Sumber:Aku ucapkan Jazakumullah Khairan Khatiira..kepada pemilik mutlak silsilah ini-Aku tidak pasti siapa pemilik sebenar.Sesuatu yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan.Minta maaf kerana menyiarkanya di blog ini .
Isnin, 21 Jun 2010
Jumaat, 18 Jun 2010
Cerita Kain Pelikat(kemaskini)
salam semua,
Apa Kata lebai Wiki tentang kain pelikat ni?
(Ustaz ni aku kan cerita kisahnya kemudian nanti)
Kisah 5.
Apa Kata lebai Wiki tentang kain pelikat ni?
Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.
Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.
Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Pelikat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.
Tapi apa yang nak aku cerita bukan tang tu,tapi kisah aku dan kain pelikat.Kemana saja aku pergi,kain pelikat adalah bekalan wajib,kalau takde kain tersebut aku akan serba tak kena,cam tokeh aiskrim musim hujan je kelakunya.Sebab yang sama jugak,kalau ada sesi permusafiran,maka aku lebih suka ikut lebuhraya(LPT tentunya),kerana disetiap perhentian,sah ada kain pelikat.namun ada waktunya ada kisah aku terlupa bawak kain..ceh.
Kisah 1-
Pagi yang hening dan redup,aku terus keluar rumah menuju ke hotel,yang boleh tahan jugak jaraknya,kerana ada kelas taffaquh dan seterusnya menginap kat situ.Maka setelah sesi pertama selesai,aku terus menuju kebilik untuk solat zohor,maka beg pun aku selongkar mencari kain pelikat,malangnya kelibat pelikat langsung takde,kacau ni..tentu orang umah aku terlupa isi dan aku pulak tak tanya dia tangtu...akhirnya pertama kali aku guna kain cadar putih hotel sebagai ganti..punyalah susah nak belit kat badan dan kalau boleh pun mahu berjela ekor,dan bebila masa boleh terburai hahahahaah.petang tu jugak cari kedai kain pelikat,tak sanggup aku duk beribadat cam gaya Mahatma Ghandi ...dan pengajaran yang aku dapat,kalau jenis tulisan berbelit,pakaian berbelit,agaknya percakapan pun berbelit jugak..
Kisah 2-
Ketika Kelas aku di UIA,ada sekali kain pelikat tertinggal jugak,mujurlah memeber aku bawak kain dia,aku pun tumpang sefaat,malangnya waktu pakai kain dia,ada bauan minyak attar bukan saja menusuk hidung,menusuk segenap anggota badan,hingga aku termuntah,tapi dek terpaksa,pakai lah jugak untuk selesaikan kewajipan.
Kisah 3-
Aku berhenti di hentian rehat,terus ke musolla dan menukar seluar dengan kain yang tersedia dalam tu,kemudian terus ketempat wuduk,tengah aku wuduk aku terbatuk agak kuat dan lama,;lalu terasa ..............alamak,camne dengan kain ni,akhirnya aku terus mandi je kat tempat wuduk sekali ngan kain tu(untuk basuhla kiranya)mujurlah time tu takde orang.Pastu selamba je jemur kat tempat kain tu.
Kisah 4.
Kelas Lughah kami di Makram Abid(Ubaid)Cairo(2008) biasanya bermula jam 11 hingga jam 1.Sekitar 11.50 gitu,ustaz akan berhenti kelas untuk soalt zohor,masa di Musolla berbagai bangsa duk sama2 bersolat,sudah tentu aku la,menjadi perhatian,sebab pakai kain pelikat setiap kali solat,sehingga satu hari cikgu lughah aku berbisik ditelinga-
`TJ,maafkan saya(3 kali sebut maaf)saya nak tanya satu perkara,begitu juga rakan-rakan kita disurau juga bertanya pada saya,kenapa Tj selalu pakai kain ni(dia tunjuk pada kain),adakah amalan mazhab syafie di malizia begitu?maafkan saya TJ..cuma nak tahu je`
Aku tersenyum dan mengerutkan dahi..ustaz aku tu lantas sekali ..tak mengapa kalau TJ tanak jawab,tak mengapa dia tersenyum...
Aku pun jawap..tak mengapa ustaz tak perlu minta maaf,saya pakai kain ni,bukan soal mazhab,tapi masalah saya sendiri,saya terkadang(bukan selalu) masalah kencing.lagi pun saya selesa dengan berkain dari seluar dengan struktur tubuh saya yang besar ni...ustaz tu angguk dan katanya kan dikisahkan pada pelajar yang duk pelik tengok aku..Aku pun angguk jugak,tak tak sangka dia faham bahasa Arab aku...heheheheh
Kisah 5.
Masa aku di Cairo jugak(1998)-rombongan kami berehat di Hussein(sekitar masjid Hussein dan Bazar Khan Khalili-waktu tu dah nak hampir masuk waktu jumaat,aku lak tak bawa kain pelikat,boss aku arahkan semua kena gi sembahyang jumaat,katanya bukan senang nak berjemaah di Masjid al-Azhar ni.aku sorang je tanak ikut,boss aku berkali kata --anta rugi nanti,ni la peluang terbaik dan takkan ada peluang lagi untuk sembahyang kat sini.Aku diam je..dalam hati, aku berjanji akan sampai jua suatu hari nanti untuk solat di Masjid Al-Azhar ni ,hari ini aku ditaqdirkan tak dapat nak bersolat bersama mereka.Benar tahun 2008 dengan gagahnya aku bersolat dengan berkain pelikat di Masjid al-Azhar tu.masa dalam masjid tu aku mengalir airmata bila terkenang peristiwa aku lupa bawa pelikat dulu.Menangis kerana Allah tunaikan tekad aku untuk solat di Masjid bersejarah tu.
Kisah-6.
Masa aku di Korea(2004),satu slot tu kena duduk dirumah keluarga angkat di Goyang City,agak jauh jugak dari Seoul tu.Mak dan Ayah(sebenarnya layak sebagai abang/kakak angkat je)ada anak kecil sorang dan adik ipar perempuan sorang.Cakap omputih langsung la,sepatah haram depa tu tak reti,aku lak merangkak nak cakap Korea ,malam tu pas makan aku pun tukar cara memakai,pakai je kain pelikat.baju melayu siap kopiah lagi,masa nak gi semayang,mak angkat dan adiknya tu,asyik nak bergambar je..siap tunjuk pada kain pelikat tu..apa dia nak kabo tak tahulah pulak.malam tu aku siap azan dan sembahyang kat ruang tamu diorang,tengah semayang depa pakat rakam video,abih sampai aku pun tak berapa nak kusyuk.Pada hari akhir(perpisahan)aku bagi kain pelikat tu kat diorang..heheheheheh.Apa pun gembira duk dengan dia orang,siap aku janji diorang tak makan `teji kogi`(daging babi),liquor,malah siap bawa gi karifor(carefour)suruh beli apa yang nak,dan petang tu aku ajar dia orang masak ala melayu.....aku putus hubungan dek masalah bahasa ni.Ayah angkat tu tu ketua tukang masak di Hospital Universiti.
Kisah-6.
Masa aku di Korea(2004),satu slot tu kena duduk dirumah keluarga angkat di Goyang City,agak jauh jugak dari Seoul tu.Mak dan Ayah(sebenarnya layak sebagai abang/kakak angkat je)ada anak kecil sorang dan adik ipar perempuan sorang.Cakap omputih langsung la,sepatah haram depa tu tak reti,aku lak merangkak nak cakap Korea ,malam tu pas makan aku pun tukar cara memakai,pakai je kain pelikat.baju melayu siap kopiah lagi,masa nak gi semayang,mak angkat dan adiknya tu,asyik nak bergambar je..siap tunjuk pada kain pelikat tu..apa dia nak kabo tak tahulah pulak.malam tu aku siap azan dan sembahyang kat ruang tamu diorang,tengah semayang depa pakat rakam video,abih sampai aku pun tak berapa nak kusyuk.Pada hari akhir(perpisahan)aku bagi kain pelikat tu kat diorang..heheheheheh.Apa pun gembira duk dengan dia orang,siap aku janji diorang tak makan `teji kogi`(daging babi),liquor,malah siap bawa gi karifor(carefour)suruh beli apa yang nak,dan petang tu aku ajar dia orang masak ala melayu.....aku putus hubungan dek masalah bahasa ni.Ayah angkat tu tu ketua tukang masak di Hospital Universiti.
Aku bukan nak bincang soal hukum dalam kisah ni,sekadar cerita aku selesa kalau aku boleh berkain pelikat bersolat dimana jua,sekali pun seluar aku masih bersih time tu,sebab nya kalau pakai seluar,rasa hilang nyawa duk tahan tubuh bila duk tasyahud akhir tu,se lagi lagi takut seluar terbetas benang..lagi haru di buatnya..sebab tu setiap kali aku gi indon atau langkawi aku akan borong kain pelikat ....pendek kata,aku dan pelikat berpisah tiada,kain pelikat lalalaa,kain pelikat lalala-dipakai disini sana-kohkohkoh.
1-Ustaz Arafat-Guru BA di Cairo -Markaz Lughah
2-3.Masjid Al-Azhar
1-Ustaz Arafat-Guru BA di Cairo -Markaz Lughah
2-3.Masjid Al-Azhar
Selasa, 15 Jun 2010
Isnin, 14 Jun 2010
Mari Menebas Lalang-Edisi Merapu
Salam All,
Sekali imbas,tajuk bicara kali ni pehh..cam tajuk lagu joget je,nak pulak tambah perkataan..Joget Mari Menebas Lalang,bagi kat Tok Ti nyanyi..mahu ngetop dibuatnya.Ye la,kalau nak kategorikan jenis apa lagu ni,sudah tentu la lagu ni jenis sivik(tatarakyat),ada bau-bau patriotik sikit,sudah barang pasti bukan lagu jenis ganas kategori(18SG/PL) seperti lagu Mari Mengkarate Jiran atau lagu bentuk dakwah/nasyid-Mari Mengecat Surau atau jenis (18SX) seperti lagu Joget Jimatkan Letrik(tang mana arah lucahnya,aku pun heran,tapi tetap kena gam hahahahaah.Aduhla..dahla merapu tu.OK stop bab merapu.
Sebenaqnya,cerita menebas lalang ni,ialah lalang yang adak kat blog ni la..kesian kat rimau tu,habitatnya bukan la jenis berendam dalam air cam badak,tapi dek lalang dah tinggi dari hidung diorang..terpaksalah bermalam dan bersiang dalam air tu.Kalau dengar ngauman bila masuk sini,tu alamat rimau tu minta tuan tanah gedaung tebas la lalang2 tu..heheheeh.Badan gatal-gatal kalau kena lalang kata rimau tu...
Hakikatnya bukan niat aku sebenarnya duk menyepi diri sejak dua menjak ni,tapi korang faham-fahamla,kan ke musim ni musim gantung periuk kuali ,musim orang pakai baju batik kalau tidak pun pakai baju melayu songkok senget,tapi kalau tuan rumah tu wajib kenalah pakai baju berpoket banyak tu,kalau tidak hasil dari raupan salam `perpisahan` tu nak letak kat mana.Takkan nak letak tin minyak tanah ,atau yang jenis bekas plastik bertebuk kat depan pintu pagar tu.Apa yang aku nak ceritanya..musim ni musim orang berkompang kamping,berinai benai ,kiranya musim makan free la.Musim lembu kerbau,pokok nyiur jadi mangsa.
Dek kerana terlibat sama dalam hal tu,ala bukan ada tugas besar pun,sekadar kutip cawan bawak tempat basuh.Mahu tak mahu terpaksalah mengharungi (cahaya)matahari yang dikatakan bergerak mengelilingi bumi tu hehehe,akhirnya pastu sehari dua..badan aku lak terasa cam cahaya matahari..tekak lak sakit perit.Akhirnya aku istiharkan badan aku demam dan sakit tekak.Mahu 3 hari jugak baru pulih alhamdulillah..
Rumah aku lak..dah jadi home stay..tetamu(waris wara) datang dan pergi...ramai pulak time ni dapat menantu atau iparduai atau besan dengan orang Kuantan ni, maka aku tak kemana-kemana la kiranya cuti-cuti ni.Mujurlah gula aku dah standbye beli awal-awal lagi,kalau tidak jenuh jugak nak kena bawak kad jemputan nikah setiap kali nak beli gula.
Maka malam tadi dan malam ini,sambil-sambil tengok aksi bola WC 10,aku sempat la bertandang kerumah lama aku ni,tengok2 kan rimau tiga ekor tu,sampai je..simpang depan umah.,tersesat lah pulak..mahu tidaknya..lalang punyalah tinggi,ibaratnya kalaulah lalang ni boleh keluar susu,time tu jugak aku gi toreh hehehe.maka aku bertekad..nak tebas dan kasi round up semua lalang tu..nak cat umah,perabut semua tukar,tar taruk jalan masuk kerumah.Sebabnya...aku bukan sekadar nak duk siang hari kat kebun aku ni,tapi jugak malam hari..bertemankan rimau-rimau tu semua,aku malas dah nak gi mana-mana..sungguh memang aku malas ...malam-malam aku damai kat sini.................arrggh..hinggalah WC tamat..baru lah aku rerkira2 untuk ronda2 seperti biasa..........Hidup Ghana hehehehehe.
Isnin, 31 Mei 2010
Ya Allah Perkenankan Doa Kami Semua
اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان. ”
“ اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك ”
“ يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين ”
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
“ اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم ”
“ اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك ”
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
“ اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار ”
“ وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين ”
Sumber:Tranung kite
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
“ اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك ”
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
“ اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم ”
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
“ اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك ”
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
“ اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار ”
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
“ وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين ”
Sumber:Tranung kite
Rabu, 26 Mei 2010
Selamat Datang Piala Dunia 2010
Mengikut Lebai Wiki,sejarah Piala Dunia bermula pada tahun 1930 di Uruguay,dimana Uruguay menjuarai piala tersebut mengalahkan Argentina 4-2.Piala dunia ketika itu adalah secara jemputan terus kepada team-team bertanding.Ye la tak kan nak kena pusingan kelayakan lak,kalau dah pasukan bertanding sekitar 10 pasukan gitu .Barangkali tok nenek kita(kampong akula ni) ketika itu,masih main bola dengan kain pelikat gamaknya,ataupun bola jenis getah sekerap yang dibalut kemas menjadi bulat,dan tempat bermain pulak atas pasir tepi sungai atau pun padang ragut.heheheh.Namun begitu diperingkat nasional(Tanah Melayu) bolasepak telah diperkenalkan seawal tahun 1825,puhh ni mesti British punya kerja,beberapa tahun kemudian mana FAM pula ditubuhkan pada tahun1933.Berapa lama punya tertubuh daa,tapi mutu bolasepak kita kat mana?takkan nak berbangga dengan skuad James Wong dan Hasan Sani dulu je...kasi up la sikit mutu bolasepak negara ni.
Awal Jun 2010,sekian kalinya Piala Dunia bertandang lagi ,musim kopi o laris,bil letrik naik,MC laku,waktu inilah,tak kurang juga biji mata menjadi merah akibat kurang tidur.kaki bola akan mencari kedai yang ada screen besar,kalau tidak pun time ni la,tokeh Court Mammort akan senyum sampai ketelinga,al-maklumla TV LCD Full HD atau LED mahupun Plasma akan laris dijual.mamak teh tarik juga tersenyum girang,kedai-kedai ejen Astro sure tak menang tangan,dek ramainya pelanggan nak bertukar ke Astro beyond,apatah lagi tokeh rokok jenama kaki berkudis,atau jari terpotong .Tokeh dan penggemar judi jugak turut sama meraikan pesta 4 tahun sekali ini,tak kirala sama ada judi halam atau judi ramlal.Bodoh itu punya olang..mana ada judi halal maa.Kiranya berbagai peringkat tokey akan terlibat merayakan pesta 4 tahun sekali nih.Poster-poster sekalipun tak seharu poster pilihanraya umum atau kecil,akan beredar,parlimen kedai kopi mula mencongak pasukan mana jadi juara,malah ada sesetengah tempat,ada yang bertumbuk terajang semata-nak pertahankan pasukan masing-masing,tu belum masuk tandukan ala Zidan..pendek kata mengalahkan kambing kelakunya.
Aku mula berjinak dengan bolasepak dah lamaa,berjinak melalui telinga(dengar siaran langsung bolasepak) barangkali sejak dalam kandungan lagi kut.Pastu mula bermain bola atas pasir seawal kanak-kanak lagi,ikut orang dewasa dalam liga kampong ketika dibangku sekolah,lompat pagar asrama nak tengok Liga inggeris ketika peringkat menengah,hinggalah mula `terjebak` dengan Piala Dunia pada tahun 1978.(Argentina kalahkan Holland 3-1).Piala Dunia tahun 1982, waktu tu dah bermastatutin di Kota Bharu.Rumah makcik tempat aku order lauk secara bulanan terpaksa dikuasai(abih seluruh ruang tamu kami buat cam rumah orang hehehe).Tahun 1982 tu giliran Spanyol menjadi tuan tanah gedaung,kali ini gilran Itali pulak mengganas mengalahkan German barat 3-1.Pencetak gol kali ini ialah Paolo Rossi yang jenis mengelecek bola tak berapa nak reti tapi pandai mencetak gol(mengikut istilah bibik jiran sebelah rumah).Padan muka German,aku yang dari kecik memang benci German barat ke Timur ke,tak kira janji German.kebencian ni mula timbul bila askar german ni memang jahat bila bila berperang dengan askar Amerika dalam cerita Combat,mujurlah Sarjan Saunders(Vic Morrow) jenis askar pas SPM,tak sebagaimana Lt Hanly yang asik kena tawan je dek German.Sejak dari itu hingga la ni,German bukan pilhan aku,walaupun banyak banyak kali bila naik motor,pakai topi German..pehh.sampai bila pun aku takkan sokong pasukan German.
Seminggu dua ni..kita akan cerita bab bola..tidur hilang bola mata, bola,makan bola-bola,minum pas main bola,jalan-jalan tepi padang bola.....tapi orang Temerluh sebut bola..Bolo...cehh
Rabu, 19 Mei 2010
Bukan Islam Mohon Jadi Peguam Syarie?
Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
SOALAN
Selain isu pemberian lesen perjudian untuk mengendalikan perjudian sewaktu piala dunia pada bulan hadapan, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah berkaitan Perlantikan Peguam Syari'e dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan tentangnya di dalam Islam? Mohon ustaz mengulas.
JAWAPAN
Saya kira isu ini memerlukan perbincangan lanjut dengan lebih terperinci khususnya yang melibatkan peruntukan undang-undang dan yang berkait dengannya.Selain itu, perkara berkait nas syarak dan juga kesan positif serta negatifnya juga perlu diteliti. Semua perlu didiskusikan bagi memperolehi satu keputusan paling konkrit dan wajar. Artikel yang saya tulis ini hanyalah sekelumit perbincangan yang berkaitan, ia ditulis dalam bentuk agak ringan untuk pembacaan awam. Ia tentunya tidak cukup untuk menetapkan pendirian terbaik namun saya kira cukup untuk memberikan sedikit jawapan dan rujukan untuk perbincangan yang lebih mendalam dan ilmiah.
Jika kita menelusuri khazanah ilmu Islam terdapat beberapa perkara boleh dijadikan rujukan iaitu:-
1. Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah : 8)
Ayat ini secara jelas mengarah umat Islam mengenakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua penilaian dan hukuman yang dijatuhkan. Justeru menjadi objektif Shariah, apa sahaja perkara harus (yang tiada larangan khusus) boleh mendekatkan kepada keadilan akan turut dibenarkan.
Dalam konteks ini, demi menegakkan keadilan dalam pemutusan hukum Shariah di mahkamah, tentunya Hakim mestilah seorang Muslim, malah mempunyai syarat tertentu tambahan pula. Saya kira, adalah jelas hakim di Mahkamah Syariah MESTILAH dan WAJIB seorang MUSLIM.Namun status peguam, bagi saya mereka HANYALAH pelaksana atau bidang kuasanya terhad seperti pegawai eksekutif sahaja, bukan pemutus. Malah semua hujjahnya dalam dakwaan atau pembelaan terhadap anak guamnya belum tentu diterima oleh Hakim Syarie. Perbicaraan pula boleh dibuat secara tertutup. Justeru tidak timbul persoalan, peguam terbabit akan menyelewengkan nas Al-Quran atau hadis, kerana sebarang penyelewengan akan ditolak oleh hakim dan peguam lain. Maka dalam konteks tersebut, saya melihat tiada masalah bagi seorang peguam Syarie walau dari kalangan bukan Muslim.
