Rabu, 24 Mac 2010

Seloka Orang Nanar-oleh CGM(GG-99)

Salam,

Banyak bendera yang dah koyak
Atas pokok `kekabu`jugak cempedak,
Buat ceramah ramai budak-budak,
Diberi diupah suruh sorak.


Negara kita amal demokrasi,
Ada pengikut  boleh tubuh parti
Pilihanraya kalau orang tak undi
Hilang deposit,tak dapat kerusi.


Kalau tak menang,memanglah kalah
Janganlah pulak kira nak marah,
Tanya sikit dah dik naik darah,
Kan ke semua itu dah takdir Allah?


Yang menang pula dapat kerusi,
Tak lawat kawasan selalu hilangkan diri,
Orang ingat dia dah mati,
Dekat 5 tahun baru timbul kembali.


Masa tu kalut tak tentu hala,
Sat ke timur sat ke utara,
Bila ada kenduri kendara,
Dia dulu pi sua muka.


Waktu tu mungkin dah terlambat,
Kerana ramai orang dah meluat,
Dia pulak fikiaq kira nak lompat
Mula duk himpun kawan yang rapat.


habis pulalah cincin dan subang,
Duk penaik bendera depan dan belakang,
Ugut pulak nak jadi pembangkang,
Tak dapat projek parit dan longkang


Ramai jugak yang makan gaji,
Cukup umur ada pencen lagi,
Tu pun duk hentam kanan dan kiri.
lebih baik berhenti,pi kerja sendiri.


Negara kita ramai yang puji,
Aman makmur,baik ekonomi
Tu pun ramai yang tak sedar diri,
Pemimpin kita kira duk caci.

heheheheh bodek sikit.

Sekadar cetusan idea...........

Bezakan  antara:

Prejudis dan prejudi.
Kreditor dan Kedekutor
Direktor dan Dilentur
Spekulator dan Spekulapor
Kaunselor dan Kaunselar
Diktator dan Diktutur
Prosedur dan Prosedap
Manipulator dan Manipulacur
Akauntan dan Akauntang...

Sila..YB bahaskan saya mohon mencadang....Tq Tuan Speker

7 ulasan:

IKRAB family berkata...

hehehe...wah Tuan praktis bagi hujah dlm bentuk bahasa puitis ye ;).
p.c.

Tanpa Nama berkata...

Rodong, koi teringat zaman pemerintahan Dato Sabarudin Chik...hehe..

:P

TJ berkata...

hehee koi pun sama,ingat sangat org tua tu..tapi rasanya koi dan aok takdan mangkoh dia..heheh

PC..saja je tu

Tanpa Nama berkata...

macamana nak mangkoh dia,nama dgn lambang dia kelabu je.mata ni kenal warna ijaa je.fasal nak masuk tempat ngundi tadi org dah pesan,bubuh warna ijaa.keh,keh,keh.

Tanpa Nama berkata...

macamana nak mangkoh dia,nama dgn lambang dia kelabu je.mata ni kenal warna ijaa je.fasal nak masuk tempat ngundi tadi org dah pesan,bubuh warna ijaa.keh,keh,keh.

tongkatbesi berkata...

susah ni tuan nak bezakan ayat dibawah ni,tapi kawan traylah.prejudis org yg suka bersangka buruk pada org lain.prejudi ni magnum,toto,kuda daun segala jenis judi dia pandai belaka.kreditor.macam bank, along yang sentisa mencari pelanggan.kedekutor.kedekut betul.taik idung masinlah.spekulator.org yang suka buat ramalan penipu mcm leader skim cepat kaya.spekulapor.kaki bodek bos.kaunselor.ramai kat u.kaunselar.kaki komplin,tapi dia lebih teruk lagi.ditaktor.pembangkang selalu bagi nama dkt mantan pm dulu.maksud kurang jelas.diktutur.bunyi mcm burng terkukur je.prosedur.bila wanita jadi bos semua ikut peraturan.jalan belakang no way.prosedap.jangan makan rasuah,bila dah cuba memang sedap.manipulator.fasal duit dia memang pandai mengatur.manipulacur.tuan jawaplah.akauntan.pergi trengganu jangan lupa singah kuantan.akauntang.keh.keh.keh dapat gaji bayar hutang. bab yang last ni tak dapat elak.

TJ berkata...

Tanpa nama...ni kira pekena dek tukang kempen la yerr...


hhahahahaa.

Tahniah...TB-tiket pergi balik bot (motor)ke Padang Tenggala..