[13]Pemansuhan ini didasarkan dari keterangan hadis riwayat al-Tirmizi,Ibnu Majah,al-Nasai dari Amru bin Kharijah:
إِنَّ اللَّه قَدْ أَعْطَى كُلّ ذِي حَقّ حَقّه فَلَا وَصِيَّة لِوَارِثٍ

Maksudnya:

That God has given each person his right there is no bequest to an heir.“Sesungguhnya Allah menetapkan hak bagi setiap empunyanya, oleh itu tidak harus berwasiat kepada waris”


Namun begitu sebahagian dari salafusoleh berkata ,pemansuhan kewajiban berwasiat sebagai mana `ayat mawarith`hanya terhad kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang saling mewarisi antara mereka,dan kewajiban berwasiat tersebut masih kekal selain dari itu,seperti kedua ibubapa yang masih kafir.

Kalimah `                      `dalam Surah Al-Baqarah tersebut adalah lebih umum dan merangkumi mereka yang boleh mewaris atau mereka yang tidak boleh mewarisi .Pada asalnya wasiat kepada mereak itu adalah wajib dan kemudian di khususkan oleh ayat mawarith yang mengeluarkan golongan yang saling waris mewarisi,sebagaimana disokong oleh hadis diatas.Maka bagi mereka yang tidakboleh mewarisi,hukum kewajiban wasiat tetap kekal.[14]

Pendapat ini adalah dipelopori oleh Qatadah,Jabir,Ibnu Hazm,al-Tobari,Abi Bakr Bin Abd Aziz,Syed Sabiq dan lain-lain.Pandangan ini begitu popular dikalangan Ulamak kontemporari di Timor Tengah.

Dapat dirumuskan pandangan ulamak dalam pentafsiran diantara kewajipan berwasiat(hukum asal) dan pemasuhan oleh ayat mawarith kemuadianya seperti berikut.

1.         Sebahagian Ulamak menyatakan ayat tersebut mansukh mutlak dengan ayat mawarith.

2.         Ayat tersebut tidak dimansukhkan,dan hukum nya kekal tapi di taqyidkan dengan hukum sunat dan digalakan bukan suatu kewajiban.

3.         Ayat tersebut tidak dimansukhkan,hukum wajib berwasiat kekal samada kepada keraba atau bukan kerabat,samada harta sedikit atau banyak.
4.         Ayat tersbut umum dan di takhsiskan oleh ayat mawarith,oleh yang demikian,kewajiban berwasiat kepada kerabat yang bukan ahli waris(yang berhak pusaka) adalah kekal.[15]

Golongan diwajibkan wasiat(kuatkuasa secara undang-undang).

Kalau merujuk kepada Qanun Wasiat Mesir(Per 76-79).wasiat ini diwajibkan bagi cucu (dari nak lelaki)dan kebawah,dan juga cucu(dari anak perempuan-bagi tobaqat pertama sahaja).Qanun ini juga mewajibkan bagi cabang waris yang meninggal bersama(serentak) ayah dan ibunya dan tidak diketahu siapa yang mati dulu atau kemudian,seperti mati tenggelam,terbakar dan eksiden.Kematian sebegini yang tidak diketahu keadaanya(dulu dan kemudian)menyebabkan tidak dapat ditentukan secara faraidh kepada siapa hendak dibahagikan harta,keadaan begini ada  yang menyebabkan pihak yang tidak mendapat harta tarikah tersebut,maka bagi mengelakan perkara sebegini,proviso wasiat wajibah diperkenalkan.[16]

Syarat-Syarat

Qanun Wasiat Mesir menetapkan syarat seperti berikut:

1.         Hendaklah penerima(wasiat) cabang waris simati(yang tidak menerima bahagian pusaka) jika ahli waris pusaka,tidak berhak sama sekali walaupun sedikit.

2.         Hendaklah bukan dari pemberian  tanpa balasan(     ) seperti hibah,atau wasiat(biasa) atau lain-lainya.[17]

Cara Dan Kadar Pembahagian

Beberapa perkara bersangkutan dengan pembahagian:

i-          Setiap waris asal akan menghijab yang furu`,dan yang waris furu tidak menghijab antara satu sama lain.

ii-         Dikira bahagian setiap waris usul keatas furu` dengan pembahagian secara ta`sib

(Nisbah lelaki dan perempuan 2:1).



..........................perlaksanaan Wasiat Wajibah di Malaysia............akan datang noo.hehehehe.kalau rajinla..




[1] Muhammad al-Syarbini al-Khatib,,Mughni al-Muhtaj Ila Ma`rifah  Maani Alfaz Al-Minhaj lil Nawawi,Maktabah wal Matbaat Mustafa  al-Babi Al-halabi,Cairo,1933M,Juz 3:39.

[2] .Dr Mahmud Bilal Mahran,Ahkam al-Wasiyah Wa Maujiz Ahkam Al-Waqf  Fi  al-Fiqhi Wa Al-Qanun.,Dar Al-Thaqafah Al-Arabiyah,Qaherah,997,m.s 8.

[3] Al-Baqarah: 132.

[4] Al-An`am:151.

[5] Al-Nisa`:11.


[6] Kahtib Syabini,Mughni al-Muhtaj,3:39

[7] Dr Wahbah Al-Zuhaili,Al-Wasoya Wa Al-Waqf Fi  al-Fiqh Al-Islami,Dar Al-Fikr,Damsyiq 1996,ms 12.

[8] Perkara 1,Qanun Wasiat No 71 1946.

[9] Wahbah Al-Zuhaili,Al-Wasoya  Wa Al-Waqf,ms 105.

[10] .Per 76,77,78,79.Qanun Wasiat Mesir 1946/Per 257 Qanun Syria.

[11]  Enakmen Wasiat Orang Islam( Selangor).No 4 Tahun 1999-Seksyen 27.(lihat lampiran 1)
[12] Al-Baqarah:180

[13] Wahbah al-Zuhaili,ms 15.

[14] Dr Nohamad Abu Ela` Khalifah,Ahkam al-Mawarith,Maktabah Dar al-Salam,Cairo 2007,ms 630.
[15] .Dr Mahmud Bilal Mahran,Ahkam Al-Wasiyah,ms215.

[16] Dr Wahbah Al-Zuhaili,Al-Wasoya Wa al-Waqaf.ms107.

[17] Dr Mohamad Baltaji.Fi Al-Mirath Wa Al-Wasiyah,Maktabah Dar Al-Salam,2007,ms119.

Tiada ulasan: