Jumaat, 13 Ogos 2010

Tunaikanlah Sembahyang

Hitungan Matematika, kenapa orang tidak sholat itu sombong kepada Allah:
Di umpamakan jika kita hidup 60 tahun lamanya, Insya Allah. Di dalam 60 tahun, kita hidup sekitar 31,536,000 minit.
Hitungannya: 60 minit x 24(jam) x 365(hari) x 60(tahun) = 31,536,000 minit

Untuk Shalat 5 waktu sampai kita umur 60 tahun, kita perlu:
5 menit x 5 (waktu) x 365(hari) x 49(tahun) = 447,125 minit

Kenapa dikali 49? karena kita diwajibkan sembahyang pada saat umur 12tahun.* Jadi 60 tahun - 11 tahun = 49 Tahun

447,125 dibagi 31,536,000 dikali 100=1.4 %

Kita cuma perlukan 1.4 % dari hidup kita untuk mengikuti perintah bersembahyang kepadanya. Jadi sebenarnya kita  sombong sekali denganya kalau tidak sembahyang 5 waktu tersebut.Di bulan Ramadhan ini tambahkan dengan ibadat Tarawikh 8@20 rakaat ,witir antara 1@3 rakaat atau lebih,tahajjud dll.

* Jangkaan.


Sumber asal-www.juhadi.co.Jazakumullah khair al-jaza.

Isnin, 9 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Mari kita kenali penentuan hari,anak bulan,bulan bagi kegunaan am,ibadat harian dan bulanan serta penentuan awal Ramadhan dan Syawal.

Taqwim Istilahi.(kegunaan am).

1-Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim,
(Sesungguhnya kami kaum yang tidak tahu membaca, dan menulis dan mengira,bahawa bulan itu sekian,bulan ini sekian,yakni umur ada ketikanya  29 hari dan ketika yang lain 30 hari)

2-Ketetapan kahlifah Rasulullah,Sayyidina Omar r.a bahawa awal hijrah (1 Muharram 01 H) bermula pada hari Khamis(malam Jumaat bersamaan 15 Julai tahun 622 masehi dengan ru`yah pada malam Jumaat tersebut.

3-Bilangan hari dalam satu pusingan 30 tahun hijrah ialah 10631 gari dan dibahagi kepada 354 hari dalam 19 tahun basitah(biasa) dan 355 hari bagi 11 tahun (kabisah-lompat ).

Taqwim Hakiki.(ibadat harian dan bulanan).

Suatu takwim berdasarkan masa ijtima* sebelum ghurub matahari pada akhir bulan hijrah.Sekiranya ijtima` berlaku sebelum ghurub matahari,maka esoknya dikira awal bulan hijrah baru tanpa mengambil kira anak bulan mungkin kelihatan(boleh rukyah) atau tidak.

Dengan ini bilangan hari di dalam bulan-bulan hakiki lagi berselang 29 atau 30 hari,tapi adakalanya berturut-turut 29 atau 30 hari selama tidak lebih dari 3 bulan.

Takwim Rukyah(Awal Ramadhan/Syawal)

Suatu taqwim berdasarkan kapada rukyah(penglihatan/cerapan) cahaya anak bulan di akhir bulan hijrah.sekiranya cahaya anak bulan itu kelihatan,hari esoknya  adalah bulan baru.Jika sebaliknya digenapkan bulan lama ke hari yang ke 30.

Imkanurukyah(Kemungkinan  anak bulan boleh dilihat)

Malaysia dan negara sewaktu denganya,memakai prinsip imkanurrukyah ini.Muktamar Hilal 1978 di Turki telah bersetuju bahawa imkanurrukyah bila 3 syarat ini dipenuhi:-

a-Berlaku ijtima` kira-kira antara 8-10 jam sebelum ghurub.
b-Tinggi bulan ketika ghurub matahari tidak kurang dari 5 1/2 darjah atas ufuk.
c-Jarak bulan dari matahari ketika ghurub tidak kurang dari 71/2 darjah.

Anak bulan yang tidak kelihatan didalam syarat-syarat diatas dikira tidak kelihatan langsong.Tetapi sebaliknya jika tidak kelihatan diluar cakupan 3 syarat tersebut anak bulan dikira kelihatan(imkanurrukyah)

Mari kita praktikan syarat diatas dengan penentuan ramadhan dan syawal tahun ini.(1431 H)

Rukyah Hilal pada ghurub hari 29 syakban ialah pada pukul 7 .21pm Selasa bersamaan 10 hb 8.2010.Ijtimak berlaku pada pukul 11.09 minit dan 15 saat(pagi).Jika dikira tempoh masa ijtimak dan ghurub ialah selama.8 jam 15 min(lebih kurang).Oleh yang demikian 3 syarat imkanurukyah dipenuhi,maka  1 Ramadhan ialah pada kesokan harinya(11 Ogos 2010).Samada hilal nampak atau tidak, puasa akan diisiiharkan berdasarkan imkanurukyah.Jika langit cerah petang tersebut hilal kemungkinan besar boleh nampak ,jika langit mendung dan kemungkinan tidak nampak maka hilal tetap dikira sabit ada.

Penetapan 1 Syawal.Cerapan/rukyah hilal akan dibuat pada 8 Sept 2010(29 ramadhan),mengikut sifirnya,ghurub juga sekitar 7.20 pm(maghrib) manakala ijtima` berlaku pada jam 18/30/55(lebih kurang jam 6.30 pm),maka tempoh waktu kemungkinan nampak hilal tidak mencukupi 8 jam(minima).Oleh yang demikian 1 Syawal akan ditetapkan pada lusanya 10 Sept 2010).**

Nota:* Ijtimak
Ijtimak (conjunction) di dalam ilmu falak bermaksud “pertemuan” antara bulan dan matahari. Secara teknikalnya ijtimak ialah pertemuan bulan dan matahari di garis edar masing-masing relatif kepada kedudukan bumi. Pertemuan ini berlaku apabila bulan dan matahari berada di meridian ekliptik yang sama (longitud ekliptik bulan dan matahari, λB dan λM adalah sama; i.e. λB= λM

Bahasa mudahnya:Bulan,matahari dan bumi berada pada suatu garis pusat selari /lurus)


**
Penetapan sebenar akan di istiharkan oleh Penyimpan Mohor besar Raja-Raja.


Ruj:Pengenalan Taqwim Hijrah-Oleh Ustaz Md Khair Taib (rahimahullah) 1987


WA





Khamis, 5 Ogos 2010

Syeikhul Azhar-Di Sepanjang Zaman

Mengenali Institusi Syeikh Al-Azhar  -Oleh Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali        PDF Print E-mail
 
Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada  mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian  dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)

Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar yang dibina pada 359H/970M telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab.  Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar.
 
Semasa rombakan al-Azhar pada tahun 1961, pemilihan syeikh al-Azhar diputuskan oleh Presiden dan semasa zaman Anwar Sadat, jawatan Syeikh al-Azhar adalah jawatan sepanjang hayat dan tidak boleh dilucutkan kecuali kematian. Antara rombakan pada tahun 1961 juga, Syeikh al-Azhar dikenali sebagai Imam al-Akhbar dan dianggap sebagai ketua agama yang tertinggi  dan menjadi ketua dan penasihat dalam setiap perkara yang berhubung dengan pengajian Islam dan ketua Majlis tertinggi al-Azhar. Dalam kanun ini juga disebutkan bahawa Syeikh al-Azhar dipilih  daripada kalangan  Majma’ al-Buhus al-Islamiah (Badan Penyelidikan Islam) atau mereka yang mempunyai kelayakan  yang disyaratkan oleh Majma’ tersebut. Kemudian mereka mencadangkan kepada Presiden untuk disahkan. Demikian juga dalam kanun ini diwujudkan jawatan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) yang memainkan peranan semasa ketiadaan Syeikh al-Azhar.

Syeikh al-Azhar yang pertama ialah Syeikh Muhamad al-Khuraysi (m. 1101H/1690M). Beliau bermazhab Maliki. Syeikh al-Azhar yang paling lama memegang jawatan tersebut ialah Syeikh Abdullah al-Shabrawi yang memegang selama 34 tahun. Beliau mula memegang jawatan tersebut pada tahun 1137h sehingga meninggal dunia pada tahun 1171H. Syeikh al-Azhar yang paling pendek memegang jawatan tersebut ialah Syeikh Abdul Rahman al-Nawawi iaitu selama sebulan. Antara syarat untuk memegang jawatan ini ialah berumur 45 tahun ke atas, terkenal dengan kewarakan dan ketakwaan, telah memiliki ijazah al-Alamiah (bersamaan ijazah M.A dan Ph.D), mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun di mana-mana kuliah di Universiti al-Azhar atau pernah memegang jawatan Mufti Mesir atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Institusi Syeikh al-Azhar ini memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan al-Azhar. Syeikh Majid Salim (1882-1954M) menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh al-Azhar iaitu; mengkaji semula buku-buku pengajian agar bersesuaian dengan keadaan semasa, meningkatkan aktiviti penulisan dengan memberi anugerah sehingga lahirnya generasi ilmu, membina generasi al-Azhar yang kuat dalam membawa risalah Islam, menghantar ulamak-ulamak al-Azhar menjadi pendakwah dan penyelidik terutama di universiti-universiti Eropah, mengadakan hubungan dengan universiti-universiti lain dan `menggalakkan ulamak al-Azhar menulis dalam bahasa utama dunia dalam menjelaskan hakikat Islam. Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi (1881-1945M) menegaskan bahawa tanggungjawab utama al-Azhari ialah memelihara syiar-syiar Islam  dengan sempurna dan tidak ada orang lain yang dapat mengatasi pemeliharaannya terhadap syiar-syiar tersebut. Ia menjadi contoh teladan  dengan tingkah laku dan perbuatannya bukan sekadar dengan percakapan. Perkara ini kerana tingkah laku akan memberi kesan yang besar kepada jiwa seseorang.

Syeikh Ibrahim Hamrus (1880-1960M) merupakan syeikh al-Azhar yang berpendirian tegas dalam melawan penjajahan Inggeris. Beliau telah menyertai peperangan melawan tentera Inggeris di Ismaliah dan menyeru rakyat Mesir atas nama al-Azhar melawan penjajah.  Akibatnya pihak penjajah telah mengadu kepada Raja Mesir untuk dilucutkan jawatannya pada tahun 1952M. Begitu juga Syeikh al-Khadir Husain (1876-1958M) yang berpendirian tegas melawan penjajahan Perancis di Algeria. Beliau pernah menulis buku mengkritik buku Ali bin Abdul Raziq yang bertajuk “Islam dan Asas-Asas Pemerintahan.”  Beliau juga pernah mengkritik buku Taha Hussain yang bertajuk “ Syair Jahiliah’  yang mempertikaikan sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail serta menganggap cerita masyarakat jahiliah itu sebagai dongeng. 

      Syeikh Abdul Halim Mahmud (1910-1978M) merupakan seorang ulamak dan Syeikh al-Azhar yang terkenal dengan kezuhudan dan kewarakan. Beliau adalah berkelulusan Ph.D dari Universiti Serbon, Perancis pada tahun 1940 dalam kajian Tasauf Islam. Tajuk Ph.D beliau ialah berkaitan tentang Haris bin Asad al-Muhasibi. Beliau dilantik menjadi Dekan Usuluddin pada tahun 1964. . Pada tahun 1970, beliau dilantik menjadi Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan pada tahun   1973 dilantik menjadi Syeikh al-Azhar. Beliau telah mengarang 68 buah buku Antara pendirian tegasnya ialah menentang Undang-Undang Kekeluargaan yang mengharamkan talak dan melarang poligami. Pada tahun 1974, pihak pemerintah telah mengeluarkan arahan agar al-Azhar dirombak dan al-Azhar dibawah penguasaan menteri yang mengakibatkan al-Azhar hilang  kebebasan. Lalu beliau telah menghantar surat kepada Anwar Sadat melepas jawatan pada 1 Ogos 1974 dan tidak akan memegang jawatan tersebut kecuali digugurkan keputusan untuk menyerahkan al-Azhar kepada pentadbiran menteri. Antara sumbangan besar beliau ialah memantapkan Majma’ al-Buhuth al-Islamiah dan menggesa agar segala harta wakaf al-Azhar dikembalikan semula kepada al-Azhar untuk dibangunkan bagi tujuan dakwah.

Antara Syeikh al-Azhar ialah Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq (1917-1996M) Beliau pernah menjadi Mufti Mesir dalam era pemerintahan Anwar Sadat. Kemudian beliau dilantik Menteri Wakaf  dan kemudian menjadi Syeikh al-Azhar pada tahun 1982. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam menentang  Persidangan Penduduk di Kaherah  pada tahun 1994  yang mengharus perhubungan homoseksual dan mengharuskan penguguran dan Muktamar Wanita pada tahun 1995 di Beijing. Dalam kenyataannya, kedua-dua persidangan tersebut adalah bertentangan dengan nilai-nilai akhlak manusia yang waras Beliau juga telah mengeluarkan fatwa bahawa tidak harus untuk pergi ziarah bagi menunaikan solat di Baitil Maqdis sehinggalah ia dikembalikan kepada umat Islam.



Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan Syeikh al-Azhar sejak tahun 1996. Sebelum menjadi syeikh al-Azhar, beliau pernah menjadi Mufri Mesir, Dekan Kuliah dan mengajar di Kuliah Usuluddin. Beliau mendapat Ijazah kedoktoran daripada Universiti al-Azhar dalam bidang Tafsir dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti di Iraq, Libya dan Arab Saudi. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu tafsir dan mempunyai Kitab “Tafsir al-Wasit” sebanyak 15 jilid. Beliau juga terkenal dengan kewarakan, bercakap dengan lembut dan mudah difahami. Semasa pertemuan penulis dengan Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi pada tahun 2004 di pejabatnya, beliau memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan berharap agar umat Islam dapat meningkatkan dakwah Islamiah. Penulis semasa belajar sentiasa mengikuti pengajiannya dan khutbah yang disampaikannya. Ini disebabkan keistimewaannya dalam menafsirkan al-Quran. Semasa era pentadbirannya, beliau sentiasa memberi perhatian kepada peningkatan dan penguasaan ilmu dalam kalangan mahasiswa Malaysia di al-Azhar. Beliau sering menyuarakan agar mahasiswa Malaysia bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab dengan baik. Anugerah Doktor Kehormat yang diberikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2008 kepada Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan pengiktirafan atas sumbangan beliau yang besar kepada mahasiswa Malaysia di al-Azhar dan dunia Islam. Penganugerahan ini juga akan mengeratkan hubungan al-Azhar dengan Malaysia terutama dalam bidang keilmuan.

Keilmuan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi terutama dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan walaupun beliau mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa perkara seperti pandangannya mengenai riba bank yang dianggap bukan salah satu bentuk  riba yang diharamkan. Beliau menyatakan perkara tersebut dalam  bukunya bertajuk “Mu’amalat al-Bunuk wa Ahkamuha al-Syar’iah”  (Muamalat Bank dan Hukum Syariat Mengenainya) yang diterbitkan pada tahun 1990. Kenyataan beliau ini telah mendapat bantahan ramai para ulamak termasuk Yusuf al-Qaradawi dan Jadul Hak Ali Jadul Hak, Syeikh al-Azhar ketika itu. Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi juga pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan Islam daripada tuduhan Baba Vatikan yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui kekerasan, keganasan dan pedang. Majalah al-Azhar keluaran Disember 2006, menyiarkan kenyatan penuh dan sanggahan beliau terhadap isu itu sebanyak 45 halaman. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa Islam adalah agama yang disebarkan atas kerelaan penganutnya bukan melali paksaan. Beliau memgemukakan hujah-hujah al-Quran, al-hadis dan sejarah dalam membuktikan perkara tersebut.

Nota TJ:Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010.Tempat beliau diganti oleh Rektor Al-Azhar Dr Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayeb hafizahullah mulai Mac 2010."  Petikan Artikel dai Minda Madani Online-Jazakumullahu khair al-Jaza`
 
 

Rabu, 21 Julai 2010

Filem Madu Tiga

Sedutan dari Kertas Renungan-2009


Pendahuluan.

Filem Madu Tiga adalah salah sebuah filem yang telah diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee pada tahun 1964.Filem bergenre komidi ini diterajui oleh P.Ramlee sendiri sebagai watak utama(Encik Jamil).Beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu Zaharah Agus(Latifah) Hasnah(Jah Haji Mahadi) dan Rohani(Sarimah).Filem ini dibuat dalam bentuk hitam putih dan diarahkan oleh beliau pada 12 Feb 1964.

PLOT(berdasarkan klip tayangan)

Watak utama, Jamil, mengahwini tiga perempuan secara rahsia. Isteri pertamanya, Latifah telah dinikahi selama 12 tahun tanpa mempunyai zuriat. Jamil kemudian menikahi Hasnah dan berupaya meyakinkan Hasnah yang mana Latifah telah setuju membenarkan dia untuk menikah lagi satu dengan alas an mereka tidak mempunyai anak.Ayah Latifah(ahmad Nisfu) adalah tuan punya syarikat yang mengendalikan bisnes sewa menyewa bangunan dan rumah sewa..Pengurus syarikat ini adalah Jamil sendiri dimana hubungan antara Jamil dan Ahmad Nisfu bukan sahaja sebagai bapa mentua malah juga sebagai majikanya sendiri. Kemudian, ketika mengumpulkan wang sewa dari penyewa, Jamil bertemu dengan seorang gadis (Rohani)anak kepada salah seorang penyewanya (Pak Ali).Dalam pertemuan pertama tersebut,Jamil telah jatuh cinta dengan Rohani, kemudianya berusaha untuk mengahwininya.

Kritikan Sosial/Isu-Isu Dalam Filem Madu Tiga.
Pemaparan isu perkahwinan dan perceraian,sentiasa menjadi isu dalam filem-filem P.Ramlee.Filem-filem seperti Ibu Mertuaku,Dr Rushdi,Jangan Tinggal Daku ,Keluarga 69 dan sudah tentu bagi filem Madu Tiga.Bagi filem Madu Tiga,isu poligami adalah perkara dominan.Sekalipun sudah hampir setengah abad filem ini dibikin,namun isu poligami didalamnya masih relevan.Oleh yang demikian kertas ini akan memperincikan secara detail isu-isu poligami dalamnya.Selain itu isu perceraian juga ditimbulkan dalam plot cerita ini.

Isu-Isu
Alasan Poligami.
Dalam Filem Madu Tiga, Jamil berpoligami dengan alas an:
a)Isteri (Latifah) mandul,setelah 12 tahun berkahwin masih gagal mendapat cahayamata.
b) Latifah gagal melayani suaminya,Setiap waktu dihabiskan masa di meja mahjong bersama rakan-rakanya dari kaum Cina.
c) Mampu:Jamil mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi untuk berpoligami.Beliau mampu menyediakan setiap isterinya sebuah rumah,sebuah kereta beserta pemandu.

Komentar.
Alasan-alasan berpoligami tersebut menepati apa yang Al-Quran nyatakan :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُو
` kahwinilah kamu wanita yang kamu inginkan,dua,tiga atau empat,kemudian jika kamu merasa takut ( bimbang) tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.

Adil yang dimaksudkan disini adalah kemampuan memberi nafkah zahir dan giliran bermalam.
Dalam Akta/Enakmen Keluarga Islam pada hari ini.Seksyen 23 (5)(UKI):
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya,

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;



Kritikan Sosial

a) Pembohongan dan penipuan.
Seperti memjadi suatu `budaya` penipuan dan pembohongan adalah sebahagian dari amalan berpoligami,menyembunyikan hakikat perkahwinan yang suci adalah satu bentuk penipuan yang nyata dan keji,bila perkahwinan telah dilaksanakan,berbagai kaedah pembohongan dan penipuan dilakukan,pertolongan kawan-kawan rapat,bapa mertua(seperti dalam filem ini),Berjaya memperdayakan wanita.Lirik lagu `mesti pandai pembohong,mesti pandai temberang` begitu dominan dalam masyarakat hingga ke hari ini.

b) Emosi wanita.
Wanita penuh emosi,bila berlaku sesuatu yang selama ini rahsia,perang meletus.Sikap Latifah dan Hasnah yang `berperang`di tengah majlis pernikahan adalah sesuatu yang menjatuhkan martabat wanita yang waras.Ternyata emosi wanita gagal dikawal berlaku sepanjang masa,dalam keadaan masyarakat lama juga dalam dunia moden ini.
c) Sikap lelaki memburukkan isteri dan bercakap kasar.
Suami yang pintar dan berakhlak tidak akan melakukan perkara tersebut,namun realitinya bila bertujuan menjustifikasikan sesuatu tindakan(untuk berpoligami),lelaki sanggup memburukkan isteri yang dikahwini selama berbelas tahun.


d) Mempermainkan perkataan `cerai`.
Demi menyelamatkan diri sendiri,perkataan cerai sering dilafazkan anatar satu sama lain diantara isteri-steri yang dikahwini,sekalipun bertujuan menenangkan keadaan setelah rahsia kahwin lain terbongkar,namun perkataan cerai tak sewajarkan dijadikan wirid harian dalam menyelesaian masalah.

e) Manipulasi kesusahan orang lain.
Sikap Jamil yang memanipulasikan kesusahan Pak Ali,dapat dilihat,dengan sikap berpura-pura membantu Pak Ali apabila melihat anaknya(Rohani) seorang yang cantik menawan.Sebelum itu,tanpa mengira kesusahan Pak Ali,Jamil telah mengarahkan Pak Ali mengosongkan rumah sewa tersebut akibat kegagalan beliau menjelaskan sewa bulanan.

Komentar
Mengikut Akta/Enakmen Keluarga Islam,ruang dan peluang untuk bernikah secara sembunyi ditutup seraat-rapatnya,setiap permohonan lelaki wajib disampaikan kepada isteri dan disaman supaya isteri hadir memberi keterangan.


Seksyen 23(5):-
Apabila menerima permohonan itu,Mahkamah hendaklah memanggil pemohon,isteri-isteri sedia ada,bakal isteri,wali kepada bakal isteri…….
Tujuan dipanggil ke Mahkamah adalah untuk memberi keterangan mengenai permohonan suami tersebut.Sekalipun keizinan isteri bukanlah suatu syarat namun kelayakan dan kemampuan suami akan dinilai dari keterangan isteri atau isteri-isteri.
Pembohongan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam dalam apa bentuk jua pun.Cumanya syarak memberi kelonggaran jika dalam keadaan terpaksa seperti dipaksa untuk melontarkan kalimah kufur atau bagi mendamaikan antara dua pihak yang berselisih faham(termasuk antara suami dan isteri).Walaubagaimanapun,filem Madu Tiga ini tetap juga menonjolkan ciri-ciri kekeluargaan yang positif sebagaimana hubungan suami isteri seperti dibawah:

-
Hak Bersama Suami Isteri - Suami isteri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Surah Ar-Rum: 21)

- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (Surah An-Nisa': 19 - Al-Hujuraat: 10)

- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmonis. (Surah An-Nisa': 19) - Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)
Adab Suami Kepada Isteri .

- Suami hendaknya menyedari bahwa isteri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (Surah At-aubah: 24) - Seorang isteri boleh menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. (Surah At-Taghabun: 14)-Hendaknya senantiasa berdo'a kepada Allah meminta isteri yang sholehah. (Surah AI-Furqan: 74) –


Diantara kewajiban suami terhadap isteri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali) - Jika isteri berbuat 'Nusyuz', maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan:

(a) Memberi nasehat, (b) Pisah tempat tidur.
(c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (Surah An-Nisa': 34)

'Nusyuz' adalah: Kedurhakaan isteri kepada suami dalam hat ketaatan kepada Allah. - Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Riwayat Tirmidzi)

- Suami tidak boleh kedekut dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya.(Surah Ath-Thalaq: 7)
Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. (Riwayat Tirmidzi) Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk isterinya. (Abu Ya'la)

- Suami wajib menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (Surah An-Nisa': 19) - Suami wajib memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Riwayat Abu Dawud).

Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, (Muttafaqun Alaih)

- Suami wajib mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)

- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. (An-Nisa': 3) .
Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada siapapun. (Riwayat al-Nasa'i)

- Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali).
Isteri perlu menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (Surah An-Nisa': 34)

- Hendaknya isteri menyedari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada isteri. (Al-Baqarah: 228)

Diantara kewajiban isteri terhadap suaminya, ialah: a. Menyerahkan dirinya, b. Mentaati suami, c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan izinnya, d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali) -

Isteri hendaknya selalu memenuhi hajat biologi suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Riwayat Muttafaqun Alaih) - Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu istri menolaknya(tanpa alasan yang masyru`, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meredhainya. (Riwayat Muslim)

- Isteri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Isteri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Riwayat Tirmidzi) –
Perkara sangat penting bagi isteri adalah redha suami. Isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk surga. (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi) -

Kepentingan isteri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: "Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Riwayat Tirmidzi) - Isteri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Riwayat Thabrani) - Isteri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Riwayat Thabrani) - Isteri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (ketika suami tidak ada di rumah). (An-Nisa': 34).

Inilah yang cuba disampaikan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filemnya,Cuma bentuk penyampaian adalah dalam genre komidi.Beliau menyedari kelemahan suami dan isteri juga kebaikan dan keburukan pengamal poligami tersebut yang perlu ditangani dan diberi perhatian.


Kesimpulan.

Poligami adalah murni dan dbenarkan dalam syariat dan juga undang-undang.Cuma pematuhan kepada syarat-syarat poligami perlu diberi perhatian.Filem madu Tiga telah mendahului zaman dalam memperkatakan soal ini.Kritikan pedas dan tajam adalah sangat relevan samada ketika filem ini dibuat atau sehingga hari ini.Maka kalau poligami itu sebagai ubat,hanya orang yang sakit sahaja yang memerlukan ubat tersebut.Filem ini ternyata mempunya mesej begitu murni dan cuba mengambarkan dalam kemurnian berpoligami,disebaliknya ada kebobrokan yang perlu ditangani.

Wallahu Taala A`lam

Nota:Ada sumber yang diambil tidak dipamerkan sumber ambilan(lupa url).
Hadis-hadis dirujuk tidak diberikan status/tahrij(InsyaAllah sahih).
Penulis artikel ini(siapa?)mendapat Aras 4-hasil permarkahan
kertas renungan ini heheheheh.

Isnin, 19 Julai 2010

Bermalam Dan Makan Di Hotel Negeri Pahang?

SENARAI HOTEL PEMEGANG SIJIL HALAL NEGERI PAHANG 2010-2011

DAERAH KUANTAN


1.HOTEL SHAHZAN INN
JALAN BUKIT UBI, KUANTAN
DAPUR & TUN TEJA COFFEE HOUSE,

2.IMPIANA CHERATING RESORT.
CHERATING, KUANTAN (DAPUR UTAMA & KEDAI KOPI CAFÉ)


3.SURIA CHERATING BEACH RESORT,
KM 32.5, JLN KUANTAN KEMAMAN
DAPUR & BUNGA PADI COFFEE HOUSE

4.HOTE L M.S. GARDEN
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR & SURIA CAFE

5.HOTEL GRAND CONTINENTAL
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR & MANJA COFFEE HOUSE

6.SANCTUARY RESORT,
MUKIM SG KARANG, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN TRPICANA

7.CLASSIC HOTEL
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN

8.HOTEL MEGA VIEW
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RAMIN CAFE

9.DUTA VILLAGE RESORT
BALOK, KUANTAN
DAPUR & KARANG CAFE

10.HOTEL SWISS GARDEN
BALOK, KUANTAN

11.DE RHU BEACH RESORT,
SG.KARANG, BESERAH,
KUANTAN
DAPUR & DE RHU CAFE

12.HOTEL SERI MALAYSIA,
JALAN TELUK SISEK, KUANTAN
DAPUR & SERI BANIR RESTORAN

13.INDERA SEMPURNA RESORT,
JALAN KUANTAN-PEKAN
DAPUR & SEMPURNA CAFE


DAERAH BENTONG


1.RESORT WORLD SDN BHD,
GENTING HIGHLAND
RESTAURAN KAMPUNG

2.RESORT WORLD SDN BHD
GENTING HIGHLAND RESORT CAFE,

3.AWANA GENTING HIGHLAND GOLF & COUNTRY RESORT,
KM8, GENTING HIGHLAND,
69000 PAHANG
DAPUR RAJAWALI CAFE

4.GENTING VIEW RESORT,
GENTING HIGHLAND
DAPUR & SUASANA COFFEE HOUSE


DAERAH ROMPIN


1.HOTEL SERI MALAYSIA,
TANJUNG GEMUK, ROMPIN
DAPUR& CAFE SELENDANG

2.HOTEL SUMMERSET,
KUALA ROMPIN DAPUR & CAFE

3.SERAI BEACH & GOLF RESORT,
KG LANJUT, KUALA ROMPIN,
KUALA ROMPIN
DAPUR & RESTORAN CASUARINA / BILL FISH,BISTRO

4.ROMPIN BEACH RESORT,
JALAN PANTAI HIBURAN,
ROMPIN




DAERAH CAMERON HIGHLAND


1.HOTEL ROSS PASSADENA,
BANDAR BARU BRINCANG,
CAMERON HIGHLANDS
DAPUR & FERN RESTAURANT

2.STAR REGENCY APARTMENT,
BANDAR BARU BRINCANG,
CAMERON HIGHLANDS
BERINCHANG
DAPUR & RESTORAN CEMPAKA,


DAERAH TEMERLOH


1.HOTEL GREEN PARK,
JALAN TERKUKUR, BANDAR
BARU TEMERLOH
DAPUR & RESTORAN

DAERAH RAUB


1.HOTEL SHAHZAN INN,
FRASER HILL, RAUB
DAPUR & RESTORAN LELA MANJA

SENARAI HOTEL YANG MENDAPAT SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TAHUN 2010

DAERAH BENTONG


1.HOTEL SRI MALAYSIA
GENTING HIGHLAND
DAPUR & CAFE

Rabu, 14 Julai 2010

Nilai Maskahwin RM22.50-Relevankah?

