Khamis, 8 Oktober 2009

Menjawab Kritikan

Kartika tidak dipenjara seperti banduan(Kosmo hari ini)


KARTIKA bersama suami, Mohamad Affendi ketika menyambut Aidilfitri di Sungai Siput, Perak baru-baru ini.


KUANTAN - "Kartika tidak dipenjara seperti banduan tetapi ditahan sementara sebelum proses hukuman sebat dilaksanakan."(lihat Seskyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah MS Pahang 2002)


Demikian penjelasan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Pahang, Mohd. Azhari Abdul Rahman bagi mengelakkan salah faham mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Kartika Dewi Shukarnor, 32.(lihat tohmahan dari SIS/JAG dan Pandangan dikatakan Pakar Perundangan seperti Shad Faruqi (UITM)dan Ismail Yahya(Ketua Hakim Syarie Terengganu)


Bagaimanapun, Mohd. Azhari menambah, model sambilan pelancongan itu tidak dapat lari daripada dimasukkan ke penjara bagi menjalani penahanan tersebut.(S.125(4) ETTJ Pahang)

"Penahanan terpaksa dibuat ke atas Kartika atau mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi membolehkan proses pemeriksaan kesihatan dijalankan dan seterusnya menjalanai hukuman sebatan


"Ia (penahanan) tidak semestinya enam hari. Kalau hari pertama doktor mengesahkan Kartika boleh menerima enam sebatan itu, dia boleh menjalani hukuman itu sekali gus dan terus dibebaskan selepas itu," katanya.(berkaitan perintah MTS Pahang Penahanan selama 7 hari).Prosedur semasa pesalah berada dipenjara akan ditentukan oleh pihak penjara sendiri.Mak


Dalam pada itu, Mohd. Azhari menyatakan, undang-undang sivil juga ada memperuntukkan penahanan seperti pendekatan yang diambil oleh undang-undang syariah.(lihat Seksyen 286(KAJ) dan Kes Mohd Nor Ibrahim V PP(1997) 2 CLJ Supp 538.


Permohonan penahanan atau semua prosiding berkaiatn bukanlah suatu yang bertujuan perbicaraan baru(semula atau mengubah apa-apa hukuman yang telah diputuskan.)Inaya bertujuan untuk memberi masa yang cukup kepada pihak penjara untuk melaksanakan hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam ETTJS Pahang itu.


Dimana asas yang mengatakan semua ini bertentangan dengan prinsip`functus officio` dan dianggap `double jeorpady`?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhirnya, berakhir juga penantian itu.alaa Tuan, kalau dah depa nak buat bising apa2 asas pun depa boleh gunakan walaupun komen itu tidak berasas. :)
p.c.

Tanpa Nama berkata...

Ada suami rupanya dia ni. Kenapa selama ni ayah dia jer yang bersuara. Suaminya diam ajer.