Jumaat, 19 Disember 2008

Isnin, 17 November 2008

Khamis, 13 November 2008

Zaman Peradaban Islam Di Mesir.

Orang Qibti memberi nama Mesir sebagai Kemy dan Takemy yang bererti tanah hitam,sebagai sombol kesuburan tanah dibumi Mesir.Di zaman Firaun istilah Mesir paling kuno ialah Tawey yang bermakna dua tanah,kerana dari segi kedudukan geografinya Mesir terbahagi kepada tanah tinggi dan laut(ardh shaid/ardh wajh albahr).Sungai Nil yang terbentang panjang memberaikan sumber air yang mencukupi bagi bumi Mesir.Mishr dalam Bahasa Semit pula memberi makna batas.dalam KItab taurah ada disebut sebagai mashur dan mesrayem,juga disebut Yaory Mashur berti Nil Mesir dan Iris Mesrayem iaitu tanah Mesir.allah swtr dalam al-Quran menyebut 4 kali kalimah Mishr,manakal perkataan Mesir adalah sebutan lidah melayu nusantara hehhe.

Permulaan peradaban Islam di Mesir ialah ketika Zaman Pemerintahan Saidina Omar al-Khattab(Khalifah yang kedua),,dimanapada musim sejuk pada tahun 639m,Akmru bin Al-Ash berjaya memasuki Mesir dari Syria(Suria).Khalifah Omar yang telah mengarahkan pasukan tentera Islam melawan dua kuasa besar iaitu Parsi di Timur serta Byzantium di barat.Amru mula masuk dan menduduki Pelusium selama 6 bulan dan masuk ke Babilon serta kemudianya mengalahkan Byzantium di Heliopolis pada bulan JUlai tahun 640m.Akhirnya Heraclius menyerah pada April 641m.Pasukan Islam memasuki Mesir denagn damai dan diterima oleh masyarakat ketika itu majoritinya ialah Kristian Coptic dan minoroti dari golongan Yahudi.Pusat pemerintahan didirikan di Fustat denagn arahan terus dari Khalifah di Madinah.Kemudianya dibawah pemerintahan Umawiyyah dan Abbasiah,dengan 80 orang gabnor dilantik sepanjang tempoh tersebut.

Dinasti Thouloniah.(868-905M)



....sambungan.


Catatan:pakar sejarah luar sana perbetulkanlah kalau ada fakta silap...ni main tulis je dari ebberapa sumber yang ada.

Ahad, 9 November 2008

Kota-Kota (bandar-bandar) Besar di Mesir.

salam,

1.Kaherah (Ibu Negara Egypt).

2.Giza.(7km dari Kaherah)-Al-Ahram,Abu Hol.

3.Iskandariah(225km)Di persisiran Bahr Mutawassit)/Makam Nabi Daniel

4.Ismailiyyah.(140km)(terusan Suez)

5.Fayyoum (103)-Tasik Qarun/Istana Tenggelam Qarun.

6.port Said(220km)-Pelabuhan.Free Duty Zone.

7.Luxor(721km).Monumen peninggalan Firaun

8.Aswan(1202).Empangan Aswan

9.Tanta(93km).

10.Mansoura(126km)

11.Bani Suef (121km)

12.Sharm Al-Syeikh(545km)-Tempat Peranginan/meeting Ketua-Ketua Negara

13.Suez(134km)-Terusan

14.Dimyat(198km)-Tempat pertemuan dua laut/Pertemuan Nabi Musa dan Khidir

15.Hurgada(529km)

Sinai

Bukit Thursina.
Hammam Firaun.
Hammam Cleopatra
Kubu tentera Mesir menentang Israel.
Tempat Nabi Musa menerima wahyu.
Perkampungan Nabi Ilyas.

Khamis, 6 November 2008

Sejarah Bumi Mesir

Salam,

Nak habaq sat tentang Mesir ni dari dulu sampai la ni.heheh

Sejarah peradaban Mesir bermula sejak tahun 3200SM boleh dibahagikan kepada lima period.

Pharaonic(3200-332SM) 30 Dinasti.

Tahun 2628-2609 SM-Piramid Sakhara didirikan.
Tahun 2549-2526 SM-Piramid Cheop
Tahun 2518-2493 SM-Piramid Chevren
Tahun 2488-2460 SM-Piramid Menkaura.
Tahun 1391-1353 SM-Temple Luxor.

Helenistic(332-30SM)

Tahun 3323 SM,Kota Iskandariah dibangunkan.
Tahun 282-246 SM,Pharaos Light House didirikan.

Coptic(30 SM-642M)

Islamic(642 M-1914M)

Dinasti Tholouniah-868-905m(254-292h)
Dinasti Ikhsid-935m-969m)
Dinasti Fathimiyah-969m-1171m.
al-azhar Univ dididrikan pada 972m)
Dinasti Ayyubiah-1171-1250.
Dinasti mamalik 1250m-1517m
Dinasti Osmani 1517m-1914m.
(Terusan Suez dibuka pada 17 Nov 1869).


Egypt-(1914-sekarang)




.............sambung

Khamis, 30 Oktober 2008

Kursus Di Markaz al-Qaumi lildirasat al-Qadhai-Abbasiyyah

Salam,

Sedar tak sedar dah lebih 40 hari berada di Cairo ni,musim piun dah bertukar,dah masuk musim sejuk,angin malam amat dingin,dan siang pun agak mendung dan terkadang hujan sedikit.Pembelajaran di Markaz berjalan lancar.Ilmu Fiqh Muqaran,Qawaid Fiqhiah,Qanun murafaat,Qanun Istbat juga beberapa maddah lain telah bermula rancak.Pensayarah dari Fakulti Syariah Wal Qanun seperti Dr Abd Fattah Idris ,Dr Usamah dan Dr Hilmi,Beberepa Hakim Mahkamah al-Naqd dan Isti`naf juga datang memberi lekcer.Alhamdulillah dapat berdialog tersu dengan mereka yang secara langsung terbabity dalam Institusi Kehakiman di Mesi.

Di Mesir ,Kanun yang diguna pakai adalah asalnya Qanun France,diasan terdapat beberapa hirarki mahlamah,seperti Mahkamah Juziyyah,Mahkamah Ibtidaiyyah,Isti`naf dan Mahkamah al-Naqd/Tamyiz.Sistem pendaftaran terus ke pc dan online telah mula dibangunkan peringkat mahkamah atasan.

Berdasarkan apa yang saya faham,sistem syariah dguna pakai disana sini,termasuklah dalam prinsip qanun istbat,murafaat dan sebagainya,manakala syaraiha dipakai sepenunhnya di Mahkamah Usrah(Qanun al-ahwal- syahsiah).Di Mahkamah Usrah terdapat satu unit (Sulh) dimana kes yang didaftarkan akan dirujuk terlebih dulu disini untuk satu perbincangan bersama.

Jelasnya hanya satu sistem pentadbiran kehakiman disini,dimana dibawahnya berbagai mahkamah termasuklah apa yang disebut.

Kehidupan di Kota Kaherah.

lalulintas yang zahmah,berdebu dan sistem yang agak kelamkabut,namun situla terdapat kelainan dan meyeronokkan.Duk menyewa di Presint 7(Hayyu Sabi`)berhampiran dengan Maktabah Dar al-Salam(furu`),memberi kelibihan untuk melihat kitab-kitab dan membelinya sebab harga murah sangat.Dari sana ke Markaz naik bas axi atau eltramco dengan tambang sekitar 1 gunaih wa nus atau serubu~heheheheh antara 50 sen ke 1 RM,perjalanan sekitar 10 ke 15 minit je.

Makan? ma fis muskilah-Arau Cafe ada,RSK ada,Res Pattani ada,dan makanan Arab pun ok.Terkadan sekali sekali lepak di Assyir(rumah tamu),Apam Balik ada,Nasi Lemak ada,roti canai pun ada heheeh.

Alhamdulillah sekitar cairo ni dah pergi belaka dah,ahram,abu hol,Qaaah Sallahuddin,langsung ke Alex, Port Said,Tonta,alfayyoum,Istana qarun dan dalam proses nak gi Sinai,Sarmu Syeikh dan Dahab.heheh

Kerinduan pada Malaysia tetap menyala dan tak sabar nak balik.kengkawan di Malaysia doakan kami disini semunya selamat dan sihat.Adios.

hayyu Asyir-29/10/08.6.35 pm.

Sabtu, 27 September 2008

Salam Syawal Dari Cairo

Assalamualaikum,

Masa berlalu tanpa disedari,sudah hampir dua minggu kau kat sini,bermandi debu dan cuba memahami kerenah yang bukan mudah nak ditangani.Bermula dari Kuantan jam 6.30 pm bertolak dan sampai tepat waktu bebuka pusa di KLIA.Ja, 12 tepat bertolak ke Cairo setelah transit 2 jam di Bombay,INsyaAllah sampai di Cairo jam 6.30 am.waktu tempatan.Perjalanan dalam bulan ramadhan yang begitu lama dan memenatkan.

Ditempatkan di Presint 10,rumah pelajar Terengganu(sementara waktu).Dan hari ini telah berpindah rumah ke Presint 7,rumah sewa yang sewnya 3500 LE Mersir(RM2500).Pelajaran Bahasa Arab telah bermula namun,kursuus sebenar ditangguhkan selepas Eid mubarak nanti.Rupanya tok arab ni tak belajar dan mengajar time pose ni.Jadualnya siang hari bermula jam 11 kelas pastu ronda2,pastu berbuka,dan berjaga hingga subuh(jam 4) pastu tidur hinggalah jam 10 am hahahahahha.Makanan?sama cam duk malaysia,nampaknya harapan nak nipiskan badan telah gagal sama sekali.


Tak dapek nak cerita panjang lagi ni.Cuma nak ucap Eid mubarak,Selamat Hari Raya kepada semua Maaf Zahir dan Batin........minal aiidin wal faizin-kullu am wantum bikhair.............

Ahad, 14 September 2008

Mnyepi Seketika

Salam,

Piala Taqwa

Selamat berpuasa dan sterusnya 1 Syawal bakal menjelang tiba.Mudahan puasa tahun ini lebih baik dari yang lepas dan dalam mengejar piala taqwa InsyaAllah.Setakat separuh masa pertama Ramadhan,bagaimana agaknya? 2-0,1-0,2-2 atau tewas 10-0?,takpe separuh masa kedua akan bermula,dan biasanya saat akhir nanti boleh usaha sedaya mungkin,mungkin jaringan emas 27 Ramadhan akan membuatkan julangan Piala Taqwa dapat diperolihi pada Ramadhan ini.Apapun kalau la jenis separuh masa kedua baru nak usaha,sebelum ramadhan turun padang pun malas,masuk ramadhan turun padang jugak tapi turun padang setakat bazar(dibaca:bazir) ramadhan je,tak nampak gaya dapat jaringan emas apatahlagi nak gondol piala taqwa.heheheh.Ramadhan Kariim.

Sepi seketika

Blog ini agak sepi seketika(sememangnya dah sepi pun),tuan punya blog kena beraya jauh kali ni,InsyaAllah.4 bulan? alah kejap je,120 hari je la.Tolak naik cruise,train, mandi kat Alexand-tinggalah beberpa hari ke hahahah.InsyaAllah malam esok jam 1145,akan berelepas Cairo untk satu misi khas,misis ini bukanlah misi mengejar MP ajak lompat parti apatahlagi nak tengok cara menanam sayur,tidak sekali kali,tapi bagi menghadiri satu al-Daurah al-Tadribiyah lil qadhai-di Dar-al-Qadha` Ain Syam.

Sedih? sudah pasti bagi yang berjiwa normal,meninggalkan anak-anak masih kecil,ibu dan yang keliatan uzur sudah pasti sering datang dalam fikiran.Lebih sadis lagi musim akan datang musim hujan,banjir dan musim persekolahan,anak sulung pulak bakal memasuki Ting 1@ remove class.Isteri lak langsung histeria bila tgk stereng kereta,mahu tak mahu adalah yang jadi mangsa kena bawa diaorang kesana sini.Apa nak buat.

Harapan

Harapan suapaya doa kengkawan mengirinagn setiap langkah,keselamatan pergi dan balik juga bagi mereka yang tinggal.Kesihatan yang berkekalan,dijauhkan dari sebarang bencana,fitnah juga sebarang apa jua kesusahan.Mudahan kita bertemu dilain siaran dan dalam keadaan ebih ceria. InsyaAllah


Ucapan.

Akhir Kalam,ucapan Selamat berpuasa dan menyambut syawal tanda kemenangan dnegan iringan doa minal aaidiin wal faiziin ,kullu am waantum bi khair,taqabbalallahu mina wa minkum .Maaf zahir dan batin.

Adios.

Sabtu, 6 September 2008

Penantian Suatu Penyiksaan?

Benarkah ungkapan tersebut?kenapa tak gunakan perkataan tunggu?takut kut kalau akhirnya disebut penunggu adalah satu penyiksaan heheheh.Dah 6 hari kita berpuasa yerr,korang puasa ke hari ni? Actually(heheh omputeh sikit)manusia sebenarnya sinonim dengan menanti atau penantian ni,kita sesntiasa dalam keadaan menanti.Takde benda dalam hidup ni kita tak kena nanti-cuba korang renung-renungkan.Tup-tup kita ada kat dunia,benda tu la(penantian) yang kita hadapi.Bermula kita menangis menanti mak kita berhenti bersembang dengan jiran sebelah untuk menyuapkan susu ke mulut,hinggalah menanti waktu masuk sekolah,menanti bila nak berkhatan sehinggalah menanti cikgu masuk kelas,menanti hari peperiksaan,hari keputusan peperiksaan,menanti orang masuk meminang,menanti saat naik pelamin,menanti saat nak melahirkan anak hinggalah menanti saat nak diajak kekubur.

Dan selepas matipun,kita akan terus menanti,samada bermula menanti soalan kubur,mananti saat bila nak dibangkitkan atau menanti sanak sedara yang masih hidup mendoakan kita atau sekurangnya datang bersihkan tanah kubur.

Apakah kerana setiap detik adalah penantian-yela kalau nak pergi kerja bermula dari tunggu bas hinggala ke nak punch punchkad,sampailah balik nanti-asyik menanti je,dari itulah gamaknya wujudnya ungkapan `penantian adalah suatu penyiksaan`.

Soalnya benarkah begitu?siksa ke keje menanti ni?perit sangatkan rasanya? cuba fikir2 dan imbas balik.kalau dah siap fikir tu apa kata kalau kita sepakat tukar-penantian itu sangat indah` bolehke? jom kita tengok.

Dek kerana bulan pose ni kita tak berapa banyak pakai otak(sebab ada kepercayaan menyatakan tanpa makan otak kita takde power-hehehe),meh kita fikirkan bersama hal ni,faedahnya mungkin takde,tapi takpelah,dah jenis cap orang kita ni buat kerje tak berfaedah ni adalah suatu hobi yang menyeronokan..hahahah.

Baik,la ni kita berpuasa.cuba bayangkan kita semua boleh berbuka pose bebila masa pun,pas zohor,asar hatta pas sembahyang subuh pun kita boleh balun apa yang kita nak.Gitu juga raya,semua dari kita boleh beraya bila-bila masa yang kita suka,tanpa kira bula,hari atau waktu.Pendek kata pas je balik sekolah kita berasa nak beraya,kita boleh beraya,boleh pakai baju melayu,siap sampin bersongkok pastu gi ziarah merata,ada berani?Percaya atau tidak tanyalah pada sesiapaun hatta Almad Albab pun,jawapanya -tak seronok takde thrill dan pose juga raya takan beri apa-apa makna.

Seterusnya mari kita angankan kita berkerja tanpa perlu tunggu hari gaji,malah baru je niat nak keje,jolok kat bank duit gaji dah masuk.atau kita fkirkan sebaliknya,bernatian keje gaji satu sen pun tak dapa,penoreh getah hari-hari menoreh,tapi susu setitikpun tak keluar,tapi gi juga noreh sekadar suka-suka ambil angin segar dalam kebun getah.Pejerja tak perlu lagi balik keje ikut `time` boleh belah beila masa yang dia suke,yela,keje pun bukanya ada gaji.

bayangkan juga sebagai isteri,anda tak perlu menanti suami pulang kerumah,mak bapak tak perlu tunggu anak balik,pekedai tak payah tunggu pelanggan,mamak roti canai main tebarn je roti,pastu biarlah camtu,petani pesawah tak perlu menanti hasil tanaman berbuah............seronok ka camtu?

Tak seronokkkk kan? so dimana salahnya penantian ni?kita seronok berpuasa sebab dalam puasa tu ada penantian-waktu berbuka puasa.Kita kecapi keseronokan berhari raya kerana hanya 1 syawal dan 10 zulhijjah je kita beraya.Kalau beraya hari lain kena pelangkong la jawabnya.Seronoknya nya bercinta kerana kan menanti saatnya dijibakabulkan.Jadi atas rasinal apakah kita menganggap penantian suatu yang menyiksakan?sedangkan masa yang sama kita kita menyedari hidup ini seronok kerana adanya penantian.

Sebenarnya kerana anggapan songsang kita tu la,telah mengajar kita kepada sikap gelojoh,tak sabar dan lekas marah dan tak tahan diuji.Asal kena tunggu sikit mulalah tarik muka dua tiga ekar.Kalaulah kita melihat penantian itu sebagai suatu nikmat dengan sendirinya keseronokan akan datang,Taklah lagi menanti waktu berbuka puasa dengan muka mengalahkan lanun teluk eden lagi.Kita jugak takkan tergamak berbuka pose tengah hari buta dan sekaligus taklah menjadi seperti beruk yang mana bulan pose dan bulan tak pose dua kali lima je.hehehheheeh

Olahan semula dari tulisan Mansasau (GG)

Ahad, 31 Ogos 2008

Ramadhan Kareem

Salam,

Umat Islam seluruh dunia termasuklah di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan mulai esok(?) InsyaAllah.

Di bawah ini disertakan tulisan Dr M. Quraish Shihab..

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, kata "marhaban" diartikan sebagai "kata seru untuk menyambut atau menghormati tamu (yang berarti selamat datang)." Ia sama dengan ahlan wa sahlan yang juga dalam kamus tersebut diartikan "selamat datang."

Walaupun keduanya berarti "selamat datang" tetapi penggunaannya berbeda. Para ulama tidak menggunakan ahlan wasahlan untuk menyambut datangnya bulan Ramadhan, melainkan "marhaban ya Ramadhan". Ahlan terambil dari kata ahl yang berarti "keluarga", sedangkan sahlan berasal dari kata sahl yang berarti mudah.Juga berarti "dataran rendah" karena mudah dilalui, tidak seperti "jalan mendaki". Ahlan wa sahlan, adalah ungkapanselamat datang, yang dicelahnya terdapat kalimat tersirat yaitu, "(Anda berada di tengah) keluarga dan (melangkaLkar1kaki di) dataran rendah yang mudah." Marhaban terambil dari kata rahb yang berarti "luas" atau lapang", sehingga marhaban menggambarkan bahwa tamu disambutdan diterima dengan dada lapang, penuh kegembiraan serta dipersiapkan baginya ruang yang luas untuk melakukan apa sajayang diinginkannya.

Dari akar kata yang sama dengan "marhaban", terbentuk kata rahbat yang antara lain berarti"ruangan luas untuk kendaraan, untuk memperoleh perbaikan atau kebutuhan pengendara guna melanjutkan perjalanan." Marhaban yaRamadhan berarti "Selamat datang Ramadhan" mengandung arti bahwa kita menyambutnya dengan lapang dada, penuh kegembiraan;tidak dengan menggerutu dan menganggap kehadirannya "mengganggu ketenangan" atau suasana nyaman kita. Marhaban ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuhguna melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT. Ada gunung yang tinggi yang harus ditelusuri guna menemui-Nya, itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam, belukaryang lebat, bahkan banyak perampok yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak melanjutkan. Bertambahtinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekadtetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu, akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampaktempat-tempat indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akanditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya, Allah Swt. Demikian kurang lebih perjalanan itu dilukiskan dalam buku Madarij As-Salikin.

Tentu kita perlu mempersiapkan bekal guna menelusuri jalan itu. Tahukah Anda apakah bekal itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di lahan jiwa kita. Tekad yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara. Semoga kita berhasil, dan untuk itu mari kita buka lembaran Al-Quran mempelajari bagaimana tuntunannya.

PUASA MENURUT AL-QURAN

Al-Quran menggunakan kata shiyam sebanyak delapan kali, kesemuanya dalam arti puasa menurut pengertian hukum syariat.Sekali Al-Quran juga menggunakan kata shaum, tetapi maknanya adalah menahan diri untuk tidak bebicara: Sesungguhnya Aku bernazar puasa (shauman), maka hari ini aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun (QS Maryam [19]: 26). Demikian ucapan Maryam a.s. yang diajarkan oleh malaikat Jibril ketika ada yang mempertanyakan tentang kelahiran anaknya (Isa a.s.). Kata ini juga terdapat masing-masing sekali dalam bentuk perintah berpuasa di bulan Ramadhan,sekali dalam bentuk kata kerja yang menyatakan bahwa "berpuasa adalah baik untuk kamu", dan sekali menunjuk kepada pelaku-pelaku puasa pria dan wanita, yaitu ash-shaimin wash-shaimat. Kata-kata yang beraneka bentuk itu, kesemuanya terambil dari akar kata yang sama yakni sha-wa-ma yang dari segi bahasa maknanya berkisar pada "menahan" dan "berhenti atau "tidak bergerak". Kuda yang berhenti berjalan dinamai faras shaim.Manusia yang berupaya menahan diri dari satu aktivitas --apa pun aktivitas itu-- dinamai shaim (berpuasa). Pengertian kebahasaan ini, dipersempit maknanya oleh hukum syariat, sehingga shiyam hanya digunakan untuk "menahan diri dar makan,minum, dan upaya mengeluarkan sperma dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari". Kaum sufi, merujuk ke hakikat dan tujuan puasa, menambahkan kegiatan yang harus dibatasi selama melakukan puasa. Ini mencakup pembatasan atas seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran dari melakukan segala macam dosa. Betapa pun, shiyam atau shaum --bagi manusia-- pada hakikatnya adalah menahan atau mengendalikan diri. Karena itu pula puasa di persamakan dengan sikap sabar, baik dari segi pengertian bahasa (keduanya berarti menahan diri) maupun esensi kesabaran dan puasa. Hadis qudsi yang menyatakan antara lain bahwa, "Puasa untuk-Ku, dan Aku yang memberinya ganjaran" dipersamakan oleh banyak ulama dengan firman-Nya dalam surat Az-Zumar (39): 10. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas. Orang sabar yang dimaksud di sini adalah orang yang berpuasa.

Ada beberapa jenis puasa dalam pengertian syariat/hukum sebagaimana disinggung di atas.

1. Puasa wajib sebutan Ramadhan.
2. Puasa kaffarat, akibat pelanggaran, atau semacamnya.
3. Puasa sunnah.


Tulisan ini akan membatasi uraian pada hal-hal yang berkisar pada puasa bulan Ramadhan. PUASA RAMADHAN Uraian Al-Quran tentang puasa Ramadhan, ditemukan dalam surat Al-Baqarah (2): 183, 184, 185, dan 187. Ini berarti bahwa puasa Ramadhan baru diwajibkan setelah Nabi Saw. tiba di Madinah, karena ulama Al-Quran sepakat bahwa surat A1-Baqarah turun di Madinah. Para sejarawan menyatakan bahwa kewajiban melaksanakan puasa Ramadhan ditetapkan Allah pada 10 Sya'ban tahun kedua Hijrah. Apakah kewajiban itu langsung ditetapkan oleh Al-Quran selama Sebutan penuh, ataukah bertahap? Kalau melihat sikap Al-Quran yang seringkali melakukan penahapan dalam perintah- perintahnya, maka agaknya kewajiban berpuasa pun dapat dikatakan demikian. Ayat 184 yang menyatakan `ayyaman ma'dudat` ( beberapa hari tertentu) difahami oleh sementara ulama sebagai tiga hari dalam sebutan yang merupakan tahap awal dari kewajiban berpuasa. Hari-hari tersebut kemudian diperpanjang dengan turunnya ayat 185: Barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu (Ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa (selama bulan itu), dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka wajib baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkannya. Pemahaman semacam ini menjadikan ayat-ayat puasa Ramadhan terputus-putus tidak menjadi satu kesatuan.

Merujuk kepada ketiga ayat puasa Ramadhan sebagai satu kesatuan, penulis lebih cenderung mendukung pendapat ulama yang menyatakan bahwa Al-Quran mewajibkannya tanpa penahapan. Memang, tidak mustahil bahwa Nabi dan sahabatnya telah melakukan puasa sunnah sebelumnya. Namun itu bukan kewajiban dari Al-Quran, apalagi tidak ditemukan satu ayat pun yang berbicara tentang puasa sunnah tertentu. Uraian Al-Quran tentang kewajiban puasa di bulan Ramadhan, dimulai dengan satu pendahuluan yang mendorong umat isla muntuk melaksanakannya dengan baik, tanpa sedikit kekesalan pun. Perhatikan surat Al-Baqarah (2): 185. ia dimulai dengan panggilan mesra, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkankepada kamu berpuasa." Di sini tidak dijelaskan siapa yang mewajibkan, belum juga dijelaskan berapa kewajiban puasa itu,tetapi terlebih dahulu dikemukakan bahwa, "sebagaimana diwajibkan terhadap umat-umat sebelum kamu." Jika demikian,maka wajar pula jika umat Islam melaksanakannya, apalagi tujuan puasa tersebut adalah untuk kepentingan yang berpuasa sendiri yakni "agar kamu bertakwa (terhindar dari siksa)." Kemudian Al-Quran dalam surat A1-Baqarah (2): 186 menjelaskan bahwa kewajiban itu bukannya sepanjang tahun, tetapi hanya"beberapa hari tertentu," itu pun hanya diwajibkan bagi yang berada di kampung halaman tempat tinggalnya, dan dalam keadaan sehat, sehingga "barangsiapa sakit atau dalam perjalanan," maka dia (boleh) tidak berpuasa dan menghitung berapa hari iatidak berpuasa untuk digantikannya pada hari-hari yang lain. Sedang yang merasa sangat berat berpuasa, maka (sebagai gantinya) dia harus membayar fidyah, yaitu memberi makan seorang miskin." Penjelasan di atas ditutup dengan pernyataanbahwa "berpuasa adalah baik." Setelah itu disusul dengan penjelasan tentang keistimewaan bulan Ramadhan, dan dari sini datang perintah-Nya untuk berpuasa pada bulan tersebut, tetapi kembali diingatkan bahwa orang yang sakit dan dalam perjalanan (boleh) tidak berpuasa dengan memberikan penegasan mengenai peraturan berpuasa sebagaimana disebut sebelumnya. Ayat tentang kewajiban puasa Ramadhan ditutup dengan "Allah menghendaki kemudahan untuk kamu bukan kesulitan," lalu diakhiri dengan perintah bertakbir dan bersyukur. Ayat 186 tidak berbicara tentang puasa, tetapi tentang doa.

Penempatan uraian tentang doa atau penyisipannyadalam uraian Al-Quran tentang puasa tentu mempunyai rahsia tersendiri. Agaknya ia mengisyaratkan bahwa berdoa di bulan Ramadhan merupakan ibadah yang sangat dianjurkan, dan karena itu ayat tersebut menegaskan bahwa "Allah dekat kepada hamba-hamba-Nya dan menerima doa siapa yang berdoa."

Isnin, 25 Ogos 2008

Seminar Ulamak/Persidangan Pegawai Syariah Se Malaysia Kali ke 10

Salam,

Nampaknya 2 acara besar menjelangnya keadatangan Ramadhan.

Seminar Ulamak Negeri Pahang-25-26 Ogos 2008.
Venue -Dewan Utama MS Garden HOtel.
Isu mengenai Agama/Ketuanan Melayu/Masa depan Negara.
Di rasmikan pagi tadi oleh KBDYTM Tengku Mahkota Pahang.
Sebelah petangnya bermula pembentangan ucap utama dan kertas kerja 1-hangat jugak hingga berlarutan ke pukul 5 lebih baru bersurai.
Peserta diberi kurma Yusuf Tayyob/beg seminar dan sehelai sejadah dan sahadah al-musyarakah.Tq MUIP

Jurukamera yang kehulu ke hilir tu(Abuadif) meh sini gambar nak upload kat blog ni.

Besok 2 kertas lagi serta forum-alamak tak dapat nak hadir kerana ada satu lagi event di ILSAS Bangi.

Untuk teman-teman di Kuantan-selamat meneruskan seminar dan jangan perasan lak dah jadi ulamak kerana dijemput hadir seminar tu hehehe.

Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Se Malaysia kali ke 10. 26-28/08/08 pastu sambung lagi hari Jumaat meeting di Pt/Jaya kwang kwang kwang

Selamat datang dan selamat bersidang untuk semua PS di seluruh Malaysia-jangan ngulor tahu dan hadir meeting pemilihan exco baru PPSM,aku dah pegang 3 penggal tu,tak larat wehh

Marhaban Ya Ramadhan

Rabu, 20 Ogos 2008

Pernikahan Di Selatan Thai(5)

Wali Muhakkam(Tahkim) Dalam Perbincangan Fuqaha`

Wali Hakim sebagaimana kita maklum adalah mereka yang dilantik oleh pemerintah@ badan yang diberi kuasa mengendalikan urusan umat Islam.Manakala wali tahkim ialah wali yang dilantik oleh pasangan tersebut untuk menikahkah mereka.Bagaimana perbahasan ulamak dalam hal ini?.

Fuqaha` aliran Syafieyah bersepakat bahawa jika dalam keadaan wali nasab masih ada dan mempunyai keahlian(kompeten),maka wali itulah yang berhak mengahwinkan wanita yang berada dibawah kekuasaanya.apabila wali hilang(mafqud) tidak diketahui hidup atau mati atau walinya itu enggan(udul) sedangkan pasangan lelakinya setara(kufu) dan kenggananya itu tanpa sebab,atau wali itu ghaib dalam jarak minima 90 km.Maka kuasa aqad nikah berpindah kepada wali hakim .

Mereka(fuqaha` syafieyah) sepakat,wanita yang tidak mempunyai wali nasab dan lainya(sama sebab diatas) dan berada dinegara yang tidak ada peraturan/institusi Islam,perkahwinan hendaklah dilakukan oleh wali muhakkam(tahkim) yang adil dan dilantik oleh pasangan tersebut.

Persoalan yang timbul dan berkaitan dengan isu ini,bolehkah wanita tersebut dikahwinkan oleh wali muhakkam sedangkan tempat itu terdapat wali hakim/kadi(ada institusi agama),sama ada dalam kes wali ghaib @ wali mafqud?

Wali Mafqud-

Pendapat pertama:Tahkim(bernikah dengan wali muhakkam) boleh dan dibenarkan dengan syarat wali muhakkam itu mempunyai syarat dan kelayakan yg setara dengan kadi-Pendapat Ibnu hajar al-Haithami/Zakariya al-Ansari

Pendapat kedua:tidak dibenarkan sama sekali-Imam al-Nawawi.

Wali Ghaib.

1.Jumhur Ulamak (syafieyah)-Tidak harus bernikah dengan wali tahkim sedangkan wujud disana wali hakim/kadi.

2.Pandagan Minoriti-Dibenarkan bertahkim-pandangan Ibnu Imad.
Imam al-azraie menolak pandangan ini dengan menyatakan-pandangan Ibnu Imad adalah pandangan yang jauh dari mazhab,dan nas secara nyata menyebut-Sultan(atau wakilnya) adalah wali bagi yang tiada wali baginya.

(Rujuk Buku Risalah al-Ahkam-Ustaz(Dato`) Salleh Hj Ahmad).

So buatlah pertimbangan yang tepat sebelum melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi agama juga diri dan masyarakat lebih-labih lagi keadaan sekarang bukan wali yang ghaib tapi pasangan melarikan diri dari wali-ni jauh lebih teruk keadaanya.

Bagi mereka yang masih nak kesana dan bercadang juga nak bernikah dapatkan senarai wali hakin yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam-Narathiwat/Yala/Pattani bagi lantikan tahun 2006-2011.

Pattani ada 14 orang wali hakim yang diberi tauliah.Yala 6 dan Narathiwat ada 31 orang

Wallahu A`lam.

Selasa, 19 Ogos 2008

Pengesahan Status Agama.

Kes Permohonan No 06100-099-0186 TAHUN 2006


Jeffrey Or Bin Abdullah@ )Or Boon Hua.-------------Pemohon.
(Tarikh Penghakiman: 18/08/2008)

Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan
Hakim:YA Dato` Abd Rahman Md Yunus.
Peguam Pemohon: Tetuan Haranay,Hisham,Anikah & Associate.

Fakta Kes

Pemohon telah memeluk Agama Islam pada 20/01/94 di Pahang dan telah didaftarkan di Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang-bil 25/94.Pada 1996 pemohon telah berkahwin dengan wanita melayu muslim bernama Zarita Bt Muda ada 16/11/96.Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata dan akhirnya bercerai pada 27/11/2001 di MRS Kuantan.

Sejak memeluk Islam,pemohon tidak pernah mengamalkan amalan sebagai seorang muslim,dan masih melakukan amalan agama buddha termasuk menyembah tokong.Oleh yang demikian pada tahun 2006 beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengesahkan status dirinya dan membatalkan perdaftaran keislamannya di MUIP dan juga di Kad Pengenalan.4 orang dipanggil memberi 3 darinya memberi bayyinah(keterangan) dan seorang pegawai dari MUIP memberikan sahadahnya(kesaksian).Bukti sokongan dengan melampirkan gambar2 semasa upacara penyembahan di Tokong.

Keputusan:(ringkasan)

1.Jeffrey Or adalah disahkan telah terkeluar dari Islam

2.Kad memeluk Islam MUIP dibatalkan.

3.Perkataan Islam di Kad Pengenalan dipadamkan.

4.MUIP hendaklah merekodkan pengesahan status diri pemohon(keluar Islam)

5.14 hari tempoh rayuan jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan penghakiman ini.

Penghakiman penuh belum dikeluarkan oleh Mahkamah.

Kes-kes dirujuk:Penghujahan Peguam Pemohon)

Soon Singh V Perkim Kedah.2005 3 SHLR

lim Yoke Khoon V Pendaftar Mualaf MUIS & Anors 2007 1 SLHR.

Lina Joy V V Majlis Agama Islam Wilayah 2007 3 CLJ.

Siti fatimah @ Tan Ean Huang(sila lihat artikel yang lepas2 disini)

Khamis, 14 Ogos 2008

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan(3))

heeh laju je jika main copy n paste ni hehe.Takpe janji kita boleh kongsi isu yag hangat duk diperbincangkan.

Antara kes yang dirujuk dalam forum Bar Counsel baru ni ialah kes Subashini-mari kita lihat dan baca tulisan peguam dibawah ni.

Subashini v Rajeswaran -Ketidakadilan ke atas orang Islam kenapa didiamkan
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Di dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, peguam Subashini telah mengemukakan sembilan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah.

Saya berpendapat sembilan persoalan undang-undang yang dikemukakan tersebut tidak menjawab isu sebenar . Isu sebenar adalah adakah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 ( selepas ini dirujuk sebagai Akta tersebut ) selaras atau bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,artikel yang melarang diskriminasi .

Isu tersebut sepatutnya harus diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana Seksyen 51 secara jelas mendiskriminasi pihak yang beragama Islam kerana seksyen tersebut melarang pihak yang beragama Islam ( sama ada suami atau isteri ) untuk pergi ke Mahkamah Sivil bagi mendapatkan perintah penceraian di atas alasan beliau telah memeluk Islam.

Secara ringkasnya fakta kes ini adalah seorang wanita Hindu , Subashini Rajasingham telah berkahwin dengan seorang lelaki Hindu bernama Saravanan Thangathoray pada tahun 2001.

Hasil perkahwinan mereka terdapat dua orang anak iaiti Dharvin Joshua berumur 3 tahun dan Sharvind berumur 1 tahun. Saravanan kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya Muhammad Shafi.

Memandangkan isterinya kekal dalam agama Hindu, Muhammad Shafi tidak mempunyai pilihan selain daripada pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perintah pembatalan perkahwinannya dengan isterinya yang masih beragama Hindu.

Menurut undang-undang Islam, perkahwinan Muhammad Shafi adalah dikira terbatal secara automatik apabila beliau memeluk Islam tatkala isterinya enggan masuk Islam dan kekal dalam agama Hindu.

Bagaimanapun di dalam undang-undang yang sedia ada Muhammad Shafi perlu mendapatkan perintah Mahkamah terlebih dahulu bagi membatalkan perkahwinannya dengan bekas isterinya tersebut kerana Seksyen 46 ( 1 ) Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 memperuntukkan bahawa:

“ Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk satu kepercayaan lain daripada Islam , maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh Mahkamah.”

Muhammad Shafie tidak mempunyai pilihan selain daripada pergi ke Mahkamah Syariah kerana meskipun perkahwinannya dengan bekas isterinya dikawal oleh Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 ( selepas ini dirujuk sebagai Akta tersebut ) , Akta tersebut sendiri menghalang Muhammad Shafie untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi ( Sivil ) kerana berdasarkan seksyen 51 Akta tersebut diperuntukkan:

“ Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam maka pihak yang satu lagi yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen untuk penceraian.”

Berdasarkan seksyen 51 Akta tersebut adalah jelas Muhammad Shafie dihalang oleh undang –undang sivil sendiri untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.

Seksyen 51 digubal di atas falsafah bahawa memasuki agama Islam dikira satu kesalahan matrimonial dan yang demikian pihak yang masuk Islam dinafikan haknya untuk mendapatkan remedi di Mahkamah Sivil.

Di dalam kes Pedley v Majlis Agama Islam , Pulau Pinang ( 1990 ) 2 MLJ 307 Y.A Hakim Wan Adnan menyatakan bahawa “ satu perkahwinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila satu pihaknya memeluk Islam. Ia hanya memberi alasan kepada satu pihak satu lagi yang tidak masuk Islam untuk memfailkan petisyen penceraian ( di Mahkamah sivil ).

Meskipun di dalam kes tersebut Kadi Besar memutuskan bahawa perkahwinan di dalam keadaan tersebut akan dibubarkan mengikut undang –undang Islam, Hakim Wan Adnan menyatakan; “ pernyataan Kadi Besar itu tidak akan menjejaskan keadaan Plaintif di dalam pandangan undang-undang peribadinya dan undang-undang sivil negara.”

Kesan ketara seksyen 51 dalam konteks kes ini adalah perkahwinan antara Muhammad Shafie dan Subashini akan terus wujud selagi mana Subashini tidak memfailkan petisyen penceraiannya di Mahkamah Tinggi dan ini mendatangkan satu ketidakadilan kepada pihak yang masuk Islam.

Meskipun di dalam kes ini Muhammad Shafi telah mendapatkan perintah pembubaran perkahwinannya dengan Subashini di Mahkamah Syariah namun ianya tidak berkesan membubarkan perkahwinannya ke atas Subahsini , Ini kerana menurut seksyen 4 atau 8 Akta tersebut perkahwinan tersebut , jika sah hendaklah berterusan sehingga dibubarkan

( a ) dengan kematian salah satu pihak ;

( b ) dengan perintah sesuatu Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak ; atau

( c ) dengan dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu Mahkamah

“Mahkamah” di dalam seksyen tersebut ditakrifkan sebagai Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi.

Di dalam kes ini bagaimanapun Subashini telah memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membubarkan perkahwinannya dengan Muhammad Shafi . Sebelum petisyen penceraian tersebut didengar, Subahsini telah membuat permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi bagi :-

a.Menghalang Muhammad Shafi mengislamkan anak –anak mereka ;

b.Menghalang Muhammad Shafi untuk memulakan atau meneruskan prosiding berhubung dengan perkahwinan mereka dan anak-anak mereka di Mahkamah Syariah .

Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan injunksi tersebut meskipun pada awalnya membenarkan injunksi diberikan secara ex parte telah membatalkan perintah injunksi tersebut atas alasan-alasan berikut :-

a.Injunksi tidak boleh diberikan ke atas apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah di bawah seksyen 54 (b) Akta Relif Spesifik 1950 kerana Mahkamah Syariah bukan Mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi ;

b.“Subject matter” bagi permohonan injunksi tersebut adalah termasuk dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam maka berdasarkan Perkara 121 ( 1A ) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut.

Subashini telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Rayuan dua orang Hakim ( Hakim Dato’ Suriyadi dan Dato” Hassan Lah ) telah memutuskan menolak rayuan Subashini manakala Hakim Gopal Sri Ram memberikan keputusan yang menentang ( dissenting judgment ).

Keputusan Mahkamah Rayuan khususnya keputusan Hakim Dato’ Hassan Lah telah dikritik secara bertalu-talu oleh pihak bukan Islam dan juga sesetengah orang Islam sendiri kerana Hakim tersebut telah memberikan satu pandangan bahawa Subashini masih mempunyai peluang ( recourse ) untuk pergi ke Mahkamah Rayuan Syariah jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah kerana di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah Persekutuan )1993 iaitu di bawah seksyen 53 terdapat peruntukkan yang membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan Muhammad Shafie .

Yang Arif Hakim Hasan Lah di dalam penghakimannya menyatakan;

“ I think the wordings in that section ( section 53 ) is wide enough to enable the wife to apply to the Syariah Appeal Court to exercise its supervisory and revisionary powers to make the ruling on the legality of the husband's application and the interim order obtained by the husband on the ground that the Syariah Court had no jurisdiction over the matter as she is not a person professing a religion of Islam. The wife could have done that rather than asking the Civil Court to review the Syariah Court's decisions”.

Kritikan yang dibuat oleh pihak-pihak bukan Islam adalah Mahkamah Syariah tidak layak sama sekali mengadili orang bukan Islam dan cadangan Dato Hasan Lah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam sahaja.

Kritikan tersebut secara jelas mengabaikan atau mengenepikan perkara –perkara berikut :-

a.Cadangan Hassan Lah adalah bagi memberikan ruang untuk Subashini mendapatkan peluang untuk meminta Mahkamah Rayuan Syariah , sekiranya beliau tidak berpuashati , melihat atau menyemak legaliti keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

Dalam melakukan hal tersebut Subashini hanya perlu menulis surat kepada Mahkamah Rayuan Syariah untuk meminta Mahkamah Rayuan Syariah menyemak kembali keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan Muhammad Shafi

b.Tidak langsung membicarakan peruntukkan seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 yang menghalang sama sekali Muhammad Shafi memfailkan penceraiannya dan mendapatkan perintah-perintah yang berkaitan ( ancillary orders ) di Mahkamah Sivil yang mana seksyen 51 ini adalah satu diskriminasi yang ketara ke atas orang Islam dan boleh dihujahkan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan persamaan di sisi undang-undang ( equality before the law ).

c.Memaksa untuk Muhamad Shafie untuk tunduk dan menyerah diri kepada bidangkuasa Mahkamah Sivil ke apabila Muhammad Shafie dijadikan Responden di dalam petisyen penceraian yang difailkan oleh Subahshini di bawah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 sedangkan berdasarkan seksyen 3 ( 3 ) Akta tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa Akta tersebut tidak terpakai kepada orang Islam tetapi enggan mengarahkan Subashini untuk tunduk kepada Mahkamah Syariah bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah .

d.Tidak langsung mengambil kira kritikan Hakim Dato Suriyadi di dalam penghakimannya kepada pihak-pihak yang menjadi pemerhati di dalam kes tersebut seperti Sisters In Islam, Woman's Aids Organization ( WAO ), Woman's Centre for Change ( WCC ), Bar Council dan yang lain yang meskipun diberi peluang untuk mengemukakan hujah mereka telah tidak membuat persiapan yang mencukupi ( ill prepared ) di dalam mengemukakan hujah bagi membantu Mahkamah.

Hakim Dato Suriyadi menyatakan, “ Well-intentionned third parties, championing certain views did not contribute much to the proceeding before us due to their ill preparedness.”

Kesimpulannya kes Subahsini ini merupakan satu lagi plot baru pihak-pihak tertentu memanipulasi keadaan bagi mewujudkan satu rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam khususnya terhadap peranan Mahkamah Syariah dan perlaksaaan undang-undang Islam di negara ini.

Kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Intipati dari keputusan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan i menolak rayuan R Subashini untuk menghalang suaminya yang telah memeluk Islam daripada membawa kes perceraian mereka ke mahkamah syariah, atas sebab-sebab teknikal.

Dalam keputusan majoriti 2-1, mahkamah tertinggi di Malaysia itu, memutuskan ia kerana Subashini telah memfailkan petisyen perceraian mereka terlalu awal daripada tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA).

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa pertikaian bagi membubarkan perkahwinan seorang bekas setiausaha itu dengan suaminya yang memeluk Islam serta bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil.

Rayuan Subashini itu didengar oleh panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma’amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

“Perkahwinan bukan menurut Islam antara seorang suami dan isteri masih kekal sehinggalah ia dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan petisyen perceraian oleh pasangan yang kekal dengan agamanya mengikut Seksyen 51 (1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976,” kata Nik Hashim.

Nik Hashim berkata, perintah mahkamah syariah membubarkan perkahwinan sivil tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang selain ianya merupakan satu keterangan perceraian mengikut hukum Syarak.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan bahawa suami Subashini, T. Saravanan, berhak merujuk kepada mahkamah syariah kerana beliau tertakluk kepada undang-undang Islam selepas menjadi seorang muslim.

Di bawah LRA, Subashini hanya boleh memfailkan petisyen perceraian tersebut selepas tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh suaminya, T Saravanan memeluk Islam.

Bagaimanapun, Subashini memfailkan petisyen perceraian itu 12 hari sebelum tamat tempoh tiga bulan berkenaan.

Oleh itu, petisyen perceraian tersebut dianggap batal dan tidak sah.

Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah.

Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4.

Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan hari ini bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya.

Menurutnya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

TJ:` apa yang diboldkan istulah isu sebenarnya mengapa mereka beriya-iya nak pinda rtikel 121(1A) ni. Sedangkan kalau diperhatkan dimana remedi bagi yang memeluk Islam ? dek sekatan Law Refor, S 51 tu,menyebabkan seseorang yang memeluk islam masih lagi terikat(perkahwinan sivil mereka) dengan pasangan(bekas) yang masih belum Islam selagi tiada petisyen perceraian dibuat oleh pasangan yang belum Islam di Mahkamah sivil.Bila lagi nak pinda yang ni?....

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan(2)

Pasca pindaan 121(1A)...

sebahagian kes yang disebut:

selepas pindaan kepada Perkada 121 Perlembagaan itu ternampak perubahan sikap Mahkamah Sivil. Dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis, Bukit Mertajam [ 1982 ] 1 MLJ 1; [ 1982] 8 JH 306 perayu telah memohon deklarasi bahawa anak lelakinya pada masa ia meninggal dunia pada 3 Oktober 1991 bukan seorang Islam dan atau ia telah keluar daripada ugama Islam dan untuk deklarasi lanjutan bahawa ia berhak mendapat mayat si mati itu. Si mati telah dilahirkan seorang Sikh dan dididik mengikut ugama Sikh. Ia telah memeluk ugama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan Kadi Daerah Kulim dan kemasukannya telah didaftar mengikut seksyen 139 Enakmen Pentadbiran Agama Islam, 1962, Kedah. Perayu telah berhujjah bahawa selepas simati memeluk ugama Islam ia telah melalui Deed Poll pada 9 September 1991 menolak ugama Islam dan kembali kepada amalan kepercayaan Sikh. Juga dihujjahkan bahawa si mati telah diterima balik ke ugama Sikh oleh seorang padri Sikh dan si mati selalu hadir sembahyang di kuil Sikh.

