Rabu, 20 Ogos 2008

Pernikahan Di Selatan Thai(5)

Wali Muhakkam(Tahkim) Dalam Perbincangan Fuqaha`

Wali Hakim sebagaimana kita maklum adalah mereka yang dilantik oleh pemerintah@ badan yang diberi kuasa mengendalikan urusan umat Islam.Manakala wali tahkim ialah wali yang dilantik oleh pasangan tersebut untuk menikahkah mereka.Bagaimana perbahasan ulamak dalam hal ini?.

Fuqaha` aliran Syafieyah bersepakat bahawa jika dalam keadaan wali nasab masih ada dan mempunyai keahlian(kompeten),maka wali itulah yang berhak mengahwinkan wanita yang berada dibawah kekuasaanya.apabila wali hilang(mafqud) tidak diketahui hidup atau mati atau walinya itu enggan(udul) sedangkan pasangan lelakinya setara(kufu) dan kenggananya itu tanpa sebab,atau wali itu ghaib dalam jarak minima 90 km.Maka kuasa aqad nikah berpindah kepada wali hakim .

Mereka(fuqaha` syafieyah) sepakat,wanita yang tidak mempunyai wali nasab dan lainya(sama sebab diatas) dan berada dinegara yang tidak ada peraturan/institusi Islam,perkahwinan hendaklah dilakukan oleh wali muhakkam(tahkim) yang adil dan dilantik oleh pasangan tersebut.

Persoalan yang timbul dan berkaitan dengan isu ini,bolehkah wanita tersebut dikahwinkan oleh wali muhakkam sedangkan tempat itu terdapat wali hakim/kadi(ada institusi agama),sama ada dalam kes wali ghaib @ wali mafqud?

Wali Mafqud-

Pendapat pertama:Tahkim(bernikah dengan wali muhakkam) boleh dan dibenarkan dengan syarat wali muhakkam itu mempunyai syarat dan kelayakan yg setara dengan kadi-Pendapat Ibnu hajar al-Haithami/Zakariya al-Ansari

Pendapat kedua:tidak dibenarkan sama sekali-Imam al-Nawawi.

Wali Ghaib.

1.Jumhur Ulamak (syafieyah)-Tidak harus bernikah dengan wali tahkim sedangkan wujud disana wali hakim/kadi.

2.Pandagan Minoriti-Dibenarkan bertahkim-pandangan Ibnu Imad.
Imam al-azraie menolak pandangan ini dengan menyatakan-pandangan Ibnu Imad adalah pandangan yang jauh dari mazhab,dan nas secara nyata menyebut-Sultan(atau wakilnya) adalah wali bagi yang tiada wali baginya.

(Rujuk Buku Risalah al-Ahkam-Ustaz(Dato`) Salleh Hj Ahmad).

So buatlah pertimbangan yang tepat sebelum melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi agama juga diri dan masyarakat lebih-labih lagi keadaan sekarang bukan wali yang ghaib tapi pasangan melarikan diri dari wali-ni jauh lebih teruk keadaanya.

Bagi mereka yang masih nak kesana dan bercadang juga nak bernikah dapatkan senarai wali hakin yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam-Narathiwat/Yala/Pattani bagi lantikan tahun 2006-2011.

Pattani ada 14 orang wali hakim yang diberi tauliah.Yala 6 dan Narathiwat ada 31 orang

Wallahu A`lam.

Tiada ulasan: