Khamis, 30 Oktober 2008

Kursus Di Markaz al-Qaumi lildirasat al-Qadhai-Abbasiyyah

Salam,

Sedar tak sedar dah lebih 40 hari berada di Cairo ni,musim piun dah bertukar,dah masuk musim sejuk,angin malam amat dingin,dan siang pun agak mendung dan terkadang hujan sedikit.Pembelajaran di Markaz berjalan lancar.Ilmu Fiqh Muqaran,Qawaid Fiqhiah,Qanun murafaat,Qanun Istbat juga beberapa maddah lain telah bermula rancak.Pensayarah dari Fakulti Syariah Wal Qanun seperti Dr Abd Fattah Idris ,Dr Usamah dan Dr Hilmi,Beberepa Hakim Mahkamah al-Naqd dan Isti`naf juga datang memberi lekcer.Alhamdulillah dapat berdialog tersu dengan mereka yang secara langsung terbabity dalam Institusi Kehakiman di Mesi.

Di Mesir ,Kanun yang diguna pakai adalah asalnya Qanun France,diasan terdapat beberapa hirarki mahlamah,seperti Mahkamah Juziyyah,Mahkamah Ibtidaiyyah,Isti`naf dan Mahkamah al-Naqd/Tamyiz.Sistem pendaftaran terus ke pc dan online telah mula dibangunkan peringkat mahkamah atasan.

Berdasarkan apa yang saya faham,sistem syariah dguna pakai disana sini,termasuklah dalam prinsip qanun istbat,murafaat dan sebagainya,manakala syaraiha dipakai sepenunhnya di Mahkamah Usrah(Qanun al-ahwal- syahsiah).Di Mahkamah Usrah terdapat satu unit (Sulh) dimana kes yang didaftarkan akan dirujuk terlebih dulu disini untuk satu perbincangan bersama.

Jelasnya hanya satu sistem pentadbiran kehakiman disini,dimana dibawahnya berbagai mahkamah termasuklah apa yang disebut.

Kehidupan di Kota Kaherah.

lalulintas yang zahmah,berdebu dan sistem yang agak kelamkabut,namun situla terdapat kelainan dan meyeronokkan.Duk menyewa di Presint 7(Hayyu Sabi`)berhampiran dengan Maktabah Dar al-Salam(furu`),memberi kelibihan untuk melihat kitab-kitab dan membelinya sebab harga murah sangat.Dari sana ke Markaz naik bas axi atau eltramco dengan tambang sekitar 1 gunaih wa nus atau serubu~heheheheh antara 50 sen ke 1 RM,perjalanan sekitar 10 ke 15 minit je.

Makan? ma fis muskilah-Arau Cafe ada,RSK ada,Res Pattani ada,dan makanan Arab pun ok.Terkadan sekali sekali lepak di Assyir(rumah tamu),Apam Balik ada,Nasi Lemak ada,roti canai pun ada heheeh.

Alhamdulillah sekitar cairo ni dah pergi belaka dah,ahram,abu hol,Qaaah Sallahuddin,langsung ke Alex, Port Said,Tonta,alfayyoum,Istana qarun dan dalam proses nak gi Sinai,Sarmu Syeikh dan Dahab.heheh

Kerinduan pada Malaysia tetap menyala dan tak sabar nak balik.kengkawan di Malaysia doakan kami disini semunya selamat dan sihat.Adios.

hayyu Asyir-29/10/08.6.35 pm.

4 ulasan:

INTAN RH berkata...

alhamdulillah bos selamat dan dpt mkn roti canai serta nasi lemak :)
cuma mgkin rindu nak mkn ikan patin je :P

IKRAB family berkata...

All the best to you, Tuan Tamar.Glad to hear good news from Cairo.Salam to tuang wang.Jadi ke gi Syria?

TMAAR_H66 berkata...

Intan,

Ikan Bury ada ganti ikan patin.

PC,

Nampak gaya tak sempat gi sana tu

IKRAB family berkata...

Tuan, klu jadi gi syria hati2 ye,sana dah berbom2 ni.Ohye koi aritu silap bgtau pasal sekolah bhasa arab kat sana tu,actually sekolah ma'had abu nur..mmg terkenal la tuk subjek b.arab.Tuan masih duk tempat asrama yg sama ke?Insya-Alah sbht kita sorang tu klu jadi katanya nak ke cairo january thn dpn ganti tak jadi g hari tu, dpt le jumpa tuan kat sana.All the best. :)