Di hujjah juga bahawa si mati terus memakan babi dan tidak berkhatan. Ada keterangan yang diberi bahawa si mati telah bertunang dengan seorang perempuan Islam dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 15 November 1991. Di dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Abdul Hamid bin Haji Mohamad telah memutuskan bahawa tandatangan di Deed Poll itu bukan tandatangan si mati dan beliau juga menolak keterangan padri Sikh dan abang si mati mengenai penerimaan semula si mati ke ugama Sikh dan kehadirannya di sembahyang di kuil Sikh. Beliau memutuskan bahawa si mati adalah seorang Islam semasa ia meninggal dunia. Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan itu didengar Mahkamah Agung telah menghantar kes itu balik ke Mahkamah Tinggi supaya Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman merujuk beberapa soalan mengenai Hukum Syara' yang timbul kepada Jawatankuasa Fatwa Kedah. Ini telah dibuat dan selepas mendapat jawapan daripada Jawatankuasa Fatwa itu Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah mengesahkan pendapat dan keputusannya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan (1) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman berhak menerima jawapan-jawapan dari Jawatankuasa Fatwa kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka dan yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak. Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa si mati adalah seorang Islam kerana ia telah disabit ke Islamannya dengan ia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kadi seperti yang tercatat di dalam surat ikrar orang yang masuk Islam dan berkekalan Islamanya kerana tidak ada hukuman dari mana-mana Mahkamah Syariah Negeri Kedah vang mensabitkan ia terkeluar daripada Islam.

(2) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah menimbang semua keterangan di hadapannya dan telah membuat beberapa pendapatnya yang teguh dan yang tidak boleh dikatakan berlawanan dengan tekanan beratnya keterangan. Mahkamah Rayuan tidak seharusnya menganggu pendapat-pendapat fakta hakim yang membicarakan kes itu yang tekah melihat dan mendengar saksi-saksi dan membuat taksiran mengenai kebolehpercayaan dan kesan keterangan yang diberi. Beliau telah tidak menyalaharah diri di dalam perkara undang-undang atau fakta.

Dalam keputusannya Mohamed Yusuf HMA Mohamed yang menyokong keputusan Hashim Yeop Sani Hakim Besar telah berkata -

"Adalah jelas daripada kenyataan penghakiman yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman bahawa keputusan mengenai persoalan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada ugama Islam sebelum mati, ialah persoalan yang melibatkan Hukum Syarak yang memerlukan penelitian serius dalam pentakrifan yang betul mengenai Hukum Syarak itu. Tanpa nas yang sah untuk menyokong hujah-hujah itu, adalah tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa sama ada masih wujud pra-syarat sebelum seseorang itu menjadi Islam atau sekiranya si mati telah dibuktikan telah bersembahyang di kuil Sikh, maka ia sudah semestinyalah seorang murtad.

Dalam persoalan dalam kes ini, pada pandangan saya, tidak boleh ditentukan melalui penggunaan fakta secara mudah sebagaimana yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman semata-mata atas alasan kesahihan dan keberkaitan bukti mengikut undang-undang sivil. Isu yang sebegitu serius, pada pandangan saya, berkehendakkan perhatian oleh juru pakar yang berilmu dan berkelayakan dalam Hukum Syara'.

Melihat kepada keadaan ini, maka adalah mustahak supaya pemutusan persoalan yang menjadi isu dalam kes ini berkehendakkan perhatian yang mendalam mengenai Hukum Syarak oleh pakar-pakar yang terlatih dan berkelayakan berbuat demikian. Forum yang layak untuk berbuat demikian ialah Mahkamah Syariah."

Dalam kes Mohamed Habibullah lwn Faridah [ 1992] 2 MLJ 793; 1992] 9 JH 23 responded yang telah berkahwin dengan perayu telah memohon pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Oleh kerana kes itu lambat diselesaikan dan untuk mengelak gangauan dari suaminya, dia telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur terhadap supaya menuntut gantirugi dan injunksi oleh kerana perbuatan serangan dan serangsentuh oleh suaminya. Telah dihujjahkan oleh peguam bagi pihak suami bahawa Mahkamah Tinggi Sivil telah mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan itu atau mengeluarkan injunksi oleh kerana kedua-dua pihak adalah orang Islam dan presiding itu berhubung dengan undang-undang keluarga.

Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dia mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu. Perayu telah membuat rayuan. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan itu. Harun Hashim H.M.A. dalam keputusan telah berkata tujuan Parlimen dengan mengadakan perkara 121 (1 A) Perlembagaaan ialah menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil mengenai apa-apa perkara yang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada cabaran kepada bidangkuasa, pendekatan yang betul ialah melalui sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuat undang-undang itu yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Pihak-pihak dalam kes itu adalah orang Islam, mereka adalah suami dan isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh itu dibuat di dalam masa perkahwinan. Perbuatan-perbuatan yang diadu itu termasuk di bawah seksyen 127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, 1984, dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mengeluarkan injunksi di bawah seksyen 107 Akta itu. Tidak syaklah Mahkamah Syariah telah diberi bidangkuasa mengenai perkara yang dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes itu. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 termasuk Seksyen 4 dalamnya tidak boleh dikatakan Akta atau peruntukan berkanun menyentuh Perlembagaan kerana ia adalah undang-undang biasa yang dibuat di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan akan tetapi dibuat cara biasa sahaja. Oleh kerana itu ia tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sebagai dipinda dari masa ke semasa.

Walaupun pada satu ketika responden telah membuat suratakuan dia telah keluar dari agama Islam, temampak dari keterangan yang diberi bahawa dua-dua pihak adalah orang Islam apabila kes itu dibicarakan oleh Mahkainah Tinggi Sivil. Walaubagaimanapun untuk memutuskan sama ada seorang Islam telah murtad, mahkamah yang layak menjawab soalan itu hanyalah Mahkamah Syariah. Atas fakta-fakta di dalam kes itu Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan tindakan responden untuk mendapat gantirugi bagi serangan dan serangan sentuh terhadap suaminya dan mendapat injunksi berkaitan dengan perkara itu. Perintah injunksi sementara telah dibubarkan dan permohonan untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan telah dibenarkan.

Tamar Jalis:`yang diboldkan antara perkara yang paling tidak disenangi oleh `MEREKA` dari hari ke sehari cubaan untuk menggugat bidagkuasa MS dibuat dengan berbagai hujjah..InsyaAllah akan bawakan Kes Lina Joy/Subashini/Shamala.

Rabu, 13 Ogos 2008

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

Tesis saya dahulu dengan tajuk :Kedudukan mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121 (1A) ....tapi malaslah nak menulis,so kali ni nak copy n paste je la,lagi pun benda nya lebih kurang sama je,sebab kandungan tesis dulu pun rujuk kat penulis ni jugak heheheheh(lihat sama artikel mengenai kes liwat-ada kaitan tuh mengeni pindaan ni dan bagaimana konflik boleh berlaku.)

bagaimana keadaan sebelum pindaan....

Pada tahun 1988 Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan menyebut di fasal (1A) maksudnya Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pada masa dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak kes di mana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah.


Satu kesan yang terbesar yang diperolehi dari pindaan itu ialah mengelakkan percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi seperti yang terdapat di dalam beberapa kes terdahulunya. Umpamanya di dalam kes Myriam v Ariff [1971] 1 MLJ 275 di mana perceraian telah diadakan di hadapan Qadi dan Qadi Yang Ariff telah mencatatkan perintah atas persetujuan kedua-dua pihak memberi hak jagaan anak dari perkahwinan itu iaitu seorang anak perempuan berumur 8 tahun dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun kepada bapa mereka. Ibu mereka kemudiannya telah berkahwin dengan lelaki yang bukan muhrim kepada anak itu dan ia menuntut hak jagaan anak itu. Abdul Hamid H, pada masa itu, memutuskan bahawa perintah yang dibuat oleh Qadi itu tidak menghalang pihak menuntut iaitu ibu anak itu membuat perrmohonan kepada Mahkamah Tinggi. Beliau merujuk kepada seksyen 45 (6) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor, 1952, yang memperuntukkan: "Tiada apa-apa yang terdapat di dalam enakmen ini akan menganggu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan apabila terdapat perbezaan atau percanggahan antara keputusan Mahkamah Qadi Besar atau seorang Qadi dengan keputusan Mahkamah Sivil, yang bertindak di dalam bidangkuasanya, keputusan Mahkamah Sivil adalah mengatasi."

Di dalam kes itu Hakim Yang Ariff memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa di bawah Guardianship of Infants Act 1961, yang telah diterima oleh Dewan Undangan Selangor dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam Akta itu yang berlawanan dengan agama Islam atau adat Melayu boleh dikenakan kepada seorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti ugama Islam. Beliau juga memutuskan bahawa Akta itu tidak bercanggah dengan ugama Islam atau adat Melayu dan oleh kerana itu boleh dikenakan kepada orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Hakim Yang Ariff ada membuat rujukan kepada undang-undang Islam yang beliau berkata memperuntukkan antara lain bahawa "seseorang perempuan yang berhak mendapat hak jagaan seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan adalah hilang haknya jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana seorang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, semasa perkahwinan itu wujud."