Ia hampir sama dengan situasi perbankan dan kewangan Islam hari ini yang dipenuhi dengan CEO, pengurusan tertinggi serta eksekutif yang bukan beragama Islam. Namun tentunya, mereka diperlukan mempunyai beberapa kriteria dan kelayakan tertentu untuk menduduki jawatan di sektor kewangan Islam. Khususnya ilmu dan pengetahuan di dalam hal ehwal hukum Shariah di dalam bidang Fiqh Mu'amalat.
Apa yang tidak wajar atau TIDAK DIBOLEHKAN adalah bukan Muslim menjadi ahli Majlis Penasihat Shariah di mana-mana institusi kewangan Islam. Ini kerana jawatan tersebut memerlukan kriteria seperti hakim di mahkamah Shariah yang perlu menghayati Islam dalam ilmu, kehidupan dan keimanan di hati. Alhamdulillah setakat ini, masih belum ada mana-mana individu atau ilmuan bukan Islam yang dilantik menjadi ahli penasihat Shariah.
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Ertinya : Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudarat kepadamu sedikit pun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil ( Al-Maidah : 42)
Ayat ini menunjukkan mahkamah Islam sentiasa sedia menerima mana-mana individu bukan Islam untuk mencari keadilan atau mendapatkan hukuman terbaik di atas pertikaiannya berdasarkan ketentuan hukum Shariah. Justeru, dalam konteks memberikan pembuktian, mengemukan hujjah, sudah tentulah individu bukan Islam tersebut BEBAS untuk berhujah di mahkamah (jika dia tidak diwakili oleh mana-mana peguam). Keadaan ini secara langsung menjelaskan bahawa mahkamah Islam menerima hujah dari individu bukan Islam sama ada atas nama pendakwa, tertuduh dan sekaligus peguam yang mewakili anak guamnya.
3. Allah swt berfirman :
إنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا
Ertinya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat...(An-Nisa : 105)
Menurut para ulama, ayat ini sangat PERLU DAN WAJIB diHAYATI OLEH SEMUA PEGUAM MUSLIM, amat bertepatan dengan kerjaya peguam yang bertugas di mahkamah keadilan. Menurut mufassirin, ayat ini diturunkan ke atas kes seorang Munafiq bernama Tu'mah Ibn Abiraq.
Hasil daripada ayat tersebut, Rasulullah menarik semula hukuman ke atas Yahudi yang dituduh oleh seorang Munafiq bernama Tu'mah ibn Abiraq mencuri baju besi perang kepunyaan Qatadah Bin Nu'man. Padahal Tu'mah yang mencurinya dan menyembunyikannya di rumah lelaki Yahudi yang juga merupakan jirannya. Kes ini berakhir dengan hukuman dikenakan ke atas Yahudi, namun Allah menurunkan satu ayat menunjukkan Yahudi terbabit tidak bersalah iaitu surah An-Nisa ayat 105-109. (Tafsir Ibn Kathir, 1/552 ; Al-Durru Al-Manthur, As-Sayuti, 2/673 ;)
Imam Al-Razi berkata ketika menghuraikan ayat 105 surah an-Nisa di atas:
وكان الغرض من هذا النهي تنبيه النبي عليه الصلاة والسلام على أن طعمة كذاب وأن اليهودي برىء عن ذلك الجرم
Ertinya : Tujuan dari larangan (janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) adalah peringatan kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya Tu'mah berbohong dan Yahudi tersebut tidak bersalah atas dakwaan jenayah mencuri tersebut.(Tafsir al-Kabir, 11/28)
Ayat ini juga menjelaskan secara terang bagaimana seorang bukan Islam dari kalangan Yahudi diadili di Mahkamah Islam di zaman Rasulullah. Sebagaimana di atas, tentunya Yahudi terbabit telah diberikan peluang oleh Rasulullah untuk membela dirinya. Namun pembelaannya gagal. Pembelaan bermaksud menjalan tugas seperti peguam. Namun jelas keadilan sentiasa dijamin pemutusan hukuman dalam kes di atas ini telah dipandu oleh Allah ta'ala.