Catatan Ringkas.

Semalam aku terlepas satu meeting nak kaji semula kadar maskahwin kat negeri Tok Rimau eh Tok Gajah ni.Aku tak tahu apa resolusi dah dibuat,apa pun tu baru tahap awal..Banyak lagi tahap akan dilalui baru boleh laksana.Anda bersetuju dinaikan atau dikurangkan?

Kalau jawapanya yer setuju dikurangkan..anda memang cari nahas dan termasuk kategori nasib cam si sotong paul nujum pak belalang..sesuai dibuat lauk heheeh.Jika setuju dinaikan berapa kadarnya?100/200 atau 300?tak usahlah sebut lebih dari tu,kalau sebut, jadi sotong jugakla akhirnya.

Bayangkan mengikut cerita lisan kadar RM22.50 beermula sejak belum bah tahun 1926 lagi,puhh nilaikanla RM22.5 time tu,mahu sama dengan gaji DO British(import-padan muka kalah awal WC) kalau kira zaman la ni RM 22.50 tu sama nilai tara RM8K-10K(Gaji DO sekarang),kalau gaji dah kena semak ratusan kali,takkan maskahwin ni kekal camtu je,betul nilai maskahwin bukan nilai sebenar wanita,tapi relevankah begitu rendah nilainya masih dikekalkan sedang budaya hidup,nilai matawang malah dah nak masuk MEB-gaji berbaloi-baloi kabonya.

Seingat akula(bukti nyata),masa kecik-kecik dulu ingat sangat bila (tunaib) gelaran wali hakim kat kg aku sebut`nikah..dengan maskahwinya 22.50 hutaaang.Maknanya sekitar 70an(akhir 60an) dah ada 22.50,Jika dibuat nialian semasa pendapatan ketika tu kalau noreh getah 9 ke 10 keping(time tu mana ada jual susu cair)belum tentu dapat banyak tu.Ikan kembong tah berapa sen/ringgit je se kg,air oren 15 sen sebotol,sekarang dah 1.50.Harga rokok Cravern A atau 3 5,mahupun cap tembak tak sampai 2RM la ni RM10 wehhh.Sebab tu la,time tu ramai yang hutang maskahwin.

Maknanya nilai mahar yang diberi pada ketika itu cukup tinggi...sebab tu tiada lagi hadiah iringan termasuk piala pusingan?sijil penyertaan diberi pada pengantin wanita.Maka selarikanlah nilai tersebut dengan masa kini,pada tahap sepatutnya lagipun bukan  lah  suatu yang membebankan pun.

Setujukah anda?

Selasa, 13 Julai 2010

Bahana Piala Dunia,Durian Dan Tugasan Harian-Bungkam

Salam,

2 minggu tanpa henti-menjayakan beberapa acara termasuk hari minggu,malamnya terkadang terusan tanpa tido.Maklumla jumpa kengkawan seluruh Malaysia terus  tengok bola,pas subuh baru lelap..jam 8.30 dah on balik.Mujurlah kali ni kegilaan pada bola dah jatuh merudum ,sekadar tengok pasukan pilihan je...

Musim durian pulak tiba,banyakla pulak durian dekat sini,isi elok dan hargapun kira boleh la kalau nak makan,apa lagi,setiap malam gi makan durian dengan kengkawan heheheh.

Rutin harian?...tu biasala..takyah cite..akhirnya malam minggu di Resort sempena Family Day Jabatan..datangla ujian..badan panas sepanasnya..ni padahnya kalau jenis tak makan nasihat dan tak berapa nak sedar diri kekuatan badan dah tak seperti dulu lagi(tua la tu..maksudnya)

BP-130/80,Suhu 38-panas tu.Sakit Tekak/Batuk.Migrain-semua mariii
Dr kata..TJ-u rehatlah..jangan makan durian(tak cerita pun selalu makan durian)-demam kuat ni,tapi demam biasa..makan ubat ni InsyaAllah......

Alhamdulillah...sudah 70% pulih hari ini..`apabila aku sakit,maka Dialah(Allah) penyembuh`

Hari ni le baru mula nak menulis balik InsyaAllah..

...........................................