Walau bagaimanapun beliau berkata "Saya berpendapat bahawa mahkamah terhalang membuat perintah bagi hak jagaan memberi anak itu kepada seorang ibu atau bapanya jika kebajikan anak itu memerlukan demikian." Sebelum itu beliau telah berkata "Di dalam usaha saya menghasilkan keadilan saya becadang menggunakan budibicara saya dan memberi perhatian pertama kepada kebajikan kanak-kanak itu. Dengan membuat demikian bukanlah niat saya mengenepikan agama dan adat pihak-pihak yang berkenaan atau kaedah-kaedah di bawah agama Islam, akan tetapi itu tidak semestinya bermakna mahkamah hendak mematuhi dengan tegasnya kepada kaedah-kaedah yang diperuntukkan oleh agama Islam. Mahkamah pada pendapat saya tidak dilucutkan kuasa Budibicaranya."

Akhirya Hakim Yang Ariff itu telah memberi hak jagaan anak lelaki yang kecil kepada ibunya dan hak jagaan anak perempuan yang besar itu kepada bapanya.

Undang-undang di beberapa negeri Melayu mengenai hakjagaan kanak-kanak telah dikanunkan di dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam akan tetapi telah terdapat dua aliran. Mahkamah Syariah membuat keputusan atas asas Undang-undang Islam akan tetapi apabila permohonan dibuat ke Mahkamah Sivil keputusan-keputusan Mahkamah Syariah itu tidak diikuti bahkan adakala diketepikan dan kes-kes itu diputuskan berpandu kepada Akta Penjagaan kanak-kanak, 1961. Apa yang lebih tidak memuaskan dalam perkara ini ialah sungguhpun Akta Penjagaan kanak-kanak itu dikenakan kepada orang-orang Islam peruntukan yang lebih meluas dan dekat kepada undang-undang Islam yang terdapat di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1876 tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.



Di dalam kes Commissioner for Religious Affairs, Terengganu & Ors v Tengku Mariam [1969] 1 MLJ 110 Mahkamah Tinggi diminta memutuskan sama ada wakaf yang dibuat oleh Tengku Chik untuk faedah keluarganya sah atau tidak. Perkara itu telah sebelum itu dirujuk kepada Mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengesahkan wakaf itu. Akan tetapi Hakim Yang Ariff di Mahkamah Tinggi telah tidak menghiraukan fatwa itu. Hakim itu berkata "Saya telah banyak benar menimbangkan perkara ini dan berpendapat bahawa jikalau mahkamah ini pun sendiri yang meminta fatwa itu, mahkamah ini mempunyai budibicara yang tidak terhad mengenai setakat mana ia menerima fatwa itu dan boleh enggan mengikat dirinya dengan fatwa itu. Saya tidak terdapat apa-apa di dalam Enakmen itu yang menyentuh kuasa mahkamah itu menghuraikan Undang-undang Islam dan saya bercadang menggunakan kuasa itu.

Undang-undang Islam yang dihuraikan oleh Hakim Yang Ariff itu berdasarkan kepada dua keputusan Privy Council, kes Abdul Fata Mohamed Ishak v Rasamava Dhur Chowdhurv (1894) L.R. 22 1A76 dan Fatimah binti Mohamad lwn Salim Bahshuwen [1952] A.C. 1. Hakim Yang Ariff di dalam kes Tengku Mariam itu telah memutuskan ia terikat dengan keputusan- keputusan Privy Council itu dan terpaksa memutuskan wakaf itu tidak sah. Rujukan tidak dibuat kepada peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Terengganu, 1955 yang membezakan antara wakaf am dan wakaf khas, atau kepada Undang-Undang Islam yang terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kitab-kitab ulama Islam. Apabila rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan (Lihat [1970] 1 MLJ 222), majoriti Mahkamah itu telah memutuskan bahawa pihak-pihak di dalam kes itu telah terhalang dari mencabar kesahan wakaf itu oleh kerana mereka telah pun bersetuju mengikut fatwa Mufti di dalam kes itu. Majoriti hakim itu walau bagaimanapun berpendapat seperti yang disebut oleh Suffian, Hakim Persekutuan, pada masa itu "bahawa atas autoriti keputusan-keputusan Privy Council itu yang disebutkan kepada kami, Hakim Yang Ariff yang membicarakan kes itu terikat dan juga kami terikat untuk memutuskan bahawa wakaf itu tidak sah, walaupun terdapat fatwa Mufti sebaliknya.: Hakim Ali yang memberi keputusan tidak bersetuju berpendapat bahawa pihak-pihak di dalam kes itu terikat dengan fatwa itu. Beliau berkata "Subseksyen itu (Seksyen 21(3) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1955) adalah sekatan perundangan terhadap apa-apa persoalan selanjutnya mengenai kesahan wakaf itu. 'Mahkamah tidak boleh tidak memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak memperdulikannya bermakna mahkamah melampaui bidangkuasanya."

Di dalam beberapa kes pula terdapat Mahkamah Tinggi telah tidak mengenakan undang-undang Islam kepada pihak-pihak yang berugama Islam akan tetapi mengenakan undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Islam.

Di dalam kes Ainan bin Mahmud vs Syed Abubakar [1939] MLJ 209 Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa seorang anak yang dilahir empat bulan selepas perkahwinan ibunya dengan seorang bernama Mahmud adalah anak sah taraf. Keputusan itu mengikut seksyen 112 Evidence Enactment akan tetapi jelaslah keputusan itu berlawanan dengan undang-undang Islam. Hakim di dalam kes itu berpendapat bahawa di dalam soal kesahtarafan anak mengenai orang-orang Islam, seksyen 112 Evidence Enactment terpakai dan menyingkirkan Undang-undang Islam. Sebaliknya jika perkara itu dibawa ke Mahkamah Syariah Undang-undang Islamlah yang dikenakan. Undang-undang itu telah baharu-baharu ini disebutkan dengan jelas di dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.

Di dalam kes Nafsiah vs Abdul Majid [ 1969] 2 MLJ 174 dan 175 pihak menuntut telah menuntut ganti rugi kerana mungkir janji perkahwinan dan ia telah mendakwa bahawa ganti rugi hendaklah ditambah oleh kerana ia telah dipujuk supaya mengadakan hubungan jenis dan akibatnya ia telah melahirkan seorang anak. Pihak-pihak yang terlibat telah dituduh melakukan kesalahan di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 149 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Melaka, 1959 dan telah dihukum. Pihak menuntut membawa tuntutannya di Mahkamah Awam. Hakim Sharina memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu dan beliau telah menerima tuntutan itu dan memberi $1200 sebagai ganti rugi. Hakim Yang Ariff itu berkata "Saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1959, bahawa Kathi besar mempunyai bidangkuasa ekslusif di dalam semua perkara berhubung dengan atau yang timbul dari perkahwinan orang-orang Islam. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan nyata memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 24(a) dan 25(1) membicarakan perkara di dalam kes ini, yang mana tidak lain dari tuntutan gantirugi dan kemungkiran janji perkahwinan. Bertambah pula seksyen 109 Ordinan Mahkamah, yang tidak dimansuhkan oleh Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dengan terang memperuntukkan jika terdapat apa-apa perselisihan atau ketidakseimbangan antara peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah 1948 itu dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah itu, peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah, 1948, itu hendaklah mengatasi peruntukan lain itu. Sungguhpun benar Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, tidak berkuatkuasa pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah 1948 Mahkamah Tinggi tidak syak lagi mempunyai bidangkuasa menyelesaikan semua perkara berhubung dengan hak pihak-pihak yang hadir di hadapannya dan saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam mana-mana undang-undang dan tidak ada undang-undang yang dirujuk kepada saya, yang menyingkirkan bidangkuasa mahkamah ini."

Rujukan tidak dibuat kepada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, Melaka, yang membuat peruntukan khas bagi pertunangan orang-orang Islam. Oleh kerana perkara itu berhubung dengan perkahwinan orang-orang Islam yang diperuntukkan di dalam Enakmen khusus yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah, Mahkamah Awam hendaklah sebaik-baiknya memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidangkuasa di dalam perkara itu. Tuntutan mendapat gantirugi kerana mungkirjanji perkahwinan telah dihapuskan di England dengan adanya Law Reform (Miscellaneous Provisions) Act, 1970, akan tetapi di Malaysia,Undang-Undang Inggeris yang lama masih diikuti dan dikenakan juga kepada orang Islam.

Di dalam kes Roberts vs Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163 Raja Azlan Shah H. (pada masa itu) telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara undang-undang adat bukan perkara Undang-undang Islam. Kes itu telah diikuti oleh Salleh Abas, Hakim Besar, Malaya (pada masa itu) di dalam kes Boto' binte Taha v Jaafar bin Muhammad [ 1985 ] 2 MLJ 98 di mana beliau berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar kepada hukumm Islam akan tetapi bersandar kepada adat Melayu yang diamalkan oleh orang Melayu. Mahkamah Syariah juga mempunyai bidangkuasa menentukan pembahagian harta sepencarian dan Mahkamah itu diarahkan mengikut prinsip Hukum Syarak. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam Undang-Undang Islam. Sebaliknya usaha seperti itu telah pun dibuat oleh Mahkainah Syariah, sebagai contoh di dalam kes Zainuddin lwn Anita [ 1982] 4 J.H. 73 di Wilayah Persekutuan.

Di dalam perkara harta wakaf terdapat banyak kes-kes yang lama dari Pulau Pinang dan Singapura yang memutuskan bahawa kesahan wakaf hendaklah diputuskan mengikut undang-undang Inggeris. Sebagai contoh di dalam kes Re Syed Shaik Alkaff [1923] 2 M.C. 38 telah diputuskan bahawa peruntukan harta yang dianggap oleh seorang Islam yang waras sebagai baik dan sah mengikut ugama Islam tidak semestinya diterima sebagai charitable di dalam pandangan undang-undang Inggeris dan penggunaan perkataan wakaf atau amur al-khaira tidak semestinya menunjukkan niat kebajikan am (general charitable intention).