4. Athar
Asalnya khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat ia dalam barang jualan seorang Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar. Apabila dituntut oleh khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut membawa pertikaian mereka mereka ke penghakiman hakim Muslim.
Hasil dari itu, kes mereka berdua yang berselisih dalam menentukan pemilikan terhadap baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a (wafat 78 H). Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?
Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.
Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?
Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.
Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?
Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.
Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.
Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda Syurga)
Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.
Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.
Lelaki Yahudi berkata :
أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً.
Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari. (Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa, As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-Qudhah, Waki', 2/200)
Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.
Jelas sekali lagi dalam kisah di atas bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang yang lebih baik berbanding anak guamannya.
KESIMPULAN
Hasil dari ringkasan dalil di atas, buat masa ini saya berpandangan, secara ilmiah, logik dan asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi anak guamannya. Tanpa mengira agama anutannya, apa yang asas adalah hujahnya mestilah menepati displin ilmu Islam yang ‘valid'.
Namun demikian, perlu saya ingatkan sekali lagi, artikel ini hanyalah ulasan ringkas menjawab soalan yang diutarakan. Justeru, beberapa persoalan lain juga perlu diambil kira khususnya dari sudut undang-undang dan pentadbiran.Sebagaimana isu penggunaan nama Allah, pemerintah mempunyai kuasa ekslusif untuk menyekat jika diyakini ia boleh membawa mudarat tertentu. Malah jika tiada mudarat sekalipun, Allah memberikan kebebasan. Ini jelas dari ayat kedua yang saya bawakan di atas juga iaitu :
فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ
Ertinya : Sekiranya mereka datang kepadamu, jalankanlah proses hukuman dinatara mereka atau kamu boleh berpaling
Imam Al-Baidhawi dan lain-lain mufassirin menjelaskan:
تخيير لرسول الله صلى الله عليه وسلم إذا تحاكموا إليه بين الحكم والإعراض
Ertinya : Ia merupakan pemberian pilihan kepada Rasulullah s.a.w apabila mereka dating meminta hukuman darinya, sama ada untuk menerima atau menolak ( Tafsir Al-Baidhawi, 2/326)
Justeru itu, pendirian Islam dalam hal ini terbuka kepada pemerintah dan hakim Syar'ie. Mereka boleh menerima kes yang melibatkan bukan Islam di dalam mahkamah mereka, atau menolak. Jika demikian, ini bermakna, menurut peruntukan yang jelas dari Allah ta'ala, Mahkamah Islam juga bebas sama ada untuk menerima peguam Syari'e bukan Islam atau menolaknya sebagaimana halnya penerimaan untuk membicarakan kes mereka atau menolaknya. Kedua-duanya dibenarkan oleh Allah ta'ala
Selain itu, pemerintah sama ada atas nama jabatan Agama Islam negeri berkenaan atau lainnya, mereka mempunyai hak untuk menyusun atur kelayakan khusus untuk sesuatu posisi dan jawatan di dalam perkhidmatan. Justeru, jika telah ditetapkan oleh mana-mana negeri, peguam syarie di negeri mereka mestilah dari kalangan mereka yang beragama Islam sahaja, maka hal tersebut adalah ‘valid' dan wajar dipatuhi.
Pada hemat saya, ia adalah undang-undang yang bersifat administrative dan bukan tegahan atas nama ‘agama' atau dari hujah agama' (kerana kelihatan tiada halangan dari sudut agama), ia adalah syarat pentadbiran, seperti mesti menjalani peperiksaan PTK untuk kenaikan pangkat, menghadiri majlis konvokesyen universiti dengan jubah khas. Memasuki sebahagian kawasan hospital dengan pakaian khas dan sebagainya. Jika kita mampu untuk memahami sedemikian, isu pentadbiran seperti itu, tidaklah wajar diperbesarkan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)












