Syair ini diambil dari Blog Sejarah Islam Pahang(Tuan Tanah Kedaung tak diketahui-jika dia muncul pasti saya kenal ).Banyak fakta Ulamak-Ulamak Pahang dalam blog ini,dan sejarah sekolah awal saya dulu pun ada,juga sejarah Tokki saya jugak hehehe.Syair Tajwid ini dikatakan dikarang oleh Imam Yaakob(Ulamak Tajwid Daerah Temerluh sekitar 1900).Penulis (Tokeh Blog)menyatakan beliau mengambil syair ini dari Imam Yasin(anak kepada Imam Yaakob)di Kampong Sanggang,Temerluh..hebat orang dulu-dulu.
SYAIR TAJWID
1. Sejarah Rawi
001 Qurak’ Sabaah hamba kabarkan Rawi dan Rumuz hamba suratkan Supaya terang yang mendengarkan
Menjadi tahu yang dibacakan
002 Nafik itu Qalun rawinya Di Madinah tempat negerinya
Menjadi imam segala kaumnya
003 Ibn Kathir rawinya Bazi Dengan Qunbul rumuznya “Zai” Banyak salahnya Qunbul dan Bazi
Rumuznya “Ha” Imam Bazi
004 Abu Amir rawinya Duri Di negeri Basri menjadi Qari Banyak Idghamnya Imam Susi
005 Ibn Amir rawinya Hisham Ibn Zakuan di negeri Syam Kepada Quraan terlalu faham
Adapun Hisham rumuznya “Lam”
Dengan Hafaz imam yang bahr Di negeri Kufah telah mengajar Bacaan halus laksana sukar
007 Hamzah rawinya Halaf imam Dengan Halad bacaan Ismam Di negeri Kufah menjadi Imam
Bacaan fasih sembahyang tamam
008 Al Kasai rawinya Abu al Haris Dengan al Duri Imam al Hawas Kepada Quraan tiada ber............
Di negeri akhirat mendapat belas
2.Hukum Lima
009 Telah sempurna hamba berperi
Sekalian imam ahli Qari
Huruf Tajwid pula diberi
Di dalam kitab hamba keluari
010 Izhar Khafiah hurufnya enam Baik diketahui supaya kiram Tuan jangan tinggalkan diam
Baik belajar siang dan malam
011 Alif dan Ha, Ain dan Ghain Kha,Kha’ tiada lain
Itulah adanya yang sudah yakin
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya lain
012 Idhgam Maal Ghunnah hurufnya empat Jika Nun Sakin bertemu dekat
Atau tanwin itu mendapat
Baik-baik supaya ingat
013 Yaa’ dan Wau hurufnya itu
Min dan Nun yang sudah tentu
Ingat-ingat engkau di situ
Jangan tersalah barang suatu
014 Idhgam bil la Ghunnah hurufnya dua Ingallah jua di dalam fatwa
Jikalau nun sakin bertemu dia Atau tanwin tempatnya jua
015 Ra’ dan Lam huruf Bil la Ghunnah
Itulah dia jangan tersalah
Tiada lain hanya itulah
Nun Sakin dan Tanwin jika berjumpalah
016 Lima belas huruf Ikhfa Salah satu nya janganlah lupa
Dengan tanwin jika berjumpa
Nun yang sakin itu serupa
017 Zai dan Jim,Tsa dan Tha
Dal dan Zal,Sim pun serta
Syim dan Shad,Dhad dikata
Tha’ dan Dzha.Pa,Kaf dan Qaf serta
018 Adapun Iqlab hurufnya Satu Iaitu Ba yang sudah tentu
Nun sakin dan tanwin bertemu itu
Bacaan Iqlab jika begitu
3.Bab Bacaan Mad
019 Mad Tabii tiga tandanya Wau dan Alif serta Ya’ nya
Yang didepan wau tandanya
Baris di bawah Ya’ tandanya
020 Alif tanda baris di atas
Ketiga itu semuanya luas
Panjangnya itu kira senafas
Jika dilebihkan menjadi tewas
021 Mad wajib tandanya jika ada Mad Tabii bertemu hamzah
Panjang nya itu yang telah sudah
Tiga Alif Imam ahli Kufah
Tiga alif berat panjangnya tuan
Mad lazim muhafaf tiga alif panjangnya ringan
023 Mad Badal hamba berperi Jika alif baris berdiri
Satu alif panjangnya engkau beri
Itulah fatwa ahli qari
024 Huruf Qalqalah lima adanya Baik-baik pengenalan akan hurufnya
Jangan tersebut pada lainnya
025 Jangan diqasarkan Mad Takzim Tiga alif yang sudah lazim
Jika diqasarkan menjadi zalim
Ingat sekalian ikhwan yang salim
026 Mad Aridh itu tiga wajahnya Tiga alif atau dua satu qasarnya
Mana suka baca salah satunya
Jika wasal Mad Tabii jadinya
027 Satu Mad Sakin sendirinya
Itupun Mad Lazim jua namanya
Tiga alif tetap panjangnya
Alim Lam Ra itulah firmannya
028 Alif itu sekadar menyatakan
Huruf tiada di madkan
Lam dan Min yang dilazimkan
Kitabnya jua yang menyatakan
029 Alif dan Ra yang mukhalif Ra itu satu alif
Pertolongan Allah yang amat Latif
Mengurangi ia hamba mulia dan daif
030 Dengarkan olehmu sekalian awam
Kaf Ha Ya Ain Shad pd surah Maryam Kaf Ain Shad samakan dengan Lam
Ha,Ya dan Ra satu Alif tamam
4.Lanjutan Idgham
031 Idgham bil Ghunnah Mutanajisain itu Manakala mim mati bertemu dgn min tentu
Jika mim mati bertemu dengan ba’ itu
Jaza ul Ikhfa wa Izharuha tentu
032 Idgham Mislain dikhabarkannya itu Huruf sakin bertemu seumpamanya
Itu dinamakan idgham Mislain adanya
Ingatlah jua akan bacaannya
033 Idgham mutaqaribain namanya tentu Tha bertemu dengan tho itu
Dal sakin bertemu tha begitu
Mutaqaribain namanya tertentu
034 Idgham itu mertabatnya dua
Baiklah tuan mendengarkan petua
Idgham kamil itu keduanya
035 Jikalau tuan hendak mengerti
Naqis dan kamil yang dihati-hati Baik dipelajari kepada yang mengerti
Ilmu qari engkau tuntuti
036 Idgham kamil dua hurufnya
Segala qari mengatakanya
Ra dan Lam itulah dianya
Jangan bertukar kepada yang lainnya
037 Idgham naqis hurufnya empat
Ingatlah saudara segala sahabat
Jikalau kurang akan pendapat
Membaca quraan menjadi ralat
038 Mim dan wau hurufnya itu
Nun dan Ya yang sudah tentu
Itulah jumlah yang empat itu
Membaca quraan jangan tak tentu
039 Mad Ziyadah diberi pasti Sebelum Ha dhamir huruf yang mati
Itulah ziadah namanya pasti
baik dikenal serta dihati-hati
040 waqaf bilal jangan dipanjangkan satu alif jua panjangnya tuan
Kitabnya jua yang mengatakan
Baiklah tuan cuba ingatkan
041 Wajibul gunnah yang amat sulit Hurufnya dua jangan taklik
Baca oleh mu ghunnah sedikit
042 Ghunnah itu empat mertabatnya
Salah satu daripadanya
Mutaharrik itulah pertamanya Kedua Azhar itu jua adanya
043 Ketiga Ghunnah “Tuhfu” itu Keempat ghunnah “mislu” ditentu Baik-baik jaga disitu
Jangan tersalah yang empat itu
044 Tak boleh dipanjangkan ghunnah itu
Bukanya Mad sudahlah tentu
Jikalau panjang menjadi tulah itu
Keluar hurufnya salah Satu
045 Baris kasrah keluar “ Ya” nya Baris Fatah keluar “alif” nya Baris Dammah keluar “Waw” nya Ketika itu menjadi salahnya
046 Baru ini zaman sekarang
Membaca ghunnah terlebihnya terang
Di dalam “Ittihaf” nyata sekarang Jangan disangka sebarang-barang
047 Bukan seperti zaman dahulu
Membaca ghunnah panjang terlalu
Sebab asalnya tiada berguru
Membaca ghunnah salah selalu
048 Jikalau tuan kurang percaya
Di dalam “ittihaf” adalah dia
Dabit dan Mantuk ada sedia Baca olehmu pada yang mulia
Mahraj Huruf
049 Huruf Musaddad hamba nyatakan Semuanya itu adalah lapan
Salah satu yang demikian
Kitabnya jua yang menyatakan
050 Alif dan Jim, Dal dan Qaf
Tho dan Ba, Tha dan kaf
Supaya tertil membaca mashaf
Telah menyebutkan di dalam “Ittihaf”
051 Huruf Safawi diberi tentu Semuanya itu ada duapuluh tujuh
Jika mim sakin bertemu itu
Izhar safawi namanya tentu
052 Tafhimnya Ra hamba nyatakan Jika fathah atau di depan
Itulah tebal tuan bacakan
Baris kasrah dinipiskan
053 Baik dituntut jangan tersalah
Ra yang sakin baris dibawah
Tebalkan bacaan seolah-olah
054 Inilah huruf istikla yang tujuh
Kha dan sad,dhad,ghain tentu
Tho dan qaf,dzha tamatnya itu
Jangan lah lengah kita disitu
055 Huruf Hijaiyaah duapuluh lapan Baik diketahui sekalian ikhwan
Jikalau kurang ingatan
Terlalu susah membaca quraan
056 Dua puluh lapan huruf Hijaiyaah
Berbagi dua satu Syamsiyyah Yang sebahagian itulah Qamariah Telah tersebut di dalam Jauziyyah
057 Jika Fatihah mu tiada betul
Sembahyang mu rosak menjadi batal
Masuk neraka terlalu sakal
Akhirnya engkau menjadi menyesal
058 Baik-baik tuan mengajar tajwid
Kepada qari, qarib dan baid Kerana itu yang amat sulit
Tiada boleh faham Kitab Tajwid