Oleh kerana itu peruntukan untuk membelanjakan baki harta itu untuk amur al-khaira (perkara kebajikan) di Terim, Mecca dan Medina mengikut budibicara wasi diputuskan tidak sah. Di dalam kes Re Alsagoffs Trust [1956] MLJ 244 peruntukkan wang sebagai hadiah kepada orang miskin yang membaca al-Quran di kubur si mati telah diputuskan tidak sah. Mahkamah Sivil terikat dengan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukan bahawa wasiat dan suratikatan amanah hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Inggeris.

Di dalam kes-kes seperti kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul lagi kerana perkara-perkara itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidangkuasa di dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian ada juga terdapat undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa keraguan. Antara undang-undang bertulis itu ialah:-


(a) Evidence Act, 150

Seksyen 112 Evidence Act, 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.

(b) Guardianship of Infants Act, 1961

Akta itu hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri di mana peruntukan telah dibuat untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.

(c) Trustees Act (Act 208)

"Wakaf" hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust" di bawah Akta ini.(Petikan Artikel Prof Ahmad Ibrahim)

tambahan TJ:Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 juga perlu dipinda......S.51-Seksyen 51 itu hanya memberi hak kepada pihak tidak memeluk Islam memfailkan petisyen pembubaran perkahwinannya di mahkamah sivil, manakala pihak yang memeluk Islam tidak mempunyai hak membubarkan perkahwinan.

kita lihat bagaimana nanti konflik boleh berlaku...................alamak kena menulis jugak gayanya.heheheh

Isnin, 4 Ogos 2008

Pernikahan Di Selatan Thai-4.

salam,

Mari kita mulakan dengan melihat proviso mengenai perkahwinan mengikut Undang-UNdang Keluarga Islam.


Seksyen 11. Perkahwinan tak sah

Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.


Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

(1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40(2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.

Komentar:

S.11 menjelaskan prinsip yang diikut dalam mengesahkan sesuatu aqad(perkahwinan) ialah hukum syarak.Jika semua rukun nikah dipatuhi nikah tersebut adalah sah disi syarak,walau dimanapun aqad dilakukan.

Sungguhpun begitu jika aqad dilakukan tidak mematuhi syarak atau mematuhi sepenuhnya hukum syarak,maka keadaanya ada dua kemungkinan-tidak sah dan tidak boleh didaftarkan dan/atau sah disi syarak tapi tidak boleh didaftarkan kerana melanggar aturan undang-undang.Ini isyarat jelas dalam proviso dibawah S 12 (1) dan (2).

Setiap pernikahan samada didalam atau diluar neegara(ada kekecualian sebagaimana disebutkan nanti) perlu kebenaran. samada dari Pendaftar nikah,cerai dan rujuk dan/atau kebenaran dari Hakim Syarie.Pernikahan yang memerlukan kebenaran pendaftar ialah pernikahan yang tidak melibatkan poligami dan perpindahan kuasa wali kepada wali raja(hakim).Contohnya:Pernikahan biasa(tidak memerlukan perpindahan kuasa wali atau bukan poligami dan janda berhias):-

Seksyen 16. Permohonan untuk kebenaran berkahwin

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pahang tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

(3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

Dan jika kebenaran keluar maka bolehlah pihak seperti berikut melaksanakan pernikahan:

Seksyen 7. Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan

(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Pahang hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh—

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c) Pendaftar sebagai wakil wali.

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Hakim.


Bagi kes pernikahan bawah umur (S.8)(wali enggan,tiada wali nasab atau wali tidak dapat ditemui(S.13) janda berhias (S.14) maka perlunya kebenaran dari Hakim Syarie sebelum dinikahkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar nikah,cerai dan rujuk.

Kegagalan [pihak-pihak mematuhi perkara ini(proviso mengenai kebenaran berkahwin maka risikonya ialah seprti S.11 dan S.12 diatas dan pihak juga boleh didakwa S 40 (1) dan (2)

Siapakah Pendaftar atau Penolong Pendaftar nikai cerai dan rujuk?

Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Enakmen ini.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Pahang sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].


Siapa pula Hakim Syarie?

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) atau seksyen 45 Enakmen Pentadbiran;

Perlantikan Hakim adalah dari Sultan/Agong itu sendiri.


Jelasnya samada Hakim Syarie/Pendaftar(kadi) atau Penolong Pendaftar (wali hakim)diberi kuasa oleh Raja(Sultan) bagi negeri yang ada Raja/dan KDYMM Agong bagi negeri yang tiada Raja atau oleh TYT(mengikut peruntukan undang-undang negeri terbabit.)

Semua susurgalur proviso diatas berasaskan dari amalan syarak dan dibahaskan oleh pentadbir undang-undang negara kita yng mahir syarak dan sivil.

bagaimana dengan kedudukan aqad nikah diluar negara?

1-Pelajar/Pegawai/Pekerja.\

Proviso utama:-

Seksyen 24. Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28(3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuashati—


(a) bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Negeri Pahang;

(b) bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini; dan

(c) bahawa jika salah satu pihak bukan pemastautin Negeri Pahang perkahwinan yang dicadangkan itu jika diakadnikahkan, atau dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermastautin.

(3) Acara bagi akad nikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam semak semula perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pahang di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Pahang.


(Malangnya setakat ini tidak semua pendaftar diletakan di kedutaan Malaysia diluar negara,dan bayangkan kalau 14 negeri di Malaysia nak memamtuhi proviso ini,kena ada 14 tauliah dari setiap negeri pada pegawai berkenaan).


Alternatifnya:-

Seksyen 31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Pahang

(1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Pahang telah berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak, bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24; maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri Pahang dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri Pahang dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Pahang dan—


Huarain:-

Boleh aqad nikah(selain dikedutaan)dengan syarat pastikan sah mengikut syarak dan setelah pulang dalam tempoh 6 bulan perlu datang mendaftarkan nikah tersebut pejabat-pejabat agama.

Dan inilah(apa yang bold tu) yang ingin kita bincangkan,bagaimana keadaan nikah di Selatan Thai adakah sah mengikut syarak atau tidak?.Sebab apa Thai sebagai benchmark? kerana ianya ada perbezaan dengan lain negara atas beberapa perkara berikut:

1.Bernikah di Thai adalah mereka yang sengaja datang atau dalam erti kata lain,bukan pelajar/pekerja atau pegawai diplomat/keduataan.

2.Lebih malang lagi yang datang sengaja melarikan diri dari wali atau sengaja menyembunyikan perkara tersebut dari wali.

3.Ada peraturan khusus mengenai pentadbiran Agama islam dan ini tidak diketahui oleh ramai penggiat pernikahan ini,dengan sambil lewa tidak begitu hirau status wali yang menikahkan mereka.

4.Jarak terlalu dekat,bagi negeri bersempadanan hinggakan tidak menyedarai soal `marhalah` dari ketiadaan wali.

Itu sebahagian sebabnya .......tbc

Sabtu, 2 Ogos 2008

Pernikahan Di Thailand(Siam)-3

Salam,

Bilamana Undang-Undang Islam dibatalkan oleh Kerajaan Thai sekitar awal 40an,rakyat bangun menentang,satu badan ditubuhkan dengan nama Haiat Nafaz al-Ahkam al-Syariah) atau Badan Pelaksana Hukum Hakam Syariah) ,badan ini dipimpin oleh Haji Sulong bin Abd Kadir Tukmina,beliau jugak dilantik oleh masayrakat 4 wilayah tersebut sebagai Dato` Yutitham(Kadi),walaubagaimanapun penentangan rakyat terus berjalan sehinggalah kerajaan baru dilantik,atas kesedaran keperluan kepada satu undang-undang khusus bagi mentadbir muslin di 4 wilayah-Akta Mengguna Undang-UNdang Islam di 4 Wilayah telah diluluskan pada tahun 1946.Akta ini memberi kuasa untuk melantik Dato` YUtitham,membeicarakan kes keluarga dan pesaka,kemudian lahirlah proviso khusus dalam hal keluarga dan pesaka yang diperbaiki dari masa kesemasa hingga hari ini.

Di Thailand tiada Mahkamah Syariah,Dato` Yutitham akan menggunakan Mahkamah Wilayah untuk perbicaraan mengenai keluarga dan pusaka,keputusan Dato` Yutitham adalah muktamad,hanya satu peringkat sahaja perbicaraan diadakan,tiada rayuan atau semakan boleh dibuat.Perlantikan Dato` Yutitham pada mulanya dibuat oelh pemerintah Thai sendiri,kemudian cara ini dibantah dan diganti dengan cara syura dari orang ramai,dan kini satu lagi cara ialah dengan peperiksaan.Cara ini kekal sehingga sekaran.Namun dari segi politiknya suasana tidak puashati sering timbul,dan banyak isu tertunggak belum berjaya diselesaikan.Ketegangan terus berlaku disana.

Kesimpulanya,di Thai(khususnya di 4 wilayah) ada peraturan atau pentadbiran khusus bagi menjaga kepentingan umat Islam,ianya ditadbir oleh umat Islam sendiri dan dikalangan mereka yang berkebolehan.Peraturan-peraturan kekelurgaan(nikah-cerai-rujuk-nafkah dll) termasuk juga harta(pesaka) ada ditaqninkan,begitu juga dengan perlantikan jurunikah dilaksanakan mengikut aturan syarak dan ada `hitam putih`nya dari segi undang-undang.

..........